Wednesday, June 23, 2010

Sensori Motor dan Keperluan dalam Pembelajaran Anak. No. 1


Jika diperhatikan secara fizikalnya AA sama seperti kanak-kanak lain seusianya. Saiz fizikalnya cukup untuk menyatakan dia normal untuk kanak-kanak yang berumur lima tahun. Bagaimanapun, AA tetap masih kanak-kanak istimewa yang diagnostik oleh doktor sebagai  masalah pendengaran (dan mengakibatkan wujud masalah pertuturan) dan ADD.

Sepertimana kanak-kanak LD yang lain, AA juga mengalami masalah perkembangan sensori motor. Jika berdasarkan tahap perkembangan kanak-kanak normal, perkembangan sensori motor mereka membolehkan mereka melakukan aktivti seharian dengan mudah. Umpamanya bermain / berinteraksi dengan rakan2 atau keluarga. Aktiviti seharian ini melibatkan fungsi sensori motor yang juga melibatkan reaksi postural, keseimbangan, body amareness dan melakukan pengawalan terhadap tingkah laku yang berlebihan. Untuk kanak-kanak seperti AA yang bermasalah dalam fungsi sensori motor akan mengalami beberapa kesulitan dalam melaksanakan kehidupan seharian.

Sistem Sensori
Aktiviti fizikal manusia merupakan pergerakkan dan melibatkan lima organ sistem sensory yang saling berkaitan iaitu:-

Sistem Keseimbangan
Adakalanya AA tidak dapat mengawal kesimbangan badannya. AA akan melanggar grill pintu, tembok dan apa sahaja di depannya. Ini disebabkan oleh fungsi sistem keseimbangan yang terdiri daripada organ yang dikenali sebagai kanalis semisirkulus, sakulus, utrikulus tidak berfungsi seperti sepatutnya. Fungsi sistem organ ini adalah untuk menghubungkan persepsi posisi tubuh di dalam ruang serta mempertahankan posture dan keseimbangan. Koordinasi mata, otot dan sendi yang secara terus menerus adalah perlu untuk mempertahankan keseimbangan badan.

Sistem Tactile 
Sistem ini melibatkan dengan sensistiviti sentuhan. Misalannya, seorang bayi akan mengeksplor sesuatu perkaran dengan memasukkan benda-benda ke dalam mulutnya  untuk mempelajari sesuatu. Sentuhan yang berlaku apabila ibubapa menggendong bayi sebenarnya memberi input rasa selamat dalam diri bayi tersebut.
Bagi bayi/kanak-kanak khas yang mengalami masalah dalam sistem tactile mereka, adalah sukar/agak lewat bagi mereka mempelajari sesuatu perkara dalam kehidupan seharian.

Proprioceptive System
Berbanding rakannya yang lain, AA tidak mengalami masalah yang teruk dalam sistem proprioseptifnya. AA masih boleh berjalan lurus tanpa melihat kakinya diatas titi dan hanya "jatuh" pada kadar jarang sekali.
Proprioceptive System merupakan stimulusa internal yang berasal daripada kedudukan bahagian tubuh, pergerakkan otot, sendi, tendon mahupun keseimbangan badan dan suhu. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah dalam sistem ini mereka tidak mampu untuk berjalan diatas titi tanpa melihat pergerakkan kakinya. Ini kerana informasi sensori tidak dapat disampaikan ke otak melalui posisi dan gerakkan kaki ada otot sendi.

Sistem Pendengaran dan Penglihatan.
AA. Berdasarkan diagnostik Dr., AA mengalami masalah pendengaran pada tahap boleh dipulihkan. Masalah ini mungkin juga punca mengapa AA mengalami masalah pertuturan. AA boleh mengeluarkan bunyi perkataan namun tidak jelas tapi masih difahami. Sepertinya mulut AA kelihatan kaku apabila bercakap. Tidak banyak pergeraakan otot mulutnya yang berlaku.

Sistem pendengaran  dan penglihatan merupakan stimulus yang bersifat eksternal. Seorang bayi normal, pada awal perkembangan penglihatan/visual, bayi boleh membezakan gelap dan terang, warna bentuk secara umum dan gerakkan. Pada usia kanak-kanak, boleh mengenali perkara-perkara yang lebih terperinci seperti perbezaan pelbagai bentuk / ukuran serta mengenal orang disekitarnya. Pada peringkat seterusnya kanak-kanak itu boleh mengenal adanya perbezaan dan persamaan. Dan sehinggalah terbentuk suatu gambaran di dalam otaknya mengenai segala perkara yang disekitarnya yang dikenali sebagai visual discrimination.

Kanak - Kanak belajar melalui mata yang berkoordinasi dengan alat pancaindera yang lain seperti taktil, pendengaran, rasa, bau dan gerak motor. Sebelum mengeluarkan kata-kata, maka mata bersama dengan tangannya akan memberi isyarat untuk mengutarakan keinginannya dan juga melalui mata kanak-kanak belajar memahami fungsi sesuatu benda dan tujuan tindakan. Dengan itu meningkatlah kemampuan visual motor mereka.


Bagi meningkatkan proses belajar visual, aktiviti yang boleh dilakukan ialah:-

  • Menangkap bola
  • Melukis
  • Menggunting dan menulis
**********Bersambung***



No comments:

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.