Monday, August 9, 2010

Autisma; Pengurusan Tingkah Laku


Sepertimana kanak-kanak normal, kanak-kanak Autisma juga boleh dibimbing dalam mengurus emosi mereka dan bagaimana mereka perlu mengekspresikan emosi mereka. Bezanya proses ini mungkin mengambil masa yang lama berbanding kanak-kanak biasa.

Kanak-kanak autisma harus dibimbing untuk merasakan bahawa tindakan dan emosi tantrum mereka secara umumnya adalah tidak diterima oleh orang sekitar Itingkah laku yang tidak diingini).

Dalam usaha membimbing yang mengambil masa yang panjang ini, bukan sahaja kanak-kanak autistik ini akan merasa letih dan "fed up" dan seterusnya boleh menyebabkan tantrum/marah, kita sebagai yang membimbing mereka juga adakalanya timbul rasa jenuh dan harus banyak bersabar.

Dalam proses pengurusan tingkah- laku ini, paling sering pun kanak-kanak autisma ini akan merasa letih untuk mempelajari perkara baru. Ini kerana anak-anak autistik tidak dapat memproses data yang diterimanya  sepertimana kebanyakkan kanak-kanak biasa, dan adakalanya faktor luaran seperti kebisingan, cahaya yang terang atau bunyi-bunyian kuat juga boleh menimbulkan kemarahan dan tantrum mereka. Berhadapan dengan pelbagai rupa dan melakukan pelbagai / banyak aktiviti juga boleh mencetuskan tingkah laku  reaktif anak-anak autisma. 

Sebuhangan dengan itu, kita tidak harus memberinya tekanan dan juga mengharapkan perubahan yang terlalu cepat dalam tingakah laku mereka keran dengan itu juga boleh mengakibatkan wujudnya tingkah laku tidak diiingini dalam diri mereka. Perkara ini mungkin melelahkan kita, namun apabila kita membimbingnya sedari kecil lagi, mendisiplinkan dan mengurus tingkah lakunya kemungkinan akhirnya mereka akan membiasakan diri dalam lingkungan kehidupan normal.  

Ibubapa atau penjaga perlu untuk mempelajari perkara yang menyebabkan tingkah laku tantrum anak-anak autism daripada pemerhatian  mereka sehinggah menenui cara bagaimana yang sesuai untuk membimbing anak mereka. Proses ini juga memerlukan dedikasi dan kesabaran yang ekstrem, namun kosistensi dan ketekunan adalah berbaloi. Kenalpasti bagaimana anak autisma ini berkomunikasi tanpa menggangu mereka. Kanak-kanak autisma akan belajar menjadi yang terbaik sesuai dengan kemampuan mereka, untuk sesuai dengan masyarakat dan menghadapi cabaran dan peluang baru.

Sumber: Pelbagai.... google search...

No comments:

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.