Disleksia (Pres & Hai).
Disleksia berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘dys’
bermakna kesukaran dan ‘lexis’ yang bermaksud bahasa. Secara literalnya,
disleksia bermaksud “kesukaran dalam berbahasa” (Ott, 1997). Kanak-kanak
disleksia bukan sahaja mengalami masalah dalam pembacaan tetapi juga dalam
ejaan, penulisan, serta beberapa aspek bahasa yang lain. Definisi operasional
disleksia yang pertama dikeluarkan oleh World
Federation of Neurology (1968) adalah suatu kecelaruan pada kanak-kanak di
mana meskipun mereka mengalami pengalaman bilik darjah, konvensional, namun
gagal menguasai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja selaras
dengan kemampuan intelektual mereka. Kesukaran membaca murid-murid disleksia
adalah disebabkan oleh sistem saraf pusat yang tidak berfungsi dengan baik
(Hattum, 1980).
Disleksia adalah keadaan yang diwarisi (genetik) dan
menyebabkan kesukaran yang ekstrim untuk membaca, menulis, dan mengeja meskipun
mempunyai darjah kecerdasan pada tahap ‘average’ Borton (2014). Berdasarkan
keadaan ini, disleksia adalah jenis ketidakupayaan yang paling biasa yang
mempengaruhi kemahiran bahasa murid dalam aspek membaca. Masalah ini ditambah
lagi dengan masalah disgrafia dan menyebabkan mereka bermasalah dalam penulisan.
Masalah pembelajaran spesifik disleksia ini disebabkan oleh beberapa faktor
yang telah dikenal pasti seperti
kelemahan pemprosesan audio, kelemahan pemprosesan visual, ataupun gabungan
kelemahan antara kedua-duanya yang seterusnya menyebabkan kelemahan pemprosesan
fonologi. Akibatnya mereka sukar membaca dan sukar memahami apa yang dibaca
menyebabkan mereka lemah dibandingkan dengan rakan sebaya (Snowling, 2000).
Disebabkan kelemahan pemprosesan visual dan audio, atau
kedua-duanya sekali, murid-murid disleksia bermasalah dari segi menyimpan
memori dan mengalami kesukaran untuk mengingat dan mengenal abjad serta
konfigurasi perkataan. Mereka juga amat sukar untuk mengingat bunyi-bunyi
abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata. Sekiranya murid tidak bersaing
dalam kemahiran bacaan dan tidak dapat melaksanakan apa yang dikehendaki oleh
guru, lebih sukar bagi murid untuk memahami isi kandungan bacaan dan tanpa
memahami apa yang dibaca, murid akan menjadi keliru dan tidak dapat melakukan
apa-apa tugasan (Lopez J. & Campoverde J. (2018). Menurut kajian terbaru yang dijalankan oleh
Balci E. & Cayn A. (2018), kebanyakan murid disleksia mengalami masalah
dalam ejaan dan kelancaran bacaan. Ini menunjukkan bahawa masalah utama yang
dihadapi oleh murid-murid disleksia adalah berkaitan dengan mengeja dan
kelancaran ketika membaca.
Andai kata murid disleksia telah dapat menguasai
kemahiran bacaan, murid tersebut seterusnya akan mengalami kesukaran dalam
mengeja sesuatu perkataan itu. Individu yang mengalami disleksia memerlukan
satu program khusus untuk belajar kerana program pengajaran biasa tidak
selalunya efektif untuk murid disleksia (Irwin, 2000). Sekiranya tidak dibantu, murid yang mengalami
kesukaran untuk membaca akan menghadapi pengalaman di sekolah menengah yang
dikaitkan dengan masalah bacaan dan malangnya faktor ini boleh menyebabkan
impak negatif terhadap sosial dan emosi murid tersebut (Novita, 2016). Antara
kaedah pengajaran yang telah terbukti berkesan untuk membantu kanak-kanak
disleksia adalah teknik multisensori (Leonard, B., 2005).
RUJUKAN
Balci, E. & Cayn, A. 2018. Reading performance profile of children
with dyslexia in primary and secondary school students. Journal of Education and Learning, vol. 7 no. 1.
Borton, S. 2014. What is dyslexia?.
Bright solution for dyslexia. http://www.dys-add.com/dyslexia.html [August
2017].
Bungawali Abduh & Mohd Mokhtar Tahar. 2014. The
effectiveness of brain gym and brain training intervention on working memory
performance of student with learning disability. Journal of ISCAR, volume 2 Number 2 July 2018.
Goh
Siew Siew, Anna Christina A., & Melissa N. L. Y. 2015. The effect of brain
gym activities on the cognitive development of preschoolers. National Research Seminar 2015.
Husniza Husni dan Zulikha Jamaludin. 2015. Masalah Pembacaan Kanak-Kanak Disleksia.
Bagaimana Teknologi Boleh Membantu? Kuala Lumpur: Institut Terjemahan &
Buku Malaysia Berhad.
Indriyani, Y. & Saraswati,
A. 2018. Pre school of school children development in bandung district, west
java province. International Journal of Community Service Learning,
2(4): 291–296.
Lopez, J. & Campoverde, J. 2018. Development of
reading comprehension with graphic organizers for students with dyslexia. Journal of Technology and Science Education 8(2):
105-114.
Marshall, A. 2016. Panduan
Lengkap Ibu Bapa Kanak-kanak dengan Disleksia. Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.
Novita, S. 2016. Secondary symptoms of dyslexia: a
comparison of self-esteem and anxiety profiles of children with and without
dyslexia. European Journal of Special
Needs Education, 31, 279-288.
Rahab, H. (2017). Effect of Brain Gym on Manipulating
Skills and Balance for Beginner in Rhythmic Gymnastics. Ovidius University Annals, Series Physical Education &
Sport/Science, Movement & Health. 17(1).
Sutoro, S. (2014). Influence of Brain Gym on Mathematical Achievement of Children. Asian Social Sciece, 10(5), 114.
Unit Disleksia Bahagian Pengurusan Sekolah. 2007. Modul Kursus Pendedahan Bermasalah
Pembelajaran Spesifik Disleksia. Jabatan Pendidikan Khas Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Washburn E. K., Mulcahy C. A. & Musante G. 2017.
Novice teacher’s knowledge of reading-related disabilities and dyslexia. Learning Disabilities: A Contemporary
Journal 15(2). 169-191.
Kendra Gagnon. 2013. https://www.youtube.com/watch?v=Nu6LYL2ynzI
[12 Jun 2013]
majalahpama-my.cdn.ampproject.org
http://dyslexiavictoriasupport.com/dvs-dyslexia-resources/
No comments:
Post a Comment