Sunday, March 7, 2010

Lewat Pertuturan


1 Mac 2009
Menerima (utk tempoh percubaan) seorang lagi murid berumur 5 tahun pada 1 Januari 2010. Untuk tempoh hampir tiga bulan ini sudah dua orang murid Prassekolah Pendidikan Khas yang berumur 5 tahun (pada 1 Januari 2010). Dan andaikata mereka layak, bermakna mereka akan bersama saya selama dua tahun.. InsyaAllah (kalau saya tidak dipindahkan tempat lain). Atas dasar manusia dan cakap budi hati tidak sanggup saya "mentidak layakkan" kesemuanya. Cuma saya perlukan masa utk belajar bkn belajar utk menjadi pengajar, belajar untuk jadi pengurus rumah tangga prasekolah. Daripada 4 org setakat ini, tiga orang anak murid didiagnostik sebagai "speech delay" . YZ- Microcephaly, HH- Syndrom Down dan AA-Masalah pendengaran (dulu) + Hyper.
Saya bukan terapis pertuturan. Namun bukan bermakna saya melepaskan tanggungjawab itu. Cuma harapan saya percaya pada saya sedaya untuk membantu. dan harapan saya kerjasama 'kalian' juga amat saya perlukan.
Kebanyakkan kanak-kanak lahir dengan kebolehan untuk berkomunikasi. Bermula tangisan semasa bayi dan rengekkan kepada komunikasi golongan dewasa yang lebih komplek. Bagaimanapun, sebahagian kanak-kanak perkembangan bahasanya mungkin terbantut atau sukar. Dan perkara ini menimbulkan kekecewaan kepada ibubapa/penjaganya.

Apa yang perlu kita tahu? Sebab musabab. Mengapa anak kita mengalami lewat pertuturan. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya (pengalaman sahaja belum ada pengesahan pakar/doktor), salah satu punca masalah pertuturan kanak2 itu ialah kanak2 tersebut mengalami masasalah pendengaran pada mulanya.

Apapun mari kita tengok senarai semak Screening Speech & Language.


Sumber:http://www.teamtherapy.net/Speech_Disorders.html

Rujukan:
1. http://www.teamtherapy.net/Speech_Disorders.html
2. http://www.speechdelay.com/

2 comments:

Syahida said...

Salam Cikgu,
Anak saya(autisme) juga ada masalah pertuturan.Umur 7 tahun hanya mahu sebut 1-2 patah perkataan..dan sangat susah mahu berkomunikasi. Mudah2an usaha saya untuk berbual2 dan berinteraksi selalu dengannya akn membuahkan hasil juga akhirnya...insyAllah.

Tea Cha Hai said...

InsyaAllah..... mengikut pengalaman saya...saya berinteraksi dgn menyebut perkataan itu satu persatu diikuti dgn perbuatan... cth utk perkataan "duduk" dlm masa yg sama kita tunjukkan cara duduk di atas kerusi....
:-)

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.