Perbicaraan berkisar tentang aku dan anak2 murid ku...
CERITA 1
Aku cuba untuk berfikiran positif terhadap pandangan mereka2 ini terhadap aku, anak2 murid ku dan juga rakan seperjuangan ku yang lain. Beranggapan mereka2 ini sebenarnya KURANG ARIF atau KURANG TAHU tentang pendidikan Khas dan juga "warga" didalamnya serta "sistem" yang digunakan.
Dengan KEKURANGAN itu, apa saja tanggapan dan dugaan mereka fikirkan, katakan, luahkan dan juga ceritakan. Mereka boleh menganggap apalah saja dengan mengajar hanya 6 orang murid, itu kalau hadir semua..kalau 3/4 org sahaja yang hadir..lagi goyang kaki.. Mereka boleh merasa "tak sepadan" dengan DG41 dengan menjadi guru PK. Mereka boleh merasa pelik apabila ada yg berdegree sains/jurutera mengajar murid2 OKU. Auwwwhhh...apa sajalah yg mereka tanggapkan.
Mungkin juga KEKURANGAN mereka itu ditambah dengan KEKURANGAN kita sendiri. Bertegaslah dengan apa yang kita ada. Kemahiran kita, keperluan anak2 itu, kesesuaian p&P untuk anak itu. Yang penting alternatif kita untuk memperbaiki sistem lapuk, inisiatif kita memperbaiki p&p, kesugguhan kita untuk membantu anak2 ini. Dan juga KEYAKINAN kita untuk menjawab segala persoalan2 mereka2 yang KURANG ARIF ini. KEYAKINAN kita untuk memberi penjelasan tentang apa yg mereka kurang jelas. Kalau kita TIDAK YAKIN, pastinya kita juga dipandang SERBA TAK TAHU walau kita dalam bidang ini.
Untuk mereka2...
Banyakkan baca...layarilah internet...Jawapan segala persoalan anda ada di sana. Peleraian segala dugaan anda juga ada..Cari, ambil peluang ini utk mengenali kami. Kerana mungkin suatu hari nanti kamu mungkin ditakdirkan bersama dengan kami. Masa depan kita tiada siapa yang pasti tahu..
************************************************************************
CERITA 2
Cuti seminggu...Respon ibubapa.
Ada ibu yang mengatakan bahawa anaknya akan mengamuk kalau tak p sekolah. Dia suka sangat p sekolah. Aku bertanya kalau2 dirumah dia tiada kawan. Kata ibunya hanya ada adik beradik yang lain. Mungkin disekolah lebih menyeronokkan baginya. Di sekolah mereka boleh bermain dan belajar bersama rakan "sesama" mereka. Yang lainnya ok2 aja. Duduk di rumah. yang ada terapi, akan pergi pusat terapi.
CERITA 3
Kencing dalam seluar...Bapa berkongsi masalah.
Anaknya 2 minggu kebelakangan ini suka kencing merata semasa di rumah. Pelik. Di sekolah pandai pula dia pergi tandas sendiri. Kalau aku bawa ke kelas PKBP atau Kantin pandai pula dia beritahu nak kencing. Kenapa erk? Berdasarkan pengalaman....selalunya budak TERkencing atau TERberak (selain cirit birit) ni, dia ada perasaan takut (selain daripada budak yg tak tahu memberitahu atau org dewasa yg tidak faham bahasanya). Itu berdasarkan pengalaman menjadi guru PKBP...
Jom kongsikan maklumat ini pulak...Sila klik Di sini untuk maklumat lanjut..
Kurang perhatian pengaruhi personaliti anak-anak-->
Menurut salah seorang pengasuh, Nina seorang kanak-kanak yang ceria dan tidak menghadapi masalah di pusat jagaannya. Namun menurut ibunya, Rozie Haizan, 30, di rumah Nina berubah menjadi seorang kanak-kanak yang pendiam dan seringkali menahan untuk membuang air kecil.Perlakuan pelik Nina yang gemar menahan kencing menyebabkan dia kerap terkencing dalam seluar dan seterusnya membangkitkan kemarahan ibunya. Situasi membingungkan yang dihadapi Rozie, mungkin juga berlaku pada kebanyakan ibu bapa.Ia merupakan konflik personaliti kanak-kanak yang berbeza pada dua keadaan iaitu di pusat jagaan kanak-kanak dan di rumah. Persoalannya, apa yang mendorong atau menjadi punca keadaan tersebut berlaku pada kanak-kanak seperti Nina? Menurut Rozie, ketika berusia setahun, anak tunggalnya itu tinggal bersama ibunya di kampung kerana Rozie tidak yakin untuk melepaskan anak kesayangan yang masih kecil ke pusat jagaan kanak-kanak.Apabila berusia dua tahun, Nina kembali tinggal bersamanya. Bagi memantau anaknya ketika dia dan suami keluar bekerja, Rozie mengambil seorang pembantu rumah. Memasuki usia tiga tahun, Nina dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak dan masalah menahan air kencing mula menjadi tabiat anak kecil itu.
4 comments:
salAm
macAM MAne naK DAPat iDea
uTk straTEGi p n P yG berbeZa?
Ari2 mngAJar kanAK2 KHas,
bermasALah emOsi dan TL..
agaK SUKar jgaK NK trIK perhatIaN MERKa..
huHU
Salam.
Memang sukar. Lagi2 bila ibubapa dan juga kita sendiri menyimpan impian yg TERLALU tinggi utk anak ini.
Saya biasanya mencari idea berdasarkan pengalaman dan juga p&p di luar negara. Saya ubah suai aktivitinya mengikut keupayaan dan minat anak2 ini. Biar mereka seronok bermain dan kita pun seronok ikut bermain.
ICT dan bermain - boleh menarik perhatian mereka.
Assalammualaikom
Bila terbaca cerita satu baru saya tahu semua guru khas akan mengalami tekanan yang sama. org kata kita rehat banyak,goyang kaki,tak banyak kerja, cikgu kelas 2 la macam2.
Tanggapan-tanggapan negatif selalu kedengaran. Semua kerja nak bagi pada guru khas sebab guru khas tak ramai murid.
keadaan makin teruk bila kerajaan umum elaun naik alahai lagi la susah hati, hari2 kena perli. bila nak habis dengki dan sakit hati nie.
tapi saya tengok ramai juga yang dah faham tentang ppki nie cuma masa yang bakal menentukan.kita banyakan penerangan menggunakan sumber yang kita ada terangkan pada semua apa erti menjadi guru ppki-*emo la pulak.
Cerita dua. Bila baca cerita cikgu saya ucapkan tahniah, sebab itu tandanya cikgu berjaya menarik minat murid cikgu.Sampai murid taknak cuti tu dah boleh dikatakan "Sekolahku Syurgaku" tahniah...
jumpa lagi cikgu jemput la jalan2 web PPKI n blog kami
Salam...
Perspektif org luar (bukan warga ppki) sudah wujud di zaman senior2 saya lagi.. dan semakin mereka (tidaklah semua) cuba "mempertikaikan" apabila kebanyakan generasi kami adalah lepasan #1 degree..mungkin mereka merasakan tidak sepadan dengan bidang tugas...
Apapun saya berharap perpektif itu hanya perspektif hanya kerana mereka KURANG TAHU dan KURANG AMBIL TAHU ttg PK ini. Dan kini perkembangan KETAHUAN mereka2 semakin baik dan terbuka.Syukurlah.
Negara kita sedikit ketinggalan (rasanya) berbanding negara lain seperti Indonesia. Berdasarkan pemerhatian dan pelayaran saya di dunia maya diawal pembinaan blog saya ini, tidak ramai masyarakat kita bercerita ttg PK dan ilmunya di dunia maya berbanding Indonesia.
Kini, nampaknya sudah berubah. Masing2 sudah mula menonjolkan dan yakin menonjolkan ttg PK walau ada beberapa perkara yang pengisiannya hampir sama. B'manapun ia satu perkembangn yg positive.
Harap2 byk lagi ler perkonsian ilmu PK di alam maya ini.....
TQ.
Post a Comment