CABARAN
YANG DIHADAPI GOLONGAN KURANG UPAYA (OKU)
DALAM DUNIA PEKERJAAN (Ta & Leng 2013).
Alam pekerjaan adalah fasa
seterusnya dalam fasa- fasa kehidupan kebanyakkan manusia dan ini termasuklah
bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Sepertimana orang lain, mereka juga
ahli masyarakat yang perlu suvive dan tidak bergantung harap penuh dengan orang
lain. Berdasarkan Akta OKU 2008, OKU adalah mereka yang kurang upaya kekal,
kurang upaya fizikal, mental, intelektual atau kecacatan sensoi; yang akan
menghadapi pelbagai limitasi dalam interaksi dan penglibatan dalam masyarakat.
Perkara ini bukan bermakna OKU tidak mampu menyara kehidupan atau memberi
manfaat kepada masyarakat. Sejajar dengan Malaysia yang semakin maju, adalah
menjadi harapan bahawa fasiliti akses OKU terutama dalam peluang pekerjaan
semakin membaik dan boleh dibanggakan. Kajian lepas membuktikan bahawa
diskriminasi terhadap golongan OKU di mana- mana negara masih berlaku di mana,
kajian membuktikan bahawa golongan OKU masih dipandang negetif (Barnes, 1992;
Jayasooria et al, 1997; Gouvier et al, 2003; Haq, 2003; Brown et al, 2009). Streotaip
negetif seperti OKU sebagai balasan dalam sesetengah budaya juga menyumbang
kepada diskriminasi terhadap OKU dalam pekerjaan.
Pengangkutan dan mobiliti ke tempat
kerja adalah cabaran yang dihadapi oleh golongan OKU (Ta & Leng 2013). Dua isu ini,
tidak dibangunkan seiring dengan Akta OKU 2008 di mana fasiliti pengangkutan
awam di Malaysia kurang mesra OKU dan ini merumitkan aksessebiliti OKU ke
tempat kerja. Walaupun pihak majikan telah menyediakan kenderaan di tempat
kerja, namun OKU masih memerlukan pengangkutan ke tempat kerja dan inilah yang
menjadi kekangan apabila pengangkutan awam tidak menyediakan akses yang
sempurna. Begitu juga dalam penyediaan
akses dalam bangunan, sungguh pun dalam Uniform
Building By-Laws menetapkan spesifikasi dalam pembinaan bangunan harus
menyediakan kemudahan akses OKU, realitinya adalah sebaliknya. Masih banyak
premis yang tidak menyediakan akses OKU atau menyediakannya namun tidak
mengikut spesifikasi sebenar dan ini mmeberi kesan kepada mobility di tempat
kerja dan seterusnya prestasi kerja mereka. Isu peluang pendidikan dan
penyediaan latihan kemahiran yang terhad kepada golongan OKU juga menyumbang
kepada
cabaran
OKU memperolehi pekerjaan dan pendapatan sendiri. Kajian Ta & Leng, 2013
membuktikan bahawa majoriti golongan OKU ini merasakan mereka mampu
melaksanakan tugas dengan baik jika diberi peluang. OKU Bermasalah Pembelajaran
merupakan OKU yang tertinggi tidak memperolehi pekerjaan iaitu 53.5% dan
faktornya ialah kelayakkan pendidikan rendah dan tidak berupaya berdikari. Kajian
menyatakan kebanyakkan OKU berkerja bersama Badan Bukan Kerajaan dan sukar
ditemui di sektor professional seperti OKU Buta atau OKU Pendengaran.
Bagi membantu menangani cabaran OKU
dalam alam pekerjaan adalah dengan memahami keperluan OKU itu. Setiap OKU
adalah berpotensi menjadi pekerja yang baik dan bertanggunjawab sekiranya kita
memberi peluang dan menyediakan akses seperti mana yang termatub dalam Akta OKU
2018 dan polisi- polisi OKU yang telah diperkenalkan. Adalah tanggunjawab
pembuat dasar dalam merancang dasar perlulah melibatkan setiap wakil OKU ini
terlibat dalam perancangan. Masyarakat bertanggunjawab atas penguatkuasaan
dasar dan seterusnya membuang persepsi negetif terhadap OKU terutama di sektor
pekerjaan.
No comments:
Post a Comment