Sunday, June 27, 2010

Y2- Rekod Perkembangan Murid Khas #1


REKOD PERKEMBANGAN MURID

Nama: ENGLAND VS GERMAN                                               
Umur: 6 Tahun
 Rumusan Kemajuan bagi tempoh: 5 bulan SEMESTER 1

MATLAMAT RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
        Pada keselurahannya lebih  SUDAH mencapai lebih 90% objektif jangka pendek RPInya itu mengenal tandas, arah ke tandas dan kegunaan tandas. Bagaimanapun, Y2 masih pada tahap 50% untuk mencapai objektif jangka panjang RPInya iaitu :
-          Murid boleh merasakan keinginan untuk kencing dan menyatakan keinginan untuk kencing.
-          Boleh membuka dan memakai seluar tanpa bantuan.

Y2 masih terkencing dalam seluar dan masih belum boleh memakai seluar tanpa bantuan guru/ppm. Y2 akan memasukkan kedua belah kakinya dalam satu lubang kaki seluar.


KEPUTUSAN / CADANGAN GURU: -
            Guru mencadangkan agar latihan untuk memakai seluar dan ”ke tandas” tanpa bantuan dilaksanakan dirumah. Di sekolah cikgu akan membantu dan RPI akan lebih ditumpukan kepada akademik, pengurusan tingkah – laku dan kemahiran sosial murid.

RPI 2 – Tunjang Komunikasi- Bahasa Malaysia.

                                                                                              

PENCAPAIAN

Tunjang Komunikasi

-          Pada keseluruhannya murid boleh menyebut huruf abjad ”a” hingga ”z” dengan jelas dengan bantuan guru. Bagaimanapun murid belum boleh mengingat atau mengenal sebarang huruf.
-          Murid boleh mengenal dan menyebut nama ”ayam” namun belum memahami perkaitannya dengan huruf ”a”.
-          Murid boleh memahami arahan guru dan memberi respon terhadap arahan guru. ( Komunikasi dalam Bahasa Malaysia. Sebelumnya murid tidak memahami arahan dalam Bahasa Malaysia).
-          Murid sudah boleh memegang pensel. Bagaimanapun adakalanya murid ”keliru” dalam ”menstabilkan” genggamannya memegang pensel.


Tunjang Sains & Teknolologi – Sains Mudah & Matematik Mudah.

A. Sains Mudah

-          Pada keseluruhannya prestasi murid pada tahap memuaskan dan meningkat.
-          Murid boleh mengenal dan menunjukkan anggota badan yang disebut guru seperti kepala, kaki, tangan, mata, hidung dan telinga.

B. Matematik Mudah

-          Pada keseluruhannya tahap kemahiran  murid pada tahap baik dan berpotensi untuk lebih baik.
-          Murid boleh menyebut nombor 1 – 10  dengan jelas dengan bantuan.
-          Murid belum menguasai kemahiran asas matematik, Kemahiran Padanan dan Pengelasan.


Tunjang Perkembangan Kreativiti dan Estetika

-          Pada keseluruhannya perkembangan fizikal dari segi motor halus dan motor kasar adalah meningkat berbanding di awal persekolahannya.
-          Bagaimanapun murid masih memerlukan latihan berterusan terutamanya kemhiran koordinasi mata-tangan untuk pre menulis.


Tunjang Ketrampilan Diri

A. Pengurusan Diri
-          Pada keseluruhannya perkembangan murid dalam kemahiran ini adalah kurang memberansang. Murid masih terbuang air kecil dalam seluar dan belum boleh memakai seluar tanpa bantuan.
-          Murid boleh makan menggunakan sudu.
-          Murid boleh membersihakan diri sebelum dan selepas makan dengan bantuan arahan guru.

B.  Pengurusan Sosio Emosi
-          Pada keseluruhannya kemahiran dari segi perkembangan sosio emosi murid ini amatlah sangat memberansangkan berbanding diawal masa persekolahannya.
-          Murid berkeyakinan diri. Dan mahu mendekati dan didekati oleh orang lain.
-          Murid boleh bermain sendiri dengan pengawasan minima guru.
-          Murid boleh bermain dan berkongsi alat permaianan/bbm dengan rakan-rakan lain.
-          Murid suka membantu guru; menyediakan kerusi untuk rakannya yang lain duduk.


Pendekatan yang berkesan.

-          Dalam usaha mencapai objektif jangka pendek RPI Yen Zhi, pendekatan yang digunakan adalah berjaya. Di mana guru pada kadar yang kerap sering memperingat Yen Zhi untuk ke membuang air kecil setelah memperkenalkan tandas dan cara penggunaanya.
-          Bagaimanapun, pendekatan untuk mencapai objektif jangka panjang Yen Zhi masih lagi perlu latihan berterusan dan kerjasama pihak ibubapa murid.
-          Pendekatan yang menarik minat Yen Zhi untuk mengikuti p&p ialah menyanyi, menonton video muzik, kad gambar serta permainan fizikal.
-          Melalui pendekatan ini Yen Zhi sudah mengenal dan menyebut nama ”ayam” dengan jelas walaupun adakalanya masih tidak dapat membezakan ayam dan burung.


Aspek yang Perlu Dipertingkatkan

-          Murid memerlukan latihan berterusan dalam kemahiran berikut:-
i.                    Asas menulis (memegang pensel dengan betul)
ii.                  Mengenal huruf abjad A – Z.
iii.                Mengenal nama benda maujud (bahasa utama di sekolah) dalam Bahasa Malaysia.
-          Pengurusan Diri – perlukan kerjasama baik di sekolah dan dirumah.Latihan berterusan.
-          Sains dan Matematik Mudah – Latihan berterusan samada secara lansung atau tidak lansung (silang tunjang).



Rumusan / Cadangan.
-          Sehubungan dengan itu, guru dengan kerjasama ppm, ibubapa serta keluarga murid harus ada keseinambungan dalam melaksanakan pendekatan pembelajaran yang ditetapkan. Perkara ini perlu agar murid tidak keliru terutamanya dalam penggunaan istilah/bahasa.
-          Murid berpotensi untuk meningkatkan kemahiran.



Disediakan Oleh: _____________________
                            (                                           )                    Tarikh:___________________


Penerimaan  Ibubapa : ____________________
                                    (                                     )                     Tarikh: _________________


Ulasan Ibubapa:
                        __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

No comments:

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.