Sunday, May 11, 2008

Sedih dalam hati...Mereka ahli syurga-Mengapa perlu takut?




Dalam minggu ini Aku tidak menyedari sudah minggu ke berapa aku menjalani Pratikum. Aku merasakan tiada bezanya masa antara tempoh Pratikum dan juga sebelum tempoh Pratikum memandangkan Aku sudah berada di sekolah ini selama setahun. Dalam tempoh setahun itu banyak sudah Aku pelajari mengenai dunia Pendidikan khususnya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran ini.


Bagi ku adalah mustahil untuk rakan - rakan sepengajian ku dalam Program KPLI Mode LPBS ini mahupun Aku sendiri mendapat penilaian Pratikum yang kurang daripada 3 memandangkan kami sudah hampir satu tahun mengajar di sekolah masing - masing sebelum bermulanya tempoh Pratikum. Tambahan pula, ada dikalangan rakan - rakan yang lain sudah memiliki pengalaman mengajar hampir dua tahun selaku Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) sebelum ini di sekolah yang sama. Walaupun dalam tempoh ini belum cukup untuk Aku menjadi yang terbaik, namun cukup membantu Aku dari segi persediaan 'dunia sebenar'. Berbicara mengenai 'dunia sebenar', Kami KPLI Mode LPBS adalah tidak salah sekiranya kami menggunakan pendekatan kami sendiri mahupun guru - guru senior yang menjadi rujukan kami dan sedikit tambahan dengan teori yang dipelajari di IPG ataupun pembacaan. Kami belajar daripada pengalaman dan kami yang mengalami, merasakan, merancang dan melaksanakan apa yang kami ingin lakukan semasa Pratikum. Aku belajar daripada apa yang Aku perhatikan dan menambahbaik apa yang perlu. Adakah ianya pendekatan yang terbaik? Kita tengoklah hasilnya.


Dalam minggu ini Program Pendidikan Khas SKBP agak sibuk dan ini menyebabkan P & P hanya dilaksanakan pada Hari Isnin sahaja. Beginilah keadaannya setiap kali ada program sekolah, program PK ataupun adanya pelawat. Pendidikan Khas SKBP sering menjadi tumpuan pihak luar samada dalam ataupun luar negeri. Pelatih pun kurang pasti apa sebabnya kerana ada lagi sekolah - sekolah PK yang baru di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang ini yang mungkin lebih canggih prasarananya . Atau mereka lebih tertarik kerana SKBP merupakan sekolah perintis Pendidikan Khas di Sabah. OK la tu nak...


Berbalik kepada P&P, Aku sudah cukup bersedia dan teruja untuk melaksanakan P&P pada minggu ini memandangkan Aku telah merancang aktiviti baru untuk mereka. Sungguh sedih dalam hati....Terpancar di wajah...Tugas - tugas yang tidak dirancang datang bertubi - tubi membuatkan Aku sedikit tertekan minggu ini. Bermula dengan persediaan bahan Instrumens Penilaian Penempatan (IPP) untuk perserta Bengkel IPP seramai melebihi 30 orang (SKBP sebagai tempat peserta membuat ujian IPP) dan juga Program Sambutan Hari Ibu. Apapun yang telah berlaku, sekali lagi Aku bangga berada dikalangan guru - guru Pendidikan Khas SKBP dengan melihat cara kerja mereka. Walaupun mereka sering "disorong" dengan tugas - tugas yang kekadang kami merasakan tidak adil kerana kami sahaja yang ramai dalam senarai AJK. Mengapa? Hanya kami TERlihat banyak masa luang atau kami TERlihat kami rajin atau juga kami TERlihat muda - muda berlaka... (heheheheh) Apapun masih berpegang kepada Nak Seribu Daya Tak Nak Seribu Dali....
Perkara ini jugalah yang dibangkitkan oleh orang kuat Jabatan Pendidikan Khas (JPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam taklimat beliau kepada guru – guru Pendidikan Khas SKBP. Beliau menyatakan bahawa isu guru Pendidikan Khas yang disangkakan banyak masa terluang oleh pihak lain terutamanya pentadbir bertitik tolak daripada kurangnya kefahaman mereka terhadap ‘dunia’ Pendidikan Khas ini. Oleh itu kita yang berada dan memahami situasi sebenar perlu memberitahu dan memahamkan kepada mereka akan tugas kita dan juga keperluan murid – murid istimewa ini. Seperti yang telah dinyatakan, mereka tidak faham yang tugas guru Pendidikan Khas bermula daripada murid itu masuk pagar sekolah sehinggahlah keluar pagar sekolah memandangkan mereka hanya merujuk kepada jadual waktu guru yang dilihat banyak masa terluang. Perkara ini juga disebabkan kerana guru – guru pendidikan khas tidak merekodkan segala tindakan atau aktiviti p&p yang tidak secara lansung seperti membimbing murid ke kantin, membimbing murid ke tandas, menjemput murid untuk masuk perhimpunan dan seumpamanya.



“Ermmmm.... bagaimana nak rekod? Buat satu buku laporan?”
“Kenapa aku tak tanya hari tu..”
“Ah! Kan inilah gunanya jurnal. Kita boleh nyatakan apa yang berlaku dan apa yang kita lakukan pada hari atau minggu itu.. Tapi.. mengapa guru – guru senior tak buat? Tak pa lah biar aku buat.. InsyaAllah beterusan tidak sehinggah aku tamat Praktikum ini. Bukan untuk siapa – siapa pun, untuk aku dan diriku sahaja kerana aku bukan orang yang suka minta dipuji.. hehehheheheheh”.




Antara perkara lain yang menarik perhatian Ku semasa taklimat ringkas itu...


1. Semua murid PK perlu menjalani Ujian IPP. Walaupun gagal harus diberi peluang atas perbincangan kedua - dua pihak iaitu guru dan juga ibubapa.


2. Guru - guru PK perlu faham kandungan dalam Kurikulum PK yang bersifat fleksibel iaitu boleh diubah suai mengikut keperluan murid itu agar lebih praktikal.


3. Pen. Kanan, Penyelaras mahupun guru PK perlu memberi pemahaman kepada pihak pentadbir sekolah, guru - guru mahupun staf sekolah berhubung dengan peranan dan juga keadaan serta keperluan murid PK ini.


4. Murid PK / istimewa ini adalah ahli Syurga - Kenapa perlu takut dengan mereka? Kebanyakkan sekolah yang "bersinar" adalah sekolah yang ada program PK.


5. Pergilah melawat ke sekolah lain di SM untuk perkongsian pengalaman dan ilmu.


****Catatan diatas adalah cetusan peribadi...tidak berpihak atau memihak atau minta di pihak...******

No comments:

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.