Thursday, December 24, 2009

Dyslexia vs Dysprexia

Jawapan kepada komen pada entri Dysprexia

Saudari Balqis_99.

W'salam.
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah berkongsi cerita di blog serba sederhana ini. Untuk menjawab soalan saudari, saya bukanlah orang yang selayaknya. Ini kerana saya cuma guru sekolah bg program pend khas (LD) dan bukannya pakar klinikal/psikologikal dlm bidang ini. walaubagaimanapun berdasarkan pembacaan saya (setakat pengetahuan sy sehinggah hari ini) Disleksia dan Dispraksia adala dua perkara yang berbeza. Perkataan Disleksia bukan lagi sesuatu yg asing dlm m'kat kita dan sebaliknya bagi perkataan Dispraksia (dan terus terang sy juga baru mengetahuinya).

Disleksia.
Menurut buku "Apa itu Disleksia-Panduan untuk Ibubapa & Guru", Disleksia berasal drpd gabungan perkataan Greek dys yang bermaksud 'kesukaran' dan 'lexis' bermaksud bahasa dan secara literalnya, disleksia bermaksud "kesukaran berbahasa" (Ott,1997). Kanak-kanak ini bukan sahaja bermasalah dalam pembacaan, tetapi juga ejaan, penulisan dan beberapa aspek Selain itu, kanak-kanak ini juga mengalami masalah dari segi ingatan dan konsentrasi, kemahiran matematik dan pengurusan diri. Atau secara khususnya kanak-kanak disleksia biasanya mengalami masalah:-
1. Fonologi
2. Mengingat perkataan
3. Penyusunan bersiri
4. Ingatan jangka pendek
5. Kesedaran sintak.

Namun demikian kanak-kanak ini memunyai IQ seperti kanak-kanak normal dan kebanyakkan mereka mempunyai kecerdasan yang tinggi. Cuma mereka hanya bermasalah dari segu kemahiran membaca/menulis. Sehubungan dengan itu pendekatan yang khusus perlu untuk pembelajaran kanak-kanak ini seawal usia untuk menyediakan peluang dan masa depan mereka.

Dispraksia.
Dispraksia berasal dari kata “Dys” yang maksudnya tidak mudah atau sukar dan “praxis” yang bermaksud bertindak, melakukan. Nama lain Dispraksia adalah Development Co-ordination Disorder (DCD), Perceptuo-Motor Dysfunction, dan Motor Learning Disability. Pada zaman dulu lebih dikenali dengan nama Clumsy Child Syndrome. Menurut penelitian, gangguan ini kadang diturunkan dalam keluarga dan gejalanya berkait rapat dengan gangguan lain yang hampir sama seperti disleksia. Dispraksia mungkin juga dianggap ADD (Attention Deficit Disorder), ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) atau Discalculia iatu : kesukaran untuk memahami konsep-konsep dalam matematik. Padahal sebenarnya, dispraksia mencakupi masalah yang lebih luas dan bervariasi.
Menurut penelitian secara perubatan, dispraksia adalah gangguan atau ketidakmatangan anak dalam mengorganisasikan gerakan. Ini berlaku kerana otak kurang berupaya memproses informasi sehingga arahan-arahan tidak secara penuh atau benar ditransmisikan. Hal ini menyebabkan timbulnya kesukaran dalam berfikir, merancang dan melakukan tugas-tugas motorik atau sensori. Dengan kata lain, dysprexia umumnya tidak mampu dilihat dengan mata kasar kerana ia melibatkan ketidakjajaran antara arahan dari otak dan pergerakan tangan atau kaki pada masa yang sama.

Gejala-gejala Dispraksia.
Pada anak usia 3 – 5 tahun (usia pra sekolah)
- Aktiviti motorik/fizikal yang sangat tinggi termasuk menghayun-hayunkan kaki dan menghentak-hentakan kaki ketika duduk, bertepuk tangan atau menari.
- Tangan mengembang ketika berlari.
- Kesukaran mengayuh pedal basikal beroda tiga atau mainan serupa.
- Kemahiran motor halus lemah, seperti sukar memegang pensil atau menggunakan gunting.
- Mengalami kesulitan berbahasa yang terus menerus.
- Kurang memberi respon terhadap arahan-arahan lisan.
- Lewat berguling, merangkak, berjalan.
- Sukar melangkah, memanjat, menyusun puzzle, mempelajari kemahiran baru dan lewat perkembangan bahasa.
- Sukar mengungkapkan perkataan dengan jelas dan sukar menggerakkan mata sehingga lebih suka menggerakkan kepalanya daripada menggerakkan matanya.

Pada anak yang lebih besar (usia sekolah)
- Kesukaran dalam berkata-kata mahupun mengekspresikan diri.
- Sebahagian anak dispraksia terlalu sensitif terhadap sentuhan.
- Sukar mengingat arahan dan menyalin tulisan dari papan tulis.
- Tidak dapat menangkap konsep seperti : “di bawah”, “di atas”, “di dalam” atau “di luar”.
- Mengalami kesukaran dalam memakai baju, mengikat tali kasut dan menggunakan garpu atau pisau.
- Keseimbangan badan yang lemah, sukar belajar naik basikal.
- Kemampuan membaca yang rendah dan tulisan tidak kemas.
- Sebahagian anak dispraksia mengalami articulatory dyspraxia yang menyebabkan mereka mengalami kesulitan dalam bercakap dan mengeja.

"skrg sy sudah berumur 28 tahun dan ada ijazah. agaknya kenapa saya ada ciri2 disleksia itu ye, dan kenapa atau bagaimana saya boleh pulih?"
Ciri2 yg dinyatakan dlm entri tersebut bukanlah ciri2 Disleksia. Ianya ciri2 Dysprexia. Namun ada beberapa ciri2 tersebut saling berkait / sama diantara kedua-duanya. Dan ciri2 Dysprexia ini juga boleh ada dikalangan kanak2 Autisma / ADD/ ADHD.
Kenapa saudari ada ciri2 tersebut? Sukar saya memberikan sebab musababnya dan bagaimana ianya boleh pulih. Cuma berdasarkan pembacaan saya, kanak2 yg mengalami Dyslexia ini IQnya normal cuma bermasalah dalam kemahiran bahasa dan beberapa kemahiran kognitif / kemahiran lainnya di peringkat awal usia. Sehubungan dengan itu, ianya akan beransur normal sejajar dengan peningkatan usia dan pastinya dibantu oleh banyak faktor seperti faktor persekiran pembelajarannya.... Buktinya, ramai dikalangan mereka yg Dysleksia berjaya dalam bidang masing2... yang penting potensi diri d kenalpasti lebih awal lebih baik dan di asah secara berterusan....
Sumber:
1. Buku: Apa itu Disleksia? - Panduan Untuk Ibubapa & Guru; PTS Publication
2. http://mysweetaudrina.blogspot.com/2008_06_01_archive.html
3. http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/10/dysprexia.html
4. Mr. Google
5. Hand Out seminar/kursus

Sekian terima kasih.

Monday, December 7, 2009

Selamat Datang.

  1. Semakan Penempatan bagi Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) Bil. 8/2009 boleh diketahui mulai 21 Oktober 2009 ditalian 03-88849168
  2. Semakan Penempatan bagi Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) ke sekolah sila berhubung dengan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri.
  3. Guru-guru dari semenanjung yang ditempatkan di Sabah dan Sarawak dikehendaki melapor diri di Bahagian Pendidikan Khas, Aras 2 Blok E2, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya pada 26 Oktober 2009 mulai jam 7:30 pagi hingga 8:15 pagi. Sesi taklimat bermula pada 8:30 pagi hingga 5:00 petang pada hari yang sama. Sila hubungi Bahagian Pendidikan Khas di talian 03-88849168 untuk maklumat lanjut.
Selamat datang rakan2 seperjuangan...

Sumber: http://www.moe.gov.my/jpkhas/

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.