Thursday, September 23, 2010

Rawatan segera atasi hiperaktif

Rawatan segera atasi hiperaktif

Kanak-kanak yang terlampau aktif berkecenderungan menunjukkan simptom ADHD.


DUDUK diam! Jangan nakal-nakal!'' Mungkin itu adalah ayat biasa yang diungkapkan oleh seorang ibu kepada anak-anak yang sedang 'mengganas'.
Bayangkan mainan yang bersepah di serata ceruk rumah serta tabiat suka melompat dari meja atau sofa selalunya membuatkan si ibu mudah 'naik hantu'.
Jika itu yang sering dilakukan oleh anak-anak, tidak perlu khuatir kerana ia adalah sebahagian daripada proses normal bagi seorang kanak-kanak aktif dan cergas yang sedang membesar.
Jika si kecil gagal memberi tumpuan serta tidak fokus apatah lagi jika mereka juga hiperaktif, cuai, gagal menguruskan apa sahaja, mudah terganggu serta tidak boleh bermain atau melakukan sesuatu dengan senyap, ibu bapa perlu beri perhatian.
Malah bukan sekadar itu, dia juga sering bercakap sendirian, kurang fokus serta kurang sabar dalam menyelesaikan masalah.
Jika anak-anak mengalami simptom- simptom tersebut segeralah berjumpa doktor, kata Perunding Psikiatrik Pusat Perubatan Gleaneagles Intan, Dr. Nor Hamidah Mohd. Salleh
Menurut beliau, simptom itu sebenarnya dipanggil ADHD atau Gangguan Hiperaktiviti dan Kurang Daya Tumpuan yang merupakan satu masalah tidak normal pada bahagian otak yang membuatkan kanak-kanak bersikap terlampau aktif sejak lahir lagi.
Kanak-kanak yang mempunyai gejala ADHD, lebih mudah terganggu dengan bunyi-bunyian dan benda-benda di sekeliling mereka.
Lazimnya, mereka tidak boleh memberi tumpuan untuk tempoh jangka panjang. Ini kerana mereka mudah berasa bosan dan gelisah sekiranya berada dalam keadaan senyap atau tidak melakukan sebarang aktiviti
''Keadaan ini sebenarnya boleh dikesan pada peringkat awal lagi kerana mereka akan berkelakuan mengikut gerak hati sendiri,'' ujarnya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Bagaimanapun tegas Dr. Nor Hamidah, simptom tersebut tidak mudah didiagnosis disebabkan tidak boleh dibezakan seperti penyakit-penyakit lain.
''Jika anda meletakkan 10 budak nakal dan 10 kanak-kanak ADHD dalam satu kumpulan, anda masih tidak nampak perbezaannya. Bagi kanak-kanak nakal biasa, mereka masih boleh dikawal manakala ADHD amat susah dikendalikan sehinggakan kita menyangka mereka menghadapi masalah tingkah laku," ujarnya lagi.
Tegasnya lagi, dalam permasalahan itu, tiada punca utama ditemui berkaitan sindrom tersebut walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah itu.
Bagaimanapun, jika tidak diberi rawatan lebih awal, 60 peratus daripada individu ini akan membesar sebagai orang dewasa yang bermasalah sehingga mendorong melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.
Terang Dr. Nor Hamidah lagi, disebabkan ADHD mempengaruhi genetik, seseorang bapa boleh mewariskan sindrom ini kepada anak lelaki mereka.
''Keadaan ini juga menjadikan kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami ADHD sebanyak tiga kali ganda berbanding kanak-kanak perempuan,'' ujarnya lagi.
Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 - 15 tahun menunjukkan seramai 4.3 peratus mempunyai ciri-ciri ADHD.
Kebanyakannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.
Katanya, masalah itu boleh dipanggil penyakit yang tidak nampak kerana secara realiti, mereka sihat malah kebanyakan mempunyai tahap setara individu biasa dan lebih menakjubkan sebilangan besar mempunyai kebolehan serta bakat seni luar biasa.
''Kanak-kanak ini sebenarnya tidak sakit. Mereka hanya mengalami ketidakseimbangan sistem neuro di dalam otak menjadikan mereka sukar mengawal diri. Penyakit ini juga bukan berpunca daripada pemakanan, pengambilan gula berlebihan, alahan atau terpengaruh dengan televisyen.
Bagaimanapun katanya, ADHD perlu dirawat segera sebaik disedari kerana ia menyebabkan beberapa masalah sampingan seperti perasaan rendah diri, kurang yakin dan lemah pencapaian akademik.
''Dalam situasi ini, ibu bapa seharusnya tidak kecewa jika anak mereka didapati mengalami masalah ini, bawalah mereka bertemu pakar supaya tingkahlaku ini tidak terbawa-bawa ke alam dewasa dan mereka sebenarnya masih berpotensi menjalani hidup normal seperti individu lain," katanya.
Dalam keadaan ini, tegas Dr Nor Hamidah, ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa ketika di rumah untuk dipraktikkan.
'' Berikan arahan satu persatu dengan jelas supaya mereka memahami arahan tersebut dan menjelaskan padanya kesan dan akibatnya.
Sekiranya mereka membuatkan sesuatu dengan baik berikan pujian supaya menaikkan rasa harga diri.
Bagaimanapun, biasakan mereka untuk melakukan kerja-kerja asas dirumah bagi membiasakan mereka.
Malah terang Dr. Nor Hamidah lagi, tidak salah jika sebagai ibu bapa wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan mereka berkelakuan dengan baik.
Apabila disekolah minta bantuan guru supaya tempatkan mereka dengan kedudukan di hadapan kelas.

Sunday, September 19, 2010

Bayi tak merangkak usia 9 bulan mungkin lembab




LONDON: Bayi yang masih gagal merangkak ketika memasuki usia sembilan bulan besar kemungkinan akan ketinggalan di sekolah dan terpaksa bertungkus lumus untuk bersaing, kajian mendedahkan.

Kajian itu mendapati ketidakupayaan untuk mencapai perkembangan seperti duduk tanpa disokong atau merangkak dikaitkan dengan masalah pembelajaran dan kelakuan.

Kajian selama lima tahun membabitkan 15,000 kanak-kanak pada awal kehidupan mereka, menyarankan saringan awal sebelum bayi mencapai satu tahun mungkin penting bagi mengenal pasti bayi yang perlu bantuan bagi mencegah mereka daripada ketinggalan pada masa depan kelak.

Selain penemuan berkenaan, kajian dilaksanakan Institut Perubatan, Universiti London itu juga menunjukkan kanak-kanak dari keluarga miskin ketinggalan setahun di belakang rakan sebaya mereka yang kaya apabila mula bersekolah.

Ujian kemahiran motor kasar di bawah kajian berkenaan mendapati 96 peratus bayi terbabit berupaya duduk tanpa disokong, 92 peratus berupaya merangkak dan 69 peratus boleh berdiri jika mereka memegang sesuatu pada usia sembilan bulan. Hanya empat peratus boleh berjalan beberapa langkah.

Dalam penilaian kemahiran motor halus, 99 peratus kanak-kanak berupaya memegang objek, 95 peratus boleh mengalihkan mainan dari satu tangan ke tangan lain dan 89 peratus boleh mengambil objek menggunakan jari telunjuk dan ibu jari. – Agensi


Terapi Bermain

Sudah menjadi harapan ibubapa untuk memastikan anak mereka boleh membaca seawal usia walau seusia 5 tahun sekalipun. Kerisauan mula timbul apabila anak-anak mereka belum boleh membaca apabila telah menamatkan pembelajaran d prasekolah dan adakalanya mereka mula  menyalakan pihak sekolah mahupun diri sendiri apabila merasakan usaha guru atau diri mereka mungkin tidak memenuhi keperluan pembelajaran anak-anak mereka.  

Ramai daripada kita masih kurang faham bahawa kanak-kanak diawal usia prasekolah juga boleh belajar melalui aktiviti bermain. Selain bidang akademik, pada usia kanak-kanak ini mereka juga perlukan perkembangan kemahiran komunikasi/interaksi, sosioemosi kognitif dan kemahiran motor. 

Bermain juga salah satu pembelajaran untuk kanak-kanak. Samada ia dipelajari secara lansung atau tidak lansung. Menurut Montessori, aktiviti  permaianan adalah nadi perkembangan kesihatan kanak-kanak mahupun dewasa. Menurut beliau lagi, 75% perkembangan otak berlaku ketika selepas kelahiran. Dalam proses ini, mempengaruhi perkembangan kemahiran motor halus-kasar, bahasa, sosial, personal, pengurusan emosi, kreativiti, penyelesiaan masalah dan juga keupayaan pembelajaran. 


Perkara yang paling penting adalah bermain boleh membantu kanak-kanak untuk lebih aktif, membuat pilihan dan amalan untuk pengukuhan kemahiran sedia ada. Kanak-kanak seharusnya diberi peluang mengalami pengalaman yang mengandungi pelbagai kemahiran ( seni, muzik, bahasa, sains, matematik dan interaksi sosial) kerana ianya sangat penting untuk perkembangan intergrasi otak. 

Saturday, September 4, 2010

Teacha Sayang Kamu - Lima Kata Tabu di Tempat Kerja


Kita sering berhadapan dengan orang2 yang suka sangat berkira2 dengan kerja yang dilakukannya. Apatah lagi jika diberi kerja "extra" . Semoga kita dijauhkan daripada menjadi orang2 seperti ini.

Beberapa perkataan yang sering digunakan untuk mengelak memberi jawaban perintah, menangguh2 waktu atau menghindar diri komitmen kerja. Jika perkataan ini sering diguna pakai, sebenarnya kita telah mempertaruhkan profesionalisma dan kredibiliti kita. Dengan kata kasar ia sebenarnya  menampakkan kita seorang yang tidak bertanggungjawab.

Elakkanlah diri daripada kata- kata ini dalam percakapan kita. 


"DIUSAHAKAN"
Ketika kita meminta bantuan seseorang, dan dia berkata, "Ok, akan diusahakan,"
Kita mungkin segera berfikir bahawa orang itu hanya berbasa basi. Dia bahkan tidak benar-benar melakukan apa yang anda minta."Do or do not. There is no try". 

"TERSERAH"
Kata ini merupakan pilihan favorite orang yang ingin menyingkirkan kita dengan cepat. Jika kita mengucapkan kata "terserah" setelah seseorang mengucapkan sesuatu, itu seperti tamparan verbal di wajah, yang digunakan untuk merespon tanpa harus benar-benar merespon. 

"MUNGKIN"
Orang kadang menghindari keharusan membuat keputusan dan bersembunyi d balik kata "mungkin" atau "tidak tahu". Ada perbezaan dasar antara benar-benar tidak tahu atau menggunakannya sebagai alasan.

"KALAU"
Orang yang menggunakan kata "kalau" biasanya berusaha menimpakan kesalahan kepada orang lain dan meragukan dirinya sendiri. Misalnya, "Kalau Cheq menyelesaikan tugasnya, maka juga boleh mengerjakan tugas ku."



Kerja dan pekerjaan. 

Bulan September ini genab saya setahun (mengikut perkiraan kalendar termasuk bukan hari bersekolah) sebagai guru Prasekolah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (kini lebih dikenali sebagai Prasekolah Intergrasi (Masalah Pembelajaran). 

Sepanjang setahun ini banyak perkara telah aku pelajari. Kerana aku belajar menjadi guru bukan untuk menjadi pengurus atau kerani. Untuk menjadi pengurus kanak2 mungkin satu yang agak mudah bagi ku. 

Proses pembelajaran ini sedikit sebanyak memberi tekanan sehinggah satu tahap aku hampir lelah. Bukan kesal dek mengurus berak kencing murid, urus tangis teriak mereka. Aku lelah belajar mengurus byk perkara baru dalam satu masa. Di tambah lagi keadaan - mangsa keadaan. 

Aku perlu belajar cepat.. tentang pengurusan dan perkeranian- petadbiran.  Pada masa yang sama mengurus ibubapa yang tahunya menekan tanpa mahu bersabar dan berempati dengan situasi. Org2 dewasa yang kurang komited pada masa kerja. 

Alhamdulillah aku pelajarinya. Tekanan timbul dalam proses penyesuaian diri. Tekanan timbul dek kerana  ketidakpastian yg mereka janjikan. Tekanan timbul dek kerana "keadaan".

Aku harus menjadi lebih tegas pada org lain namun berusaha utk tidak sampai menyakitkan hati org lain. Aku tidak harus menyelamatkan org lain sehinggah aku menyeksa diri. 

Alhamdulillah. Aku memilih jalan ini dan bertekad utk terus dijalan ini. Aku banyak teman2 tempat aku berkongsi rasa bukan mengkomplen. 

Anak2 ku... Usia Teacha boleh bila2 akan dicabut. Teacha khuatir andai sisa2 usia ini hanya mensiakan masa bersama kita.  Jauh disudut hati Teacha sangat sayang kamu. Walau ada kala terluah untuk cepat ada pengganti. Jauh di sudut hati.... mau lebih tahun lagi di sini. 

Teacha akan nikmati apa yang Teacha ada kini....KAMU....


Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.