Sunday, July 20, 2008



JURNAL MINGGU KE 9 (12-16 Mei)
Ibu.. Ibu .. Engkaulah Ratu Hati Ku.
Ibu.. Ibu engkaulah ratu hati ku..
Bila ku berduka engkau hiburkan selalu…
Ibu.. Ibu.. engkaulah ratu hati ku.
Sempena suasana sambutan Hari Ibu ini Aku telah merancang aktivti p&p dalam mata pelajaran Matematik dengan bertemakan kasih sayang ibu. Aku memulakan aktiviti p&p dengan menayangkan video klip berkenaan lagu Ibu Ku Sayang nyanyian Kumpulan Aiman dan juga nyayian lagu “Ibu..Ibu…Ibu engkaulah ratu hati ku”. Keseluruhannya murid seronok bernyayi.
Dalam p&p Metematik, tidak banyak perubahan atau penambahbaikan yang dapat dilihat pada minggu ini. Kebanyakkan murid masih lagi dalam tahap kemahiran masing – masing sepertimana minggu – minggu sebelumnya.
i. Annidah – Murid ini boleh mengenal dan menunjukkan nombor 1 – 5 namun tidak dapat menyebutnya dengan baik memandangkan dia ada masalah pertuturan. Sungguhpun begitu, Pelatih dapati kemahiran manipulatif – motor halus (mewarna dalam ruang dan mengikut garis putus – putus ) sudah ada pembaikkan. Hasil kerjanya sudah Nampak kemas berbanding sebelumnya. Dengan itu, RPI murid ini sudah mencapai 80% tercapai.
ii. Abel – Pelatih kurang pasti apa sebabnya prestasi Abel semakin merosot. Jika dahulunya Abel sudah boleh memahami konsep tambah sebarang dua nombor tanpa mengumpul semula kini, Abel sepertinya tidak dapat menyelasikan masalah tersebut. Abel tidak dapat menjawab dengan betul sebaliknya menulis semula nombor soalan yang telah disediakan oleh Pelatih. Tumpuan Abel semakin kurang dan suka merapuh dan menjerit tanpa alas an.
iii. Melvin – Masih pada tahap lama. Hanya boleh mengajuk cakap Pelatih tanpa mengenal nombor.
iv. Radzma – Seorang yang berpotensi dalam Mata Pelajaran Matematik. Namun selalu pulang awal daripada waktu persekolahan dan ini mengganggu pembelajarannya.
v. Aidil – Budak baru. Suka keluar masuk kelas dan berlari – lari. Berminat menconteng papan putih dan juga alat permainan nombor. Juga mempunyai masalah pertuturan.
vi. Shafiq Nathaneal – Petah berkata – kata dan suka bercerita tentang komik animasi yang ditontonnya. Boleh membilang nombor 1 sehinggah 10 dalam Bahasa Inggeris dan kemahiran ini belum ada peningkatan memandangkan murid ini selalu datang diakhir pembelajaran. Sangat berminat aktiviti minggu ini dan meminta untuk membawa pulan hasil kerjanya dan mahu diberi kepada ibunya.
vii. Darlene – Sudah boleh membilang nombor 1 – 20. Pelatih bercadang untuk memberikan kemahiran baru pada semester depan.
viii. Shasa – Boleh mengenal nombor 1 – 10. Mudah lupa apa yang dipelajarinya. Oleh itu, Pelatih perlu memikirkan satu pendekatan atau kemahiran lain yang lebih bermakna yang boleh digunakan dalam kehidupan sehariannya seperti kemahiran nilai mata wang atau mengenal nombor melalui mata wang.
Unsur kecindan / sense of humor. Dalam minggu ini Pensyarah Pembimbing telah membuat penyeliaan terhadap p&p Pelatih dan perkara yang ditekankan ialah Pelatih masih kurang unsur kecindan dalam aktiviti p&p. Rupa – rupanya sebagai seorang guru perlu juga memiliki unsur kecindan dalam dirinya. Dan mungkin juga dengan kekurangan unsur ini membuatkan murid – murid kurang memahami atau lambat memahami objektif pembelajaran. Namun persoalannya, bagaimana mahu melaksanakan unsure kecindan yang boleh diterima atau difahami oleh setiap murid? Paling tidak pun 60% daripada mereka dengan melihat kepada keadaan dan tingkah – laku murid yang pelbagai. Pelatih juga terpaksa memperuntukkan masa untuk mengawal pergerakkan murid yang tidak boleh duduk diam mahupun tidak mahu berhenti bercakap ini. Oleh itu, apakah bentuk kecindan yang sesuai dengan murid sebegini? Pelatih akan mencari idea yang sesuai dan berharap boleh dilaksanakan pada masa hadapan. Pada kebiasaannya Pelatih terpaksa ‘mengabaikan’ kumpulan 1 untuk memberi perhatian terhadap kemahiran kumpulan 2, untuk melibatkan semua murid dalam satu aktiviti yang sama belum lagi mancapai tahap keupayaan Pelatih pada masa ini.
Satu perkara lagi semasa aktiviti memanaskan badan sebelum p&p bagi Mata Pelajaran Perkebunan bermula, Pelatih ada didekati oleh Guru Besar dan memberikan cadangan kepada Pelatih. Beliau mencadangkan agar Pelatih menggunakan muzik semasa aktiviti pemanasan tersebut sepertimana senam robik. Ya! Satu idea yang bagus. Mungkin murid akan lebih seronok untuk melaksanakan aktiviti seterusnya. Satu perkara lagi yang Pelatih pelajari minggu ini iaitu guru perlu kreatif dalam pengajaran.

0 comments

Iklan......

Amazing Autistic

 


Blogger Template By LawnyDesigns