Sunday, September 19, 2010




LONDON: Bayi yang masih gagal merangkak ketika memasuki usia sembilan bulan besar kemungkinan akan ketinggalan di sekolah dan terpaksa bertungkus lumus untuk bersaing, kajian mendedahkan.

Kajian itu mendapati ketidakupayaan untuk mencapai perkembangan seperti duduk tanpa disokong atau merangkak dikaitkan dengan masalah pembelajaran dan kelakuan.

Kajian selama lima tahun membabitkan 15,000 kanak-kanak pada awal kehidupan mereka, menyarankan saringan awal sebelum bayi mencapai satu tahun mungkin penting bagi mengenal pasti bayi yang perlu bantuan bagi mencegah mereka daripada ketinggalan pada masa depan kelak.

Selain penemuan berkenaan, kajian dilaksanakan Institut Perubatan, Universiti London itu juga menunjukkan kanak-kanak dari keluarga miskin ketinggalan setahun di belakang rakan sebaya mereka yang kaya apabila mula bersekolah.

Ujian kemahiran motor kasar di bawah kajian berkenaan mendapati 96 peratus bayi terbabit berupaya duduk tanpa disokong, 92 peratus berupaya merangkak dan 69 peratus boleh berdiri jika mereka memegang sesuatu pada usia sembilan bulan. Hanya empat peratus boleh berjalan beberapa langkah.

Dalam penilaian kemahiran motor halus, 99 peratus kanak-kanak berupaya memegang objek, 95 peratus boleh mengalihkan mainan dari satu tangan ke tangan lain dan 89 peratus boleh mengambil objek menggunakan jari telunjuk dan ibu jari. – Agensi


0 comments

Iklan......

Amazing Autistic

 


Blogger Template By LawnyDesigns