Dalam aspek penulisan, orak/cara serta perkara yang kita TULIS melambangkan perasaan kita. Cuba rujuk semula kandungan dalam diari atau entry blog harian anda. Pasti perkataan yang digunakan berbeza semasa kita menulis dalam keadaan sedih, marah ataupun tenang.
Begitu juga dengan Lukisan. Lukisan juga luahan jiwa seseorang baik kepada mereka yang "boleh" melukis dan sebaliknya. Sebuah lukisan mampu memberikan seribu makna kepada pelukisnya.
Kita sudah maklum bahawa kita boleh membayangkan dan mengerti apa yang cuba disampaikan oleh pelukis sesuatu lukisan. Begitu juga dengan hasil lukisan seorang kanak - kanak. Hasil lukisan kanak - kanak biasanya banyak difaktorkan oleh apa yang berlaku pada dirinya dan apa yang diinginkannya. Menginterpretasi lukisan seorang kanak-kanak saya rasakan bukannlah sesuatu yang rumit kita lakukan selaku orang dewasa memandangkan kanak - kanak tidak tahu untuk "menipu" atau "berkias".
Lukisan ini dihasilkan oleh seorang kanak - kanak Palestine
http://www.allhatnocattle.net/10-29-03_president_unresponsibility.htm
Hasil lukisan seorang kanak - kanak Iraq
Hasil lukisan kanak - kanak Amerika Syarikat
Adakah ini kesan daripada kartun yang dilihatnya di TV atau imiginasi mereka? Bagaimanapun, mereka cukup teruja untuk menceritakan kisah hasil lukisan mereka itu.
Pakar Psikiatri Sunway Hospital, Paul Jambunanthan turut berkongsi pengalaman merawat kanak-kanak yang berhadapan dengan masalah ADHD (masalah hiperaktif yang kurang memberi tumpuan). “Setiap kali dia datang ke klinik, dia asyik melukis meja dan kerusi. Dia tidak mahu bercakap. Lukisannya benar-benar mencuit hati dan akhirnya saya dapati dia diasingkan daripada pelajar lain ketika dalam kelas. “Dia diberikan kerusi dan meja jauh dari pelajar lain kerana kawan-kawan dan guru menganggapnya mengganggu kelas. Dia sebenarnya genius dan apa yang dipelajari pelajar lain jauh ketinggalan berbanding kebolehannya kerana itu dia kerap membuat bising dalam kelas,” katanya.
Lukisan luahan jiwa pesakit
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
Terapi berkesan kurangkan tekanan emosi, ketakutan dan kebimbangan
JIKA anda mengenali karya Vincent Van Gogh, tentu anda tahu masalah mental yang dialaminya. Namun, lukisannya seperti Starry Starry Night dan Sun Flower bukan saja bernilai jutaan ringgit malah menawan hati jutaan pencinta seni seluruh dunia.
Sebuah lukisan bukan saja memiliki seribu makna malah pelukisnya mampu meluahkan perasaannya. Justeru seni lukis sudah lama diiktiraf sebagai satu daripada terapi minda membantu pesakit yang berhadapan dengan gangguan psikotik.
Dalam konteks pesakit yang mengalami gangguan psikotik katanya, seni lukis digunakan oleh pakar pskiatri untuk mendalami jiwa pesakit dan mengenal pasti masalah sebenar yang dialami.
“Adakalanya pesakit tidak mahu bercakap dengan doktor, takut, teragak-agak dan pelbagai lagi. Namun, pada sekeping kertas dia bebas meluahkan apa yang dirasanya, apa difikirnya. Ia adalah simbol percakapan yang boleh membantu doktor membuat diagnosis tepat mengenai masalah hingga menjejas emosi dan peristiwa yang menghantui mereka,” katanya.
Pakar Psikiatri Sunway Hospital, Paul Jambunanthan turut berkongsi pengalaman merawat kanak-kanak yang berhadapan dengan masalah ADHD (masalah hiperaktif yang kurang memberi tumpuan).
“Setiap kali dia datang ke klinik, dia asyik melukis meja dan kerusi. Dia tidak mahu bercakap. Lukisannya benar-benar mencuit hati dan akhirnya saya dapati dia diasingkan daripada pelajar lain ketika dalam kelas.
“Dia diberikan kerusi dan meja jauh dari pelajar lain kerana kawan-kawan dan guru menganggapnya mengganggu kelas. Dia sebenarnya genius dan apa yang dipelajari pelajar lain jauh ketinggalan berbanding kebolehannya kerana itu dia kerap membuat bising dalam kelas,” katanya.
Bukan semua masalah psikotik itu gila. Sebaliknya gangguan psikotik adalah istilah luas bagi mereka mereka yang berhadapan dengan kemurungan iaitu daripada peringkat awal hinggalah pada masalah mental yang serius seperti gila.
Menangani pesakit yang mengalami gangguan psikotik bukan mudah. Adakalanya mereka gagal meluahkan masalah sebenar yang dihadapi. Sejak 1940an, terapi seni sudah mula diyakini keberkesanannya dalam membantu merawat mereka yang mengalami gangguan psikotik.
Terapi seni sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku. Ia juga proses seni yang membantu membaiki fizikal, mental dan emosi pesakit. Ini berdasarkan kepercayaan proses kreatif membabitkan luahan artistik individu membantu mereka menyelesaikan konflik dan masalah, membangunkan kemahiran dalaman, menguruskan tingkah laku, mengurangkan tekanan, meningkatkan jati diri.
Luahan seni pesakit sama ada melalui lakaran, lukisan atau binaan (sculptures) membantu minda mereka memberi tumpuan pada hasil seni. Proses teraputik ini perlahan-lahan membantu mereka mengawal kecelaruan dalam minda. Melalui luahan artistik dan prosedur diagnostik lain pula, doktor berupaya membuat penilaian rawatan yang lebih tepat pada pesakit.
Dr Yen berkata, di Malaysia sekurang-kurangnya seorang daripada sembilan pesakit gangguan psikotik berhadapan dengan masalah tekanan, kekacauan bipolar dan skizofrenia. Mereka kerap tidak difahami dan kadangkala tidak diberi peluang untuk pulih.
“Proses perubatan itu holistik sifatnya. Ubat saja tidak boleh mengubati masalah berkaitan komunikasi atau sosial dengan orang lain bagi mereka yang sakit mental. Namun, terapi seni lukisan, malah muzik dan tarian boleh membantu mereka meluahkan perasaan tanpa bercakap,” katanya.
Dengan cara itu katanya, ia dapat mengurangkan tekanan, ketakutan dan kebimbangan sebaliknya memberikan mereka satu bentuk kebebasan dalam pemikiran. Proses kreatif ini melonjakkan harga diri mereka, membantu proses pemikiran dan membolehkan mereka meneroka persoalan peribadi.
Ada antara pesakit ini benar-benar kreatif. Mereka boleh melukis dengan baik. Ada antara mereka melukiskan apa yang mereka alami. Justeru, ada juga pesakit dewasa yang melukis gambaran kanak-kanak kecil berpegangan tangan dengan ibu bapanya.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sihat/20081123131448/Article/
1 comment:
nice blog
Post a Comment