Sedikit mengambil ruang ini utk menyata rasa untuk sekian kali.
Sekadar berkongsi pengalaman yang seciput ini...
Situasi 1
"Terima kasih cikgu kerana ajar anak saya..."
"mmmmmm....aarrrrr....terima kasih juga... dah kerja saya"
- Bagaimana perasaan cikgu? -
Situasi 2
"cikgu, dia pandai sudah bercakap...sejak dia sekolah di sini"...
"Oh iya...kami bawa saja dia bercakap....bawa saja dia bercakap wpun dia tak bercakap"...
- Bagaimana perasaan cikgu?-
Situasi 3
"Cikgu, macam mana kalau lepas 3 bulan dia tidak lulus percubaan? ada sekolah lain lagi kah.. di Tuaran kah?"
"Tak pa...jgn risau pasal tu... yg ptg kita sama2 ajar dia supaya dia boleh urus diri sendiri... d rumah pn kena usahakan juga... sekolah mana pun Pn mau hantar.. kena juga percubaan 3 bulan"...
-Bagaimana cgu nak berdeal dgn ibu ni? Antara budi bicara atau menurut perintah... -
Situasi 4
"Kenapa &*)(*&^%$# tidak hadir ke sekolah kelmarin"
********* - diam seribu bahasa -
"Dia g KIWANIS kah?
"Iya!!!! KAUkan mau bung dia!"
"Saya buang? Eh .. bukan buang maksudnya tu.... sy bukan buang...dia tak lulus percubaan...kan saya dah kata itu prosedur saja.................................."
"Buanglah la tu namanya!!...sy sediakan payung sebelum hujan...nanti KAU buang dia ada juga tempat lain dia belajar..."
-Yang ini..... apa cgu nak kata? -
8 comments:
Jenuh juga untuk nak berkata-kata terutama ayat-ayat terkahir tu.. hanya yang melalui lebih mengetahui dan memahaminya..tak gitu?
Salam,seorang guru adalah pendidik ...dan tentunya tugasnya bukanlah smeudah menyebut A.B.C..
En. Azlan,
yup.... yg melalui lebih mengetahui dan memahaminya....
Pn. Qaseh...
bila sy dah jad guru..baru saya tahu...
assalammualaikom....
ha.ha macam mana mau jawab..... percubaan.... biasanya murid yang memiliki masalah yang kronik boleh berehat dulu dan kembali bersekolah bila betul2 sudah bersedia kan?
cakap tentang perasaan .... anakkhas pernah menangis bila budak yang tak bercakap tiba2 boleh terkeluar 4 patah perkataan keramat 'cikgu selamat hari guru' ha.ha nagis macam budak masatu... baru sangat jadi cikgu (walaupun takde hadiah atau bunga seperti guru aliran perdana yang berkoyan2 dengan bungkusan hadiah dan kad ucapan)... posting terus kena pendidikan khas walaupun bukan obsyen... bersyukur menjadi insan terpilih untuk mengenali murid pendidikan khas yang akan ku sayangi selamanya....
W'salam Cikgu (Anak Khas),,
Macam tu lah....dah termaktub dalam pekeliling...percubaan 3 bulan.. nanti saya kongsikan pekeliling tu... biasanya petikan pekeliling tu disertakan dalam surat tawaran utk tempoh percubaan yg diberikan oleh sektor PK kpd ibubapa sebelum mendaftar d sekolah...
Ada ibubapa yang faham..ada yg bodoh sombong... ada yang perlu difahamkan...
Yup...hadiah yang tidak ternilai...bila kita sendiri melihat perkembangan dan perubahan anak itu...adeh disanalah nikmatnya jadi guru PK.....pelbagai cara yg telah sy gunakan...termasuklah "berebut" mkanan dgn anak tu...(yg suka mkn) kadang bila mereka 'terdesak' mahu..mereka akan mengeluarkan perkataan juga....huhuhuh...
Sekarang....tanggungjawab guru lain pulak..nak mcm mana mahu mengajar utk perkembangan seterusnya...atau pengukuhan kemahiran sedia ada...
Alhamdulillah...ditakdirkan untuk duduk kalangan yg insan istiwemawa...
isk..isk.. kelu gak nak berkata2 tuh bila ibubapa sendiri tak mahu paham...
tapi yg paling best bila murid2 khas kita dapat berkata2... gembira dan bersyukur sangat...
banyak lagi cabaran menanti kita...
...sejauh manapun melangkah, sedalam manapun ilmu...setinggi manapun pendakian kesabaran...tetap tidak ternilai pengalaman yang didapati...tiada kata dapat melambangkan betapa bersyukurnya terdapat ruang untuk berinteraksi..berbincang..bertanya khabar sesama manusia...apath lagi terdapat amanah yang entahkan terpikul ataupun tidak..tapi ianya bukan satu alasan untuk menidakkan yang benar dan menafikan ketentuan Nya..selamat maju jaya dan sentiasalah mensyukuri nikmat yang Allah berikan...wallahu'alam.
Post a Comment