Sunday, January 3, 2010

Cinta Pertama

Esok, 4 Januari 2010. Kebanyakkan daripada kita akan memulakan satu kisah baru lagi. Saya akn memulakan satu kisah baru. InsyaAllah- sebagai guru Pendidikan Khas Prasekolah Masalah Pembelajaran. Kalau sebelum ini hampir 3 tahun berhadapan dgn murid-murid pendidikan khas d sekolah rendah dengan pelbagai karenah. Ada yang lagak dewasa dari umur dan ada yang diusai umpama kanak-kanak 2/3 tahun. Alhamdulillah sudah dijalani. Diri sendiri pun tidak menyedari bahawa diri juga mampu menangani pelbagai karenah mereka ini.
Sepertinya masa terlalu pantas. Dan saya perlu berubah. Berubah ke satu tahap lagi. Bagi mereka yang tidak tahu, berfikiran ini satu pekerjaan mudah. Amin Ya Rabbal Alamin... Semoga apa yang difikirkan oleh mereka mengabulkan lagi doa ku agar urusan ku dipermudahkanNya.
Sepertinya baru semalam aku rasa gembira kerana 67890 sudah boleh menyebut "bapa".... "gu'"... sudah boleh memberi respon kepada arahan mudah. Sepertinya baru semalam aku berlaga dgn $#@! kerana berebutkan makanan. Kerana terpaksa...dia mengeluar patah perkataan.....dan itu permulaan dia juga boleh bertutur... Alhamdulillah....
Itu yang like a baby . Dan aku perlu bertindak like a mommy. Yang dah akil baligh, lain lagi ceritanya. Kadang kasihan dengan mereka. Kadang takut plak. Hormon mereka sama seperti remaja yg lain. Ada rasa mahu dicintai dan mencintai. Yang tahu akan perasaan mereka oklah...perempuan suka lelaki..lelaki suka perempuan. Cuma berjaga2 kerana mereka boleh "dimanupulasi".. Dan kami perlu bertindak like a sister pulak. Dan.... ada juga terutama murid lelaki.. mungkin dia tidak faham perubahan yg berlaku dlm dirinya dan bagaimana menghadapi yg yg dia "rasa". Pada mulanya...ini yg sedikit membikin eeeeeee what to do?????? dlm fikiran dan reaksi aku dan rakan2 perempuan yg bujang.
Banyak yang perlu dipelajari. Ilmu yang dipelajari bukan sahaja dari buku2 namun, daripada pengalaman. Buku sebagai panduan. Memudahkan kita membayangkan apa yang akan berlaku dan bagaimana menghadapinya. Kemahiran kita menghadapinya bila bertemu dengan pengalaman yang berterusan.

Cinta kedua aku bukan bermula esok. Sudah bermula September 2009 cumanya hanya menyambung delegasi sebelumnya. Esok hari aku. Aku dan buku baru. Aku mengharapkan boleh bertahun sampai setahun. Ini perlu untuk aku menilai hasil daripada perancangan ku.

Okay......end for 2day... :-)

8 comments:

Maiyah said...

slmt mngajar.. moga cnta akan lebih berbunga nnti ;)

Anonymous said...

Hi, all the best for the very first day of the very first year.=) Just drop by to say Hi...Nice to read your post....

Still in the way of learning to deal with the kids with special needs...The way to tackle them, the way to agree with them, teach them etc....will be a great challenge for me as a future-to-be special education teacher...

~J~

Unknown said...

assalammualaikom...

tahniah cikgu kerana bersikap dinamaik... dimana bumi dipijak disitu langitnya dijunjung....

pra ppki pasti lebih mencabar.. bukan semua dapat peluang tu..

Muhammad Hariz Ihsan Bin Abdul Khabir said...

Selamat mengajar dgn ikhlas cikgu.

ummu said...

selamat berjuang saudari.
Semoga Allah berkati amal baktimu.
p/s;saya tak dapat bayangkan eksabaran cikgu dalam menghadapi pelajar istimewa di prasekolah

Tea Cha Hai said...

Salam Semua. Semoga Semuanya sihat2 sihat selalu. Terima kasih atas sokongan kalian yg banyak membantu dalam memperkuatkan lagi semangat saya yg adakalanya turun naik.

Saya masih dan terus belajar untuk semua ini. Belajar ttg kanak-kanak, belajar ttg kanak2 istimewa, belajar tentang sabar....belajar tentang menerima apa yg telah diberiNya.

Sekali lagi banyak2 terima kasih.

Anonymous said...

Eeeee.. cayalah cikgu hai.. :)

Anonymous said...

tdk sabar rasanya menempuh cinta pertama spt yg dialami oleh saudari...
moge saya diberi kekuatan & kesabaran utk mengajar kanak2 istmewa ini spt saudari..
insyaallah..

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.