Saturday, March 1, 2008

Amin yang Handsome....


Pada mulanya saya kenal murid ini pada Mac 2007 dan saya fikirkan Amin seorang murid Autisma. Amin seorang murid yang pendiam dan suka belajar bersendirian dan duduk diam di tempat duduknya. Tidak seperti rakan yang lain yang kurang daya fokusnya, suka berjalan, suka bercakap - cakap atau pun dengan 'dunia' mereka sendiri. Nyata sangkaan saya meleset, Amin bukan murid Autisma tetapi ADHD. Pada mulanya saya juga rasa tidak percaya tapi itulah yang dinyatakan oleh guru - guru lama di sini. Mereka kata, 'macam mana Stev yang saya lihat hari ini, begitulah Amin dahulu'. Saya dapat bayangkan dan rasa tak percaya juga sehinggahlah saya bertemu dan berbicara denga ibunya sendiri. Menurut ibunya, perubahan Amin berlaku setelah ayahnya balik dari umrah. Mungkin juga perubahan Amin ekoran daripada doa ayah Amin dimakbulkan ALLAH.

Pada usia hampir 12 tahun ini, Amin tidak mengalami masalah tingkah laku sepertimana murid - murid ADHD yang lain. Murid ini boleh belajar dan bersungguh untuk belajar. Buat masa ini, Amin antara murid PK SKBP yang berada di tahap teratas dari segi tahap akademik. Sungguhpun begitu, Amin masih lemah dari segi kemahiran pemahaman dalam Mata Pelajaran BM dan penyelesaian masalah dalam M3.

Selaku guru yang bertanggungjawab dalam menyediakan RPI Amin, saya perlu merancang aktiviti atau pembelajaran bagi menangani kelemahan Amin dalam akademik ini. Berikut adalah secara ringkasnya apa yang saya perolehi daripada pemerhatian, perbincangan dan penilaian yang telah saya lakukan terhadap Amin.
Kategori : ADHD
Komponen : Bahasa Malaysia ( Membaca dan memahami bahan bacaan )
Tarikh Mula : 1 Februari 2008
Tempoh Semakan : 3 Bulan
Pengetahuan Sedia Ada
1. Membina dan membaca perkataan dan rangkai kata
2. Menambah perbendaharaan kata
Matlamat Jangka Panjang
1. Membaca dan memahami bahan yang dibaca
Kekuatan atau Minat
1. Murid tidak mengalami masalah tingkah – laku
2. Murid tekun dalam melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru
3. Murid yakin untuk bertanya kepada guru sekiranya murid tidak tahu atau tidak memahami tugasan yang diberi oleh guru.
Kelemahan/ Masalah yang dikenalpasti
1. Murid agak pasif berbanding rakan lain. Murid lebih gemar menyiapkan tugasnya sendiri tanpa menghiraukan persekitaran.
Objektif Jangka Pendek
1. Murid menguasai kemahiran membina dan membaca perkataan dan rangkai kata
2. Murid menguasai kemahiran membaca dan memahami ayat dalam konteks
Pendekatan
1. Bimbingan
2. Latih Tubi
3. Ganjaran
Penilaian
Berterusan sehinggah murid menguasai kemahiran.

No comments:

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.