Friday, March 12, 2010

Satu lagi Kisah Autisma



PESONA

Hasnah tidak sembunyi Ziqri

DIA pernah terjerit-jerit dan berbaring di depan kedai dan di pusat beli-belah, malah dia pernah mengacukan pisau di lehernya ketika makan di restoran.

Itu antara tindakan yang pernah dilakukan oleh Ahmad Ziqri Morshidi, 14. Anak ketiga daripada empat beradik kepada Datuk Morshidi Abdul Rahman, 57, dan Hasnah Abdul Rahman, 51, bertindak demikian bukan kerana tertekan. Sebaliknya remaja itu menghidap autisme sejak umurnya empat tahun.

Mengakui tindakan Ahmad Ziqri kadangkala di luar kawalan semasa dibawa bersiar-siar, Hasnah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif GITC Secretariat Sdn. Bhd. tidak menjadikan insiden tersebut sebagai alasan untuk mengurung Ahmad Ziqri di rumah.

Malah, status sebagai orang kenamaan dan wanita bekerjaya bukan alasan kepada Hasnah malu membawa anak istimewanya itu kepada khalayak.

"Ahmad Ziqri bertindak seperti itu kerana dia mahu menarik perhatian orang apabila permintaannya gagal dipenuhi.

"Dia tidak peduli, di mana-mana pun dia akan buat perangai. Kanak-kanak seperti Ahmad Ziqri memang begitu, tapi lama-kelamaan kami sekeluarga faham dan hanya bersabar dengannya," kata Hasnah yang tidak menafikan terbit sedikit perasaan malu pada peringkat awal Ahmad Ziqri didiagnosis sebagai penghidap autisme.

Bagaimanapun, naluri keibuan Hasnah akhirnya berjaya melenyapkan perasaan malu itu apabila dia semakin memahami dan tahu cara-cara mengawal tingkah laku Ahmad Ziqri.

Cerita ahli perniagaan yang turut menganjurkan pelbagai program seperti Persidangan Pelancongan Islamik itu, untuk mendidik dan mengawal tingkah laku Ahmad Ziqri dilakukan secara berhemah.

"Saya tidak memukul Ahmad Ziqri, tetapi cukup sekadar meninggikan suara.

"Hendak kawal tindakan dia, saya hanya katakan, Ziqri don't!, tetapi dalam nada yang betul. Kalau marah, saya buat suara macam marah. Dengan cara ini dia sendiri akan faham dan datang pada saya sambil menunjukkan muka sedih, menandakan dia minta maaf," ujar Hasnah.

Ketika berkunjung ke kediaman Hasnah di Wangsa Baiduri, Subang Jaya, Selangor, Ahmad Ziqri cukup riang.


HASNAH bermain monopoly bersama Ziqri (dua dari kiri) sambil ditemani oleh adik-beradik. Dari kanan: Aidil, Rahim dan Taufik.


Sekali pandang, remaja itu tidak kelihatan seperti seorang penghidap autisme kerana Ahmad Ziqri tampak segak, kemas dan boleh memahami keadaan di sekitarnya.

"Dia tahu hari ini ada kawan dari Kosmo! hendak datang, itu yang dia gembira keluar menyambut awak itu," kata Hasnah sambil memuji tindakan Ahmad Ziqri yang mesra menyambut tetamu dengan perkataan good boy.

Mengimbas zaman kanak-kanak Ahmad Ziqri, remaja itu dilahirkan sama seperti bayi lain tanpa sebarang masalah.

Penyakit Ahmad Ziqri itu hanya dikesan ketika dia berusia empat tahun kerana pada usia itu dia masih tidak boleh bercakap walaupun memanggil mama atau papa.

"Dia biasanya hanya menunjukkan bahasa isyarat sebagai tanda dia memahami percakapan orang lain.

"Kalau kita kata TV3, nanti dia akan cari surat khabar tunjuk logo itu. Masa itu saya tidak fikir yang bukan-bukan kecuali mungkin Ahmad Ziqri terpengaruh dengan kerja saya dalam bidang pengiklanan," ujarnya.

Akhirnya, Hasnah nekad membawa Ahmad Ziqri berjumpa dengan pakar untuk mengajar anak itu bertutur.

"Memang sangat mencabar ketika hendak mencari sekolah untuk Ahmad Ziqri belajar bertutur. Walaupun ada pusat-pusat latihan anak-anak autistik tetapi tidak ada sebuah sekolah pun yang ada kekosongan untuk menerima anak saya. Hanya Tuhan yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Menitis air mata mengenangkan keadaan itu," kata Hasnah mengimbau peristiwa tersebut.

Hiperaktif


HASNAH sentiasa menemani anak-anaknya pada masa lapang.


Mujur selepas itu Hasnah menemui sebuah pusat rawatan alternatif yang sedikit sebanyak membantu Ahmad Ziqri melatih kemahiran pertuturannya.

Membesarkan seorang anak autisme, Hasnah melayan Ahmad Ziqri seperti anak-anaknya yang lain dengan membawanya melancong, makan di luar, melawat rumah sanak saudara dan membeli-belah.

Mengakui dalam kalangan kawan-kawan dan sanak saudaranya tidak ada yang memandang sinis, Hasnah mencuba sebaik mungkin untuk mendidik anaknya berdikari.

"Saya latih Ahmad Ziqri untuk mencari makanan sendiri di dalam rumah. Kalau dia hendak makan sosej atau kentang, dia pergi dapatkan di dalam peti ais dan kemudian minta pembantu rumah masakkan.

"Sebab itu biasanya dia hanya makan makanan yang dia pilih sendiri dari dalam peti ais," terang Hasnah sambil memberitahu anaknya itu juga dididik untuk ke tandas, memilih pakaian bahkan boleh bermain permainan video dan alat muzik secara sendirian.

Pada waktu malam, Ahmad Ziqri akan menghabiskan masa dengan bermain permainan komputer. Dia akan bermain hingga lewat malam secara bersendirian,

"Kalau dia suka dia akan menjerit atau melompat-lompat. Hebatnya Ahmad Ziqri, dia boleh main permaianan video macam anak-anak normal yang lain, malah lebih hebat daripada abang-abangnya.

"Pada sebelah malam dia akan tidur dengan abang sulungnya, tapi tak pernah tidur awal. Paling awal pun dia tidur pukul 3 pagi. Sepanjang hari selepas pulang dari sekolah dia akan menghadap komputer dan lompat ke sana ke sini," ujar Hasnah.

Adakah Hasnah berkongsi tanggungjawab menjaga Ahmad Ziqri bersama suaminya? Hasnah memberitahu, sejak tujuh tahun lalu dia menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.

"Pembantu rumah dan pemandu banyak membantu meringankan beban saya selain kakak, Habsah yang tinggal bersama di dalam rumah ini," katanya.

Usah katakan Tidak!!


Teringat kata2 %^&*(
"selagi kita belum kena, selagi itu kita takkan faham"...
Begitulah manusia. Selagi belum dapat anak Autisma selagi itu takkan faham betapa mencabarnya mengasuh, mendidik dan membimbing anak ini... Apa yang saya tanggungjawabkan sebagai guru mungkin tidak sedalam mana yang dirasakan oleh ibubapa ini. Namun sedaya mana saya menanam hasrat utk memudahkan urusan mereka. Melihat lapisan air mata di bola mata mereka...mendengar serak sedih suara mereka..merundum lembutnya hati ku... Ini emosi...simpati dan empati...namun yg dalam menanggung adalah ibubapa kerana anak itu adalah milik kekal mereka dan ada harapan yg mereka letakkan. dan saya hanya "ibu tumpang" dimohon ilmu dan kemahiran ku utk merealisasikan harapan mereka...

Di satu sudut. Cuma sy bermohon beri saya kepercayaan. Beri saya peluang. Beri saya ruang. InsyaAllah. Keistimewaan yg sy ada adalah kekuatan dan kekuatan adalah sokongan serta kepercayaan ibubapa. ORG YANG LAIN..."lain2 tu" . usahlah masuk campur urusan saya kalau hati keras utk faham. buatlah bidang tugas anda sendiri dgn baik. kerana........"hari ini bukan hari anda, bila tiba anugerah ini pada anda tahulah anda menyesal tidak mahu utk faham".

dan kata ini "kalau tak mahu cuba atau buat, manakan boleh mahir"...
Begitulah sikap kita. Semuanya hanya tahu berkata TIDAK TAHU, TIDAK MAHIR, TIDAK PANDAI........dll................ perempuan belajar jadi perempuan sebab dia perempuan......begitulah guru, sudahnya menjadi guru maka seyakin kita terutamanya bukan guru yakin bahawa dia itu boleh mengajar....... skill boleh diasah bermula dengan percubaan pertama.........

Dan ada juga manusia mengukur kemahiran seseorang dengan ......
1. Lamanya tempoh berkhidmat dalam satu2 bidang.
2. dah kahwin ker belum?

Kalau sy diukur menggunakan skala "emosi" di atas, sungguh sy bukanlah yg selayakknya. Dan terima kasih bye bye... baju ku pakaiankan di kaki... seluar ku pakaikan di badan......

Sy membesar pada zaman PC harta mewah. Menjalani zaman remaja pada zaman internet bukan satu beban besar. Zaman belajar... dalam dunia siber bukan satu beban dan kini, ICT bukan lagi satu "kelebihan"... semua mampu milik... mampu di beli mampu dipelajari.

Tak usahlah risau bagaimana sy nak urus anak2 awak cuci beraknya. Tak payah nak tekan perkataan di google pun. Nak tunggu saya ada anak sendiri? adeh.........

Syukur kepadaNya. anugerah ini walau semua orang akan ada..namun tidak semua sanggup dan kuat... kerana Allah memberikan kepada hambanya apa yg perlu utknya.....

SEMOGA KEKUATAN INI TERUS KUAT....

Sunday, March 7, 2010

Lewat Pertuturan


1 Mac 2009
Menerima (utk tempoh percubaan) seorang lagi murid berumur 5 tahun pada 1 Januari 2010. Untuk tempoh hampir tiga bulan ini sudah dua orang murid Prassekolah Pendidikan Khas yang berumur 5 tahun (pada 1 Januari 2010). Dan andaikata mereka layak, bermakna mereka akan bersama saya selama dua tahun.. InsyaAllah (kalau saya tidak dipindahkan tempat lain). Atas dasar manusia dan cakap budi hati tidak sanggup saya "mentidak layakkan" kesemuanya. Cuma saya perlukan masa utk belajar bkn belajar utk menjadi pengajar, belajar untuk jadi pengurus rumah tangga prasekolah. Daripada 4 org setakat ini, tiga orang anak murid didiagnostik sebagai "speech delay" . YZ- Microcephaly, HH- Syndrom Down dan AA-Masalah pendengaran (dulu) + Hyper.
Saya bukan terapis pertuturan. Namun bukan bermakna saya melepaskan tanggungjawab itu. Cuma harapan saya percaya pada saya sedaya untuk membantu. dan harapan saya kerjasama 'kalian' juga amat saya perlukan.
Kebanyakkan kanak-kanak lahir dengan kebolehan untuk berkomunikasi. Bermula tangisan semasa bayi dan rengekkan kepada komunikasi golongan dewasa yang lebih komplek. Bagaimanapun, sebahagian kanak-kanak perkembangan bahasanya mungkin terbantut atau sukar. Dan perkara ini menimbulkan kekecewaan kepada ibubapa/penjaganya.

Apa yang perlu kita tahu? Sebab musabab. Mengapa anak kita mengalami lewat pertuturan. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya (pengalaman sahaja belum ada pengesahan pakar/doktor), salah satu punca masalah pertuturan kanak2 itu ialah kanak2 tersebut mengalami masasalah pendengaran pada mulanya.

Apapun mari kita tengok senarai semak Screening Speech & Language.


Sumber:http://www.teamtherapy.net/Speech_Disorders.html

Rujukan:
1. http://www.teamtherapy.net/Speech_Disorders.html
2. http://www.speechdelay.com/

Saturday, March 6, 2010

Stigma yang Harus Diubah.

ARKIB : 16/02/2010

Ketidakmampuan mengawal rasa takut

Secara am, ramai orang yang tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan penyakit mental atau psikiatri. Bila seseorang itu dikatakan sedang menghadapi masalah mental, masyarakat dengan mudah mengatakan bahawa orang itu gila. Dengan kata lain, masyarakat memandang serong terhadap orang yang menghadapi penyakit mental.
Sebenarnya terdapat 300 kategori penyakit mental. Satu hingga dua peratus dikatakan menghadapi penyakit psikotik atau gila. Sementara 98 peratus lagi tidak ada kena mengenai dengan penyakit tersebut.
Terdapat dua blok paling besar mengenai penyakit mental, iaitu murung dan keresahan. Fobia dikategorikan dalam penyakit keresahan atau anxiety disorder. Simptom utama yang terdapat pada orang yang mengalaminya ialah perasaan resah.
Fobia bukanlah kategori besar dalam penyakit mental tetapi ia menarik dan mendapat perhatian.
Fobia merupakan perasaan yang amat takut terhadap sesuatu benda atau situasi. Orang yang menghadapi masalah tersebut sedar bahawa ketakutan yang dialaminya adalah keterlaluan berbanding dengan orang lain.
''Orang ini tahu bahawa fobianya itu tidak setanding dengan benda yang dia takut. Namun dia tidak berdaya melawan. Kerana terlalu takut, dia akan cuba mengelakkan diri daripada berdepan dengan objek atau situasi tersebut. Jika tidak dirawat, dengan melihat gambar atau mendengar cerita pun dia akan berasa takut.
''Simptom fizikal yang dapat dilihat pada orang yang fobia adalah ketara seperti sesak nafas dan jantung berdegup deras.
"Ini akan menjurus pada sakit dada, tangan dan badan menggeletar. Rasa tercekik, berpeluh, rasa loya daripada dalam perut dan kepala pening seperti hendak pitam.
''Orang yang fobia ini seterusnya akan tertanya-tanya adakah dia diserang serangan jantung atau strok dan sebagainya. Dia mula hilang kawalan, semakin cemas dan terasa macam hendak mati,'' kata pakar psikiatri Hospital Pusrawi, Dr. Daniel Zainal Abdul Rahman yang ditemui baru-baru ini.
Tambahnya, jika kesemua simptom itu muncul serentak dan berlaku berterusan, orang itu akan cuba mengelak daripada berhadapan dengan objek atau mengelakkan daripada pergi ke tempat yang ditakutinya.
Beliau berkata, terdapat perbezaan antara fobia dan rasa takut biasa. Perasaan takut merupakan perkara biasa kepada manusia normal.
''Adalah perkara biasa bagi kanak-kanak mempunyai perasaan takut. Sebanyak 90 peratus kanak-kanak yang berumur dua hingga 14 tahun mesti takutkan sesuatu sementara yang berumur di antara 0 hingga dua tahun takut kepada orang yang tidak dikenali, bunyi bising, bila terpaksa berpisah dengan ibu bapa seperti apabila dihantar ke rumah pengasuh dan sebagainya.
''Kanak-kanak yang berumur tiga hingga enam tahun pula lebih suka berkhayal atau takut kepada benda yang kita tidak nampak seperti hantu, raksasa dan gelap.
''Daripada umur tujuh hingga 16 tahun pula mempunyai perasaan takut yang lebih realistik seperti apabila perlu berpidato, menghadapi peperiksaan dan takutkan kemalangan.
''Ada banyak jenis ketakutan dan jika ibu bapa tidak bijak mengawalnya maka ia akan menjadi fobia yang serius setelah anak dewasa kelak. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dan jangan mengugut anak dengan meletakkan benda yang ditakuti di hadapan anak. Cara respons anak semasa kecil memberi kesan kepadanya setelah dewasa,'' ujar Daniel Zainal lagi.
Menurut beliau, antara jenis fobia yang biasa ialah:
l Fobia terhadap binatang tertentu.
l Fobia terhadap alam sekeliling seperti ketinggian, menaiki lif, tangga, air dan gelap.
l Fobia terhadap sesuatu situasi tertentu seperti doktor gigi, memandu, membuat persembahan di depan khalayak ramai, lalu di bawah jambatan atau terowong dan menaiki tangga bergerak.
l Fobia sosial iaitu takut diperhatikan dan orang ini akan cuba mengelak daripada bergaul atau bercakap dengan orang lain.
l Agoraphobia - orang yang sudah ada serangan panik dan akan rasa takut di mana-mana saja dia pergi. Dia sentiasa berfikir jika sesuatu terjadi padanya siapa yang akan menolongnya. Ini akan menyebabkannya tidak mahu keluar rumah.
Daniel Zainal berkata, orang yang terlalu fobia hingga menjejaskan jadual harian boleh dirawat menggunakan kaedah tingkah laku dan kognitif (cognitive behaviour therapy) dan terapi pendedahan.
Ujarnya, orang yang fobia juga akan diajar teknik bertenang seperti pernafasan, meditasi (orang Islam boleh berzikir) dan merehatkan otot-otot. Cara ini boleh mengawal dan mendapatkan keyakinan.
Beliau memberi amaran supaya tidak mengambil ubat penenang secara sewenang-wenangnya. Ubat-ubatan sebegini hanya bertindak untuk sementara waktu. Bagaimanapun ia dibolehkan jika diambil mengikut peraturan dan nasihat doktor.
Sumber:

Thursday, March 4, 2010

Terapi muzik berkesan pulih tekanan mental, perasaan

Terapi muzik berkesan pulih tekanan mental, perasaan

Date: 10 April 2008 Kajian dapati karya klasik Mozart bantu rawat kes trauma, gangguan emosi. Terapi muzik kedengaran asing pada sesetengah individu tetapi ia sebenarnya berguna untuk meredakan tekanan akibat kekangan waktu kerja, tersepit dalam pergolakan hidup berumahtangga atau stres menghadapi peperiksaan.

Ia adalah alternatif rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal.Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi mampu dicapai melalui teknik muzik tertentu.

Malah, seramai antara 6,000 hingga 10,000 pakar terapi muzik terlatih ada di seluruh dunia dan bersedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat terutama yang menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS.

Antara matlamat utama terapi jenis ini untuk memulihkan kekuatan fizikal, menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat rawatan, memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga, serta memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran.

Terapi muzik mempunyai teknik rawatan tertentu yang memerlukan seseorang pesakit itu melalui penafsiran klinikal khusus. Melalui teknik itu, pakar terapi akan menjalankan program muzik terapi membabitkan teknik mendengar pilihan muzik tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis menggunakan muzik.

Tujuannya untuk mengalih kesakitan dan tekanan yang sesak ditanggung pesakit menggunakan medium muzik.Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa kaitannya terapi muzik dengan kecantikan? Jangan anda lupa, tahap kesihatan mental sebenarnya banyak mempengaruhi kesihatan emosi dan jasmani kita.Malah, ada yang mengaitkan jiwa yang tenang terpancar melalui air muka seseorang.

Justeru, apabila mental bebas daripada sebarang tekanan, pasti wajah akan kelihatan awet muda dan berseri-seri secara semula jadi.Dalam sejarah kebudayaan Islam sendiri, muzik tidak sekadar sebagai hiburan tetapi turut mempunyai peranan penting dalam kehidupan.

Al-Farabi menghasilkan buku dan teori mengenai muzik dan ia dijadikan rujukan Barat sehingga sekarang. Begitu juga barisan ulama termasuk Dr Yusuf al-Qaradawi dikatakan pernah mengaitkan muzik dengan naluri dan perasaan seseorang sehingga membentuk bakat, perasaan dan keperibadian.Katanya, jika tujuan seni itu digunakan untuk kebaikan, begitu jugalah hukumnya.

Justeru, seni itu bersifat neutral, tidak sekadar untuk hiburan malah membawa banyak kebaikan tersirat jika diselidik penggunaannya.

FAKTA:* Ada kajian menunjukkan bahawa muzik klasik karya Mozart boleh diguna untuk mengurangkan penderitaan pesakit dan meredakan tekanan.* Terapi muzik boleh digunakan dalam rawatan pesakit yang mengalami trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS.Sumber: Berita Harian, 19 Mac 2008Untuk bacaan lanjut, sila klik www.bharian.com.my

Sumber: http://www.psychiatry-malaysia.org/article.php?aid=783

Sunday, February 28, 2010

Eating Licorice In Pregnancy May Affect A Child's IQ And Behavior

ScienceDaily (Oct. 7, 2009) — Expectant mothers who eat excessive quantities of licorice during pregnancy could adversely affect their child's intelligence and behavior, a study has shown.
A study of eight year old children whose mothers ate large amounts of licorice when pregnant found they did not perform as well as other youngsters in cognitive tests.
They were also more likely to have poor attention spans and show disruptive behavior such as ADHD (attention deficit hyperactivity disorder).
It is thought that a component in licorice called glycyrrhizin may impair the placenta, allowing stress hormones to cross from the mother to the baby.
High levels of such hormones, known as glucocorticoids, are thought to affect fetal brain development and have been linked to behavioral disorders in children.
The results of the study are published in the American Journal of Epidemiology. Eight-year-olds whose mothers had been monitored for licorice consumption during pregnancy were tested on a range of cognitive functions including vocabulary, memory and spatial awareness.
Behavior was assessed using an in-depth questionnaire completed by the mother, which is also used by clinicians to evaluate children's behavior.
The study, carried out by the University of Helsinki and the University of Edinburgh, looked at children born in Finland, where consumption of licorice among young women is common.
Professor Jonathan Seckl, from the University of Edinburgh's Centre for Cardiovascular Science, said: "This shows that eating licorice during pregnancy may affect a child's behavior or IQ and suggests the importance of the placenta in preventing stress hormones that may affect cognitive development getting through to the baby."
Women who ate more than 500mg of glycyrrhizin per week – found in the equivalent of 100g of pure licorice – were more likely to have children with lower intelligence levels and more behavioral problems.
"Expectant mothers should avoid eating excessive amounts of licorice," said Professor Katri Räikkönen, from the University of Helsinki's Department of Psychology.
Of the children who took part in the study, 64 were exposed to high levels of glycyrrhizin in licorice, 46 to moderate levels and 211 to low levels.
The research followed on from a study which showed that licorice consumption was also linked to shorter pregnancies. Laboratory studies have also shown a link between the placenta not working to prevent stress hormones from passing through to the fetus, as well as a link to cardiac and metabolic disorders and behavioral problems in later life.

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.