Sunday, August 22, 2010

Anak Hyperaktif tidak semestinya ADHD

Pernah tak kalian sembang-sembang bukan rasmi dengan kawan2 kalian... Tak pun kawan kalian mengadu pasal anaknya yang nakal ala2 hyper gitu. Tanyakan samada anaknya itu juga anak istimewa....

~~~~ Cuba-cuba kau check budak tu macam boleh masuk kelas khas... hyper! Kata teman 1.
~~~~ Hai, kenapa bah anak aku tu... nakal...hyper...istimewa juga kah tu? Kata teman 2.

Hohohohoho mcmlah aku ni Dr. / pakar psikiatri sahaja yg boleh mendiagnostik. Kami guru2 PK hanya boleh    memberitahu secara umum sahaja berdasarkan ciri umum yang kami tahu.

Oklah jom kita tgk... adakah benar anak itu ADH atau cuma hyperaktif.

Sleep Apnea Pada Anak
Sleep Apnea adalah gangguan tidur di mana simptomnya adalah mendengkur dan rasa mengantuk yang berlebihan. Sleep apnea, yang bermasuk sesak nafas semasa tidur, jika ia berlaku pada orang dewasa ia akan menyebabkan hipertensi berbagai penyakit jantung, diabetes hinggah stroke. Dikalangan kanak-kanak, sleep apnea menjadi lebih serius kerana ianya memberi kesan terhadap pertumbuhannya.

Perhatikan semasa anak anda tidur, ketika dia mendengkur. Pada saat suara dengkurannya mula hilang, anak anda kelihatan sesak seolah tercekik. Perkara  ini berlaku kerana berlaku penyempitan dalam saluran pernafasannya yang mengakibatkan udara tidak dapat masuk atau keluar. Akibat oksigen yang merosot dan kadar karbondioksida yang meningkat mendadak, si anak akan terbangun disertai suara hentakan keras seolah nafas baru terbebas. Episod bangun ini disebut sebagao episo bangun mikro (micro arousal) kerana walaupun gelombang otak terbagun, namun si anak tidak terjaga. Dan episod ini ini terus berulang sepanjang malam hinggah menggangu kualiti tidurnya. Akibat drpd itu, si anak akan terus berada dalam kondisi kurang tidur, walaupun sebenarnya dia sudah cukup tidur. Anak, untuk melawan rasa kantuknya justeru itu dia menjadi aktif secara fizikalnya.


Tidur pada Anak
Proses tidur amatlah penting bagi seorang anak. Kerana proses perkembangan berlaku pada waktu tidur. Pada tahap tidur dalam, dikeluarkan growth hormone yang berperanan dalam proses pertumbuhan. Sedangkan pada tahap tidur mimpi, dipercaya sebagai tahap tidur dimana kemampuan kognitif, mental dan emosional dijaga.
Dengan adanya sleep apnea, proses tidur akan terpotong-potong. Akibatnya proses tumbuh kembang pun terganggu. Kecerdasan dan potensi-potensi mental lain yang seharusnya tumbuh dan berkembang saat tidur, tidak tumbuh. Kondisi emosionalnya pun buruk, anak jadi murung dan mudah marah. Kernana mengantuk, anak juga semakin aktif dan sukar memusatkan perhatian.


Sumber: http://sleepclinicjakarta.tblog.com/post/1970054835

No comments:

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.