Tuesday, July 13, 2010

Cukup Bulan.....Hati berlagu.........................




Sudah cukup. Itu tertulis dalam persetujuan yang boleh dikatakan juga perjanjian. Bukan dilakukan secara lisan sebaliknya bertulis. 

Namun salahkah kiranya aku berbudi bicara ekoran merasa empati sedihnya, kecewanya si ibu bila keputusan itu akan saya ambil. 

Serak suara menahan sedih. Mengenang mana lagi harus dia membawa pangeran cintanya... 
Kaca2 air mata bertakung tertahan dek menahan sedih mana lagi dia membawa pengarang jantungnya...

Sanggupkah aku.? Mengapa aku yg ditanyakan...  aku bukan mencipta dasar itu. Aku hanya melaksana dasar itu. 

Sudah cukup bulan... itu tertaip di atas kertas. Biarlah bahu ini berat. Biarlah hati ini sendiri merasa. Biarlah................. walau perlu aku menahan sendiri..... bulan itu sudah cukup namun kasih kita belum habis utk kita sanggup memadamkannya. 

Sudah cukup bulan. Masih kedengaran suara....."Kenapa dia tu... masih lagi belum mau belajar . kawan dia duduk dia lari2?" -- mau saja teacha LEMPANG makcik driver ko tu...hehehehehe.... bukan dia tak tahu ko mcm mana. Teacha malas nak bg more information dgn dia... dia pun bukannya mau faham. tgk atas kebawa...tgk anak dia...hampeh! bersih lagi ko.. Teacha pasti kalau mak ko dengar mesti dia nangis dalam hati.... nanti malam baru dia nangis luar hati...huhuhuhu

Banding yg lain, M sahaja yg sangat2 kurang terlibat dlm ativiti p&p. Terus terang teacha tidak mampu "kosentrasi" utk kamu 8 org secara individu selama 4 jam dengan masa yg perlu dibahagi2... 8 org dengan tahap kemahiran yang berbeza, yg masing2 jauh bezanya. 

Teacha sedang mencari2...berfikir2....bertaakul...tambah tolak...utk "mencipta" satu sistem utk menangani 8-10 org yg pelbagai tahap dan keperluan.... walau adakalanya teacha sudah mabuk hampir lelah... teacha n kakak harus teruskan dgn hati terbuka. Org diatas hanya berpandu pada dasar...kita yg merasa....

KITA? Of course kita sayang....kalian, teacha n kakak. Tolak teacha n kakak coz kami YMP. kalian? Senior harus berkorban utk teacha berpatah balik utk junior. dlm proses itu perlu ada pengorbanan....pengorbanan yg pastinya bukan senior pinta..... 

Namun teacha sudah mendapat motivasi diri........... Teacha dipertemukan KEKUATAN........ terima kasih Pn. Jamilah MK:-
Buat semua guru prasekolah Pendidikan Khas... tugas kalian sememangnya mencabar, terdedah kepada pelbagai tohmahan jika murid tidak mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak lain, diuji dengan pelbagai karenah murid yang baru mula mengenal alam pendidikan dalam konteks sekolah, diarah dengan pelbagai kehendak dari pelbagai pihak tanpa memberi sokongan dan bimbingan yang sepatutnya, diberi amanah yang berat oleh Allah bagi membentuk murid yang berperibadi dan berkemahiran. Biarpun ada yang mungkin menganggap tugas kalian mudah, sekadar main dan makan... namun kalian harus tahu, mereka yang beranggapan demikian sebenarnya iri hati dengan apa yang kalian peroleh. Biarkan mereka. Pahatkan semangat untuk tidak menyerah kalah, teruskan berusaha untuk mempertingkatkan ilmu di dada dengan pelbagai cara, dan perlengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang dapat membantu kalian dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kalian. Yang paling penting, dahulukan Allah kerana Allah pasti membantu kalian. Insyallah." - dipetik dr Facebook-

No comments:

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.