HAK ORANG KURANG
UPAYA (OKU) DAN PENYISIHAN SOSIAL DI MALAYSIA.
Rights of the People with Disabilities and Social
Exclusion in Malaysia (Islam 2015)
Dalam
kajian ini, pengkaji melihat perkembangan hak asasi OKU di Malaysia dalam
konteks penyisian sosial di Malaysia. Perkembangan hak asasi OKU dalam amalan
undang- undang dan polisi serta mengenal pasti jurang serta kelemahan dalam
pelaksanaannya dalam realita kehidupan OKU di Malaysia. Menurut pengkaji,
dapatan data pendaftaran OKU yang diperolehi semasa kajian ini dilakukan tidak
menggambarkan bilangan sebenar OKU di Malaysia. Ini kerana, terdapat OKU
mahupun keluarga OKU tidak mendarkan diri atau keluarga mereka. Polisi Malaysia
itu sendiri tidak mewajibkan pendafataran OKU kepada yang berkenaan. Oleh itu,
pendaftaran adalah berdasarkan kesukarelaan diri. Pengkaji juga menyatakan
bahawa data bilangan OKU yang diperolehi tidak dikemaskini pihak sumber memandangkan
data kematian OKU masih ada. Pengkaji percaya bilangan OKU Malaysia melebihi
daripada bilangan yang diberikan berikutan populasi golongan tua semakin
meningkat, peningkatan penyakit kronik dan peningkatan teknologi deteksi
ketidak upayaan.
Sungguhpun
pelbagai usaha dan perbincangan terbuka dilaksanakan dalam menjaga kebajikan
OKU di Malysia, pada kebanyakkannya perbincangan tersebut tidak melibatkan OKU
itu sendiri dalam perbincangan apalagi dalam perancangan keperluan mereka.
Perkara ini membuatkan OKU menghadapi pelbagai cabaran dalam keberlansungan
kehidupan mereka kerana penyedia perkhidmatan tidak menyediakan perkhidmatan
yang sesuai dengan keperluan. Pengkaji melihatkan Hak OKU di Malaysia dari
sudut perkembangan undang- undang dan polisi. Sejarahnya, OKU dinafikan hak
mereka dalam sektor perkejaan atau perkhidmatan lain, mereka hanya dikenali
sebagai penerima derma dan kebajikan. Bagaimanapu lewat tahun 90 an, OKU mula diambil berat
dalam mana- mana perbincangan dan perancangan dan seterusnya hak OKU semakin
diambil peduli. Ini disahkan dengan Kerajaan Malaysia terlibat dalam Konvensyen
Hak OKU dan Konvensyen Biwako Millennium
Framework.
Hak
OKU di Malaysia: Perundangan dan Polisi
Akta
OKU 2008 membuka lembaran baru kepada kebajikan dan hak OKU di Malaysia. Akta
ini merangkumi merangkumi lima bab iaitu, Bab I: Aksessibiliti OKU, Bab II;
Habilitasi dan Rehabilitasi, Bab 3; perkhidmatan kesihatan, Bab 4; Perlindungan
terhadap OKU teruk, Bab 5; Keadaan Berisiko. Objektif Polisi Kebajikan Kebangsaan
1990 untuk mencipta masyarakat yang stabil dan selamat, berdikari, peluang sama
rata, memupuk semangat membantu dan membina budaya prihatin. Sehubungan dengan
itu, Polisi Sosial Kebangsaan 2003 menekankan untuk meningkatkan dan menjamin
OKU menikmati hak sama rata dan terlibat penuh dalam masyarakat. Polisi OKU
Kebangsaan 2007 bagi mencapai stabiliti dan integriti sosial, kesejahteraan
masyarakat. Dengan itu, Pelan Tindakan Kebangsaan untuk OKU (2007- 2012) dibina
bagi meningkatkan kesedaran dan membina sikap positif, persekitaran tanpa
batas, pengangkutan mesra penggunaan, akses maklumat, perkhidmatan kesihatan,
pemulihan, pendidikan, pekerjaan dan peningkatan gaji, perlindungan eksploitasi
OKU, latihan, peluang peranan NGO dalam perancangan dan membuat keputusan.
Jika
dilihat perkembangan dasar dan polisi yang dibina, pengkaji menyatakan ianya
satu perkembangan positif dan memberi harapan positif kepada OKU. Malaysia
telah menyiapkan platform yang betul dari segi dasar dan polisi hak asasi OKU
di Malaysia dan seterunsya menepati perjanjian yang telah dipersetujui di
peringkat antarabangsa. Bagaimanapun, pengkaji menyatakan ianya tidak seperti
yang diharapkan. Pengkaji menyatakan berdasarkan sumber Mr. Maniam Sinnasamy,
Pengurus Projek UNDP dan Projek Kerajaan Malaysia, keperluan OKU di Malaysia
masih dilihat sebagai hal kebajikan semata di mana OKU sebagai ‘orang sakit’,
‘tidak normal’ atau ‘tanpa upaya’ dan mereka sekadar untuk dibantu dan tidak
boleh akses kendiri. Sedangkan OKU boleh akses kendiri dengan penyediaan akses
OKU yang betul.
Penyisihan
Sosial dan Ketidak Upayaan di Malaysia
Pengkaji
menyatakan kurangnya kajian lepas tentang penafian sosial terhadap OKU dalam
kontek Malaysia berbanding peringkat global. Kajian lepas di peringkat global menyatakan
kepentingan kajian lepas dalam mengenalpasti faktor penafian/ pengecualian
sosial OKU dalam masyarakat. Berdasarkan contoh teoritikal dan praktikal dalam
penafian sosial pengkaji merangkumkan bahawa terdapat tiga faktor penafian
sosial di Malaysia. Pertama adalah faktor keluarga, keluarga yang tidak
memperdulikan anak atau adik beradik atau keluarga OKU menjadikan OKU itu tidak
mendapatkan haknya dan menikmati kehidupan sosial. Kedua faktor komuniti dan
sosial, penulis menyatakan faktir ini penyumbang besar. OKU tidak terlibat
dalam aktiviti bersama jiran, kawan dan jaringan sosial dan juga tidak
menikmati kemudahan pengangkutan, rekreasi dan sukan. Masyarakat Malaysia masih
prejudis terhadap OKU dengan stigma faktor sesorang itu jadi OKU. Faktor ketiga
adalah faktor daripada pihak pihak berkuasa itu sendiri, kurang penyediaan
fasiliti OKU, limitasi penyediaan perkhidmtan pendidikan, Perkhidmatan
kesihatan yang tidak mesra OKU, majikan kurang kesedaran dan penguatkuasaan
undang- undang yang lemah serta kurang koordinasi antara jabatan berkaitan.
Kesimpulannya
pengkaji menyatakan bahawa Malaysia berjaya menyediakan akta dan polisi dalam
menjaga hak OKU. Telah banyak polisi yang digubal bagi mencapai tujuan namun,
ada kelompangan dalam pelaksanaan undang- undang dan polisi. Tidak banyak
kajian lepas yang dilakukan dalam konteks pengecualian sosial ini dilakukan di
Malaysia oleh itu fakta adalah kurang bagi menyokong bahawa Malaysia masih
belum mencapai penerimaan OKU dalam bermasyarakat. Pengkaji mencadangkan bagi
memahami mengapa OKU masih dipandang ‘orang tidak penting’ dalam masyarakat,
kita perlulah mengambil berat bagaimana OKU dilihat oleh pihak pembuat polisi
dan bagaimana pembuat polisi mengenal pasti mereka. Jika kita tidak merasakan
OKU itu tidak memberi manfaat kepada kita, kita tidak akan peduli akan mereka
apa lagi hak mereka.
No comments:
Post a Comment