Sedang kami bersarapan di kantin, kami didatangi oleh Max. Kelihatan
mukanya agak serius. Persis polis yang sedang bertugas. Ditenungnya kami yang duduk di meja itu satu-persatu seolah-olah kami telah melakukan kesalahan. Saya
yang masih guru baru ketika itu ada sedikit rasa janggal berbeza dengan rakan
sekerja yang lain. Mereka meneruskan sarapan dan perbualan tanpa peduli.
“Hei, saya polis!” sedikit keras suaranya. Saya memandang rakan l lain, riak wajah bertukar. Riak menanyakan 'apa yang sedang berlaku'.
“Max, ini
cikgu. Cikgu Hai. Tidak boleh cakap begitu, cakap bagus-bagus,” Cikgu Ramlah
merungkai soal saat itu.
“Ini Max,
dia memang begitu Hai. Adalah yang dia tidak puas hati tu. Ada kawan dia buli
dia kali. Tapi, dia ni yang banyak membuli kawan.. atau ada sahaja halnya...kadang kami layan, kadang kami penat dah layan...” terang Cikgu Ramlah.
Max masih
tercegat di situ.
“Max,
polis?” soal saya. Mudahan cara respon yang kena dihatinya.
“Ya, saya
polis. Inspektor Azman, gerak-gerak khas,”
“Oh, saya
Cikgu Hai,” jawab saya. Saya menyabut salam Max.
No comments:
Post a Comment