Wednesday, January 21, 2009

Meningkatkan Komunikasi dengan Kanak - kanak Autisma. How to Improve Communication with Autisme Childrens. #2

4. Abaikan Pertuturan, vokalisasi, ketwa dan perbuatan yang tidak sepatutunya.
Hanya beri perhatian kepada tingkah laku yang diingini. Ulangi perbuatan diingin dan abaikan perbuatan - perbuatan yang tidak sepatutnya.

5. Bertutur dengan perlahan, jelas dan tepat.
Individu Autisma mungkin mengalami masalah untuk memproses setiap percakapan yang didengarnya. Oleh itu anda perlu bertutur dengan perlahan dan jelas bagi membolehkan mereka mendapatkan kebanyakkan kiu verbal anda. Pastikan kanak - kanak itu melihat muka anda bagi memudahkan mereka mempelajari mimik muka. Jangan menggunakan bahasa abstrak sehinggah anda pasti mereka memahaminya. Contonhya jangan menggunakan "Aidil pergi duduk." Sebaiknya anda menggunakan perkataan "Aidil duduk atas kerusi".

Kebanyakkan kanak - kanak Autisme juga tidak memahami perkataan kiasan, sindiran atau peribahasa. Sebalinya mereka memahami makna yang terdapat dalam satu satu ujaran percakapan sahaja (terlalu lurus/konkrit). Sebagai contoh, sekiranya anda mengajar konse warna dengan menunjukkan warna2 pen berbeza, jangan mengatakan "Ini biru" malah lebih baik menggunakan "Ini pen biru". Elakkan juga daripada menanyakan soalan semasa ingin memberikan arahan. Seperti "Ok, kita boleh mula sekarang?" Ini menyebabkan arahan yang ingin disampaikan boleh menjadi satu pertanyaan dan kanak - kanak boleh mengatakan "Tidak". Dalam konteks ini, pertuturan ini adalah diterima dan menyebabkan aktiviti tersebut terpaksa diberhentikan.


6. Gunakan jadual dan kaedah tertentu utk meramal situasi yang akan datang @ perubahan suasana pada persekitaran kanak2 Autisme.
Kanak - kanak Autisme tidak dapat menerima sebarang perubahan dalam perkara rutin harian mereka. Ini kerana kanak - kanak ini tidak berkebolehan unutk memahami dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada kiu - kiu sekelililngnya yang menandakan perubahan akan berlaku. Kebanyakkan mereka kan memberi tumpuan kepada sebahagian kecil situasi daripada keseluruhan situasi.

Sebagai contoh, kebanyakkan kita akan memerhatikan keseluruhan keadaan bilik darjah dan dapat melihat sebahagian pelajar bersedia untuk pulang. Kelihatan buku disimpan, kerusi dimasukkan, mendengar guru mengucapkan "selamat pulang". Tetapi murid Autisme tidak dapat memahami keseluruhan ini dan hanya memberi tumpuan pada aktiviti yang dia perlu siapkan. Kanak - kanak Autisme perlu mengetahui akiviti pertama, kedua dan terakhir. Kanak - kanak seperti ini perlu diperingatkan keadaan bila aktiviti akan berubah (contoh, "selepas 5 minit tiba masanya untuk jigsaw puzzle disiman.") dan keadaan bila aktiviti bermula (contoh, apabila lego ni siap, tiba masanya untuk lakukan kira - kira ). Mereka juga perlu diberitahu mengenai perkara yang berkemungkinan atau mengejutkan akan berlaku ( Contoh, Ikran, dalam 5 minit lagi lonceng akan berbunyi. Bunyinya sangat kuat!").


7. Jangan meniggikan suara, merampas, menggertak dengan tiba - tiba.
Meninggikan suara untuk menjadikan satu orang patuh adalah perkara biasa. Namun, kebanyakkan kanak - kanak Autisme adalah sensitif bunyi. Mereka akan mengabaikan permintaan anda. Dan apabila kita tinggikan suara pada mereka, kita juga harus memberikan arahan 4 hinggah 5 kali. Sekiranya begini, kita telah mengajar mereka bahawa percakapan suara tinggi sahaja yang bermakna. Maka mereka hanya patuh apabila kita tinngikan suara kepada mereka.

Untuk mengatasi masalah ini, minta kanak - kanak tersebut melakukan sesuatu satu atau dua kali sahaja. Sekiranya tiada respon, beri bantuan yang sepatutnya. Sebagai contoh, sekiranya anda telah beri arahan sebanyak 2 kali meminta kanak - kanak in duduk dan dia masih lagi berdiri, pegang kedua - dua bahunya sambil mendudukkanya atas kerusi. Sekali kanak - kanak ini duduk katakan padanya "Bagus, duduk". Kanak - kanak Autisme belajar melalui ini.


8. Jangan menerima tingkah - laku yang tidak sepatutnya dalam melepaskan diri melakukan tugasan.

Sekiranya anda memberi arahan kepada kanak - kanak tersebut dan mereka marah, menangis, menjerit, tidak memperdulikan anda, berlalri keluar atau tidak mahu melakukan arahan itu, anda perlu meneruskannya bagi memastikan arahan tadi dilakukan. Tunggu sehinggah ia tenang dan pastikan tugasan tersebut dilakukan.
Berikan kata - kata peneguhan yang boleh meningkatkan kembali keupayaannya melakukan kerja. Seperti, "saya tahu awak tidak suka nak buat tapi kalau siap nanti boleh main kereta mainan ni (atau benda/perkara lain yang disukainya)". Tingkah laku ini adalah paling sukar dikawal tetapi apabila anda dapat melakukannya maka tingkah laku tidak baik ini akan dapat dihapuskan sutu hari nanti walaupun memakan masa.

9. Jangan membenarkan terikat dengan rutin atau perkara yang telah ditetapkan.
Seperti yang dimaklumi, kanak - kanak Autisme tidak suka kepada perubahan dalam rutinnya. Oleh itu, memberhentikan kanak - kanak ini daripada rutinnya akan membuatkan dia marah dan melakukan tingkah laku tidak sepatutnya. Bagaimanapun membiarkan membenarkan mereka melakukan rutinnya selepas tingkah laku tersebut boleh menyebabkan mereka mempelajari tingkah laku ini diterima dalam situasi ini. Dan perkara ini adalah sesuatu yang tidak baik. Teruskan memberhentikan rutinnya. Tingkah laku tidak baik akan berkurangan. Bersabar dan abaikan tingkah laku tersebut sekurang - kurangnya 3 minggu.
10. Kukuhkan, teguhkan dan wujudkan suasana "pembelajaran berprotokol".
Harus ingat bahawan individu Autisma menghadai masalah dalam menentukan sesuatu yang penting. Selalunya mereka memberi tumpuan kepada sesuatu yang tidak sepatutnya dalam pertuturan atau perbuatan kita atau benda yang menarik minatnya dari segi perbuatan dan sensorinya.
Dalam mengajar kanak-kanak Autisme secara efektif, kita harus mendapatkan perhatiaannya. Ini bermakna mereka perlu berada pada satu sudut dalam bilik, duduk dengan baik, dan lihat pada muka anda (eye contact). Tangan mereka juga tidak menepok - nepok meja, melambai - lambai, menggosok - gosok badan atau bermain dengan sesuatu. Tangan mereka adalah bersedia unutk melakukan sebarang aktiviti. Inilah yang dinamakan "pembelajaran protokol".
PEMBELAJARAN BERPROTOKOL
1. Beri Arahan: "duduk atas kerusi". Jika masih berdiri, bantu mereka untuk duduk dan pujinya "bagus duduk'.
2. Beri Arahan : "Tangan atas meja". Sekiranya kanak2 tersebut masih tidak melakukannya, bantu mereka dengan meletakkan tangannya di ataseja dan beri pujian "bagus tangan di sini" atau "bagus, ikut arahan".
3. Beri Arahan : "Lihat muka saya". Sekiranya kanak - kanak tersebut tidak melihat muka anda, tunggu respon atau beri mereka masa dan apabila mereka melihat mata anda dan hanya beberapa saat, beri pujian "Bagus lihat saya" dan berikan sedikit ganjaran. Atau boleh memegang barang/makanan yang diingininya berhampiran dengan mata anda untuk menggalakkan kontak mata.
Pastikan anda memperolehi ketiga - tiga perkara tersebut sebelum memberikan arahan, aktiviti atau memberi ganjaran. Ini memberi peluang kepada kanak - kanak tersebut unutk bersedia mempelajari sesuatu.
Sumber: Salinan dua keping kertas saiz A4 yang tertulis dibawanya nama "Shahriman Shalihin, Speech Therapist".

No comments:

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.