Saturday, January 17, 2009

Meningkatkan Komunikasi dengan Kanak - kanak Autisma. How to Improve Communication with Autisme Childs. #1



1. Meletakkan harapan yang tinggi.

Letaklah harapan yang anak - anak ini akan memberi respon kepada soalan atau arahan anda. Jangalah anda membuat anggapan bahawa atau setkan dalam minda anda bahawa mereka tidak akan memberi respon hanya kerana mereka Autisma dan kurang upaya. Anda perlu ingat bahawa anak - anak Autisma ini perlukan lebih masa untuk memahami arahan atau soalan anda. Oleh itu bantulah anak ini memahami anda dan jangan berhenti untuk meletakkan harapan yang positif kepada mereka.

2. Gunakan Pendekatan Positif

Tumpukan kepada tingkah laku yang sepatutnya. Sekiranya anda melihat tingkah laku yang diingini, berikan peneguhan positif kepada mereka. Peneguhan tersebut boleh jadi peneguhan fizikal seperti memberikan tepukan, peneguhan makanan atau peneguhan mainan. Peneguhan mestilah perkara yang disukainya bagi menggalakkan mereka melakukan tingkah laku yang diigini.

Abaikan tingkah laku yang tidak sepatutnya. Bagaimanapun, tingkahlaku yang boleh mencederakan diri dan orang lain memerlukan pendekatan lain. Namun biasanya tingkah laku yang sepatutnya dimulakan dengan pengabaian.

Pastikan arahan anda jelas dan tepat. Contohnya adalah lebih tepat "Ikram, duduk atas kerusi" berbanding "duduk" atau "jangan berdiri" . Berikan mereka peluang sekiranya mereka melakukan kesilapan.

3.Beri Peluang untuk Memberi Respon dan Pastikan Anda Mendapat Respon.

Kebanyakkan kanak - kanak Autisma mengalami masalah memproses maklumat yang didengar atau dilihatnya dan mereka memerlukan masa untuk memahami apa yang diberitahu dan menentukan respon sepatutnya. Oleh itu berikan mereka masa untuk merespon arahan anda (lebih kurang 10 saat). Bantulah mereka dalam memberi respon kepada anda. Contohnya;

Anda: Ikmal mahu makan ?

Ikmal: ..............

Anda: Saya...................(beri peluang Ikmal melengkapkan perkataan anda).

Sekiranya tiada respon juga...

Anda: Saya ma.......(sekiranya dia kelihatan mengangguk).

Sekiranya tiada respon....Bantulah dengan kata "mahu" atau "tidak" dengan isyarat angguk/geleng. Setiap respon yang diberikan perlulah diberi peneguhan walaupun anda terpaksa melengkapkan setiap respon tersebut. Usahlah dibiarkan arahan anda kekal tiada respon. Ini kerana sekiranya anda membiarkan arahan anda "tergantung", kelak kanak - kanak Autisma ini akan mempelajari bahawa tiada respon juga diterima dan menganggap responnya tidak penting. Pastikan anda mendapat respon.

Prosedur Pendaftaran Murid Pendidikan Khas (Learning Disability)

Assalamaulaikum dan Salam Sejahatera..



Hari ini sudah masuk penghujung minggu kedua persekolahan. Pelbagai perkara yang telah kita alami.. Begitu juga dengan telatah murid - murid di sekolah yang dapat kita lihat. Melihat telatah mereka sedikit sebanyak membuatkan kita mengimbau kenangan semasa diri kita sendiri ketika minggu - minggu awal persekolahan. Terdapat banyak perbezaan yang dapat kita bandingkan dan hanya sedikit persamaan yang boleh kita kira.
Tahun ini sekolah saya tidak menerima ramai murid baru berbanding tahun lalu. Walaubagaimanapun ia akan semakin bertambah dari semasa ke semasa. Pendidikan Khas (LD) adalah sedikit berbeza berbandingan sistem kelas perdana. Perbezaan tersebut mungkin kerana ada "keistimewaan" untuk mereka dan juga kerana mereka perlu melepasi beberapa prosedur. secara ringkasnya prosedur yang perlu anda tahu ialah (bagi kanak - kanak yang berumur 7 tahun dan keatas; sesuai untuk sekolah rendah);


Pertama, anda perlu mandapatkan Medical report dan pengesahan daripada doktor yang akan mendiagnostik anak samada anak anda bermasalah (autisme, ADD/ADHD, terencat akal dan seumpamya).



Kedua, Daftarkan anak anda ke Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan borang pendaftaran dan cadangan penempatan sekolah. Biasanya Unit Pendidikan Khas ini akan menempatkan anak anda di sekolah yang berdekatan dengan alamat rumah anda.


Ketiga, Tunggu Surat Penempatan. Anda perlu sentiasa menghubungi pihak Unit Pendidikan Khas, JPN bagi mengetahui di mana anak anda akan ditempatkan.


Keempat, Sekiranya anda sudah menerima surat penempatan anak anda. Bawalah anak anda bersama untuk mendaftar di sekolah. Berjumpalah dengan Penolong Kanan Program Pendidikan Khas ataupun Penyelaras Program Pendidikan Khas sekolah tersebut. Pada kebiasaanya anak anda akan diberi ujian sebagai pengenalpastian tahap keupayaan akademik (kemahiran Matematik dan Bahasa Malaysia) serta keupayaan pengurusan diri anak anda.


Sekiranya anak anda didaftarkan sebelum berumur 5 tahun, anda akan dihubungi oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri bagi cadangan penempatan semasa anak anda berumur 5 tahun. Sekiranya tidak dihubungi selepas anak anda berumur 5 tahun, sila berhubung dengan Unit Pendidikan Khas di Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing. Dapatkan juga maklumat bagi kemasukan ke program prasekolah pendidikan khas untuk anak anda yang berusia 4+ hingga 6 tahun sebelum ke program di sekolah rendah.
Sekiranya anda telah mengenalpasti bahawa anak anda adalah penghidap Autisme, Down Syndrom, Hyperaktif dan seumpamanya sedari kecil lagi, adalah lebih baik anda mendaftarkan anak anda ke pusat - pusat early intervention yang biasanya disediakan oleh pihak swasta dan NGO. Pusat Dalam Komuniti (PDK) juga merupakan antara pilihan yang baik untuk pemulihan awal anak anda. Pusat ini memiliki kepakaran yang sesuai untuk anda sedari bayi lagi (mengikut syarat tertentu; sila rujuk pusat - pusat tersebut).
Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, murid yang pernah menjalani pemulihan awal di pusat - pusat rawatan awal kanak - kanak lebih mudah menerima pembelajaran di sekolah berbanding rakan yang tidak pernah menjalani rawatan awal. Tingkah laku mereka juga mudah diurus oleh guru. Begitu juga dari segi pengurusan diri, murid tersebut sudah berupaya ke tandas sendiri atau sekurang - kurangnya tahu memberitahu guru atau pembantu pengurusan murid yang dia mahu buang air.


Mendaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bagi anda yang lewat mengenalpasti anak anda adalah kanak - kanak berkeperluan khas (biasanya murid yang lewat dikenalpasti oleh ibu ialah anak yang Hyperaktif, lembam dan Down Syndrom) anda perlu mendaftarkan anak di JKM. DI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT Anda perlu membawa anak anda ke JKM bersama:


1. Borang Pemeriksaan Doktor dan salinan fotostatnya yang sudah lengkap diisi oleh pakar perubatan.


2. salinan fotostat Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran bagi yang belum mempunyai Kad Pengenalan.


3. keping gambar anak anda berukuran saiz kad pengenalan. Sekiranya anda tidak menerima kad itu dalam tempoh 3 bulan dari tarikh mendaftar di JKM, sila hubungi mereka bagi mendapatkan maklumat. Anak anda akan diberikan Kad Kenal Diri yang merupakan tanda pengenalan yang dikeluarkan kepada OKU (Orang Kurang Upaya) yang berdaftar bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang tertentu.
Bagi ibubapa yang lewat menyedari anak anda adalah adalah kanak - kanak berkeperluan khas. Anda janganlah khuatir, ringan - ringankanlah diri anda menghubungi Unit Pendidikan Khas atau berkunjung ke sekolah pendidikan khas atau sekolah intergrasi pendidikan khas yang berdekatan untuk bertanyakan maklumat lanjut.
Alamat....Negeri Sabah sahaja....
SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS
Sektor Pendidikan Swasta & Khas
Jabatan Pelajaran Sabah
Tingkat 7, Blok D,
Bangunan KWSP
88000 Kota Kinabalu

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kota Kinabalu
(PDK)
(Community-Based Rehabilitation Centre)
WDT 75, Jalan Selangor
88999 Tanjung AruKota Kinabalu, Sabah
Telephone: 088-255200
(Di bawa kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sabah)

Sunday, January 11, 2009

Gifted....





God’s Special One
I’m sending you a special child, to cherish my name,
For you to love with all your heart, and teach him just the same,
For He is not like others babies, nor will be,
But you can love him just the same, and take care of for me,
He may not hear, see, run, or learn as others do,
But he’ll be yours and he will take his guidance all from you,
The road is hard, he’ll break your heart, and you’ll cry a million tears,
But I promise when he smile at you, the pain will disappears,
I know you’ll cry “why him, why us”, but I need teachers true,
And that is why with the care and trust, I select you,
So please don’t turn back on him, although he may be slow,
If you’ll accept him as he cherish my name, then together you will grow,
He need to learn the skill of life, for that I’ve chosen you,
And with your love to guide him, I know you’ll see him through,
Don’t try to see the future, I promise that to none,
Just live each day for all its worth and enjoy my special one.

-Unknown parent’s-


DoN’t YoU eVeR sAy YoU dOn”T lIkE tHe WaY u’Re!

Saturday, January 10, 2009

KWSP @ Pencen ? Yang mana satu pilihan yang terbaik ?


KEPUTUSAN kerajaan menawarkan opsyen skim pencen kepada anggota sektor awam yang telah memilih skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi peluang kepada mereka untuk menikmati faedah persaraan yang lebih baik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pengumuman mengenainya November lalu menyebut bahawa mereka yang memilih untuk menyertai skim pencen turut menikmati kemudahan perubatan dan ganjaran persaraan selepas bersara seperti yang dinikmati oleh golongan pesara yang lain.
Sehubungan itu, anggota sektor awam perlu membuat pilihan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu dari 1 Januari hingga 31 Januari 2009 dan tarikh kuat kuasanya adalah pada 1 Februari ini.
Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Yeow Chin Kiong berkata, keputusan itu merupakan antara kesan daripada beberapa perubahan dasar baru persaraan dan pencen yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk penambahbaikan faedah persaraan bagi kumpulan berkenaan.
Katanya, seramai 66,733 kakitangan awam terlibat setelah dasar baru tersebut diluluskan oleh Dewan Negara dan surat pekeliling bagi penukaran semula opsyen KWSP kepada skim pencen telah dikeluarkan pada 24 Disember lalu.
Kadar pencen
Pada masa sekarang, kakitangan awam yang memilih skim KWSP terpaksa melepaskan faedah rawatan kesihatan selepas bersara, kehilangan faedah gantian cuti rehat sebagai pesara dan ganjaran persaraan.

Tambahan pula, peningkatan kadar pencen terendah kepada RM720 sebulan bagi pegawai yang mempunyai sekurang-kurangnya 25 tahun perkhidmatan dan semakan semula pencen dari semasa ke semasa memberi jaminan keselamatan kepada pesara skim pencen berbanding KWSP.
Kini, pengiraan pencen dibuat sehingga maksimum 30 tahun tempoh perkhidmatan dan pewaris boleh menikmati pencen terbitan yang sepenuhnya berbanding sebelum ini.
Dengan semua faedah yang menarik ini, mereka yang berada di bawah skim KWSP tentunya menyedari bahawa mereka berada di pihak yang kerugian.
Tetapi mengapa sesetengah kakitangan kerajaan memilih KWSP pada mulanya? Terdapat banyak sebab untuk mereka berbuat demikian termasuk mereka yang merancang untuk berhijrah ke sektor swasta selepas beberapa tahun dalam perkhidmatan awam.
"Antara sebab mereka memilih skim KWSP itu adalah kerana mereka mahu bebas tetapi ada di antara mereka kini bertukar fikiran dan ada yang minta balik (kepada skim pencen)," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Chin Kiong menjangkakan separuh daripada jumlah tersebut akan menukar kepada skim pencen yang kebanyakannya adalah guru dan kakitangan perubatan berikutan perubahan dasar terhadap skim tersebut yang lebih baik dan menarik.
Pada 1992, melalui Skim Saraan Baru (SSB), kakitangan kerajaan yang dilantik selepas 12 April 1992 ditawarkan skim KWSP sebagai alternatif kepada Skim Pencen seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 6A(1) Akta Pencen 1980 dan Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980.
Keputusan kerajaan itu disambut baik oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyifatkan kerajaan sentiasa prihatin dengan kebajikan kakitangan awam termasuk memperkenalkan insentif lain yang diumumkan tahun ini.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Ahmad Shah Mohamad Zain sebelum ini berkata, lebih 45,000 kakitangan awam dalam skim KWSP akan mendapat faedah jika memilih skim pencen.
Katanya, kakitangan kategori tersebut sebelum ini memilih skim KWSP semasa kali terakhir semakan gaji tetapi mendapati tindakan itu tidak menguntungkan dalam jangka masa panjang.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr. Khoo Kah Lin berkata, ramai doktor akan berminat untuk menukar ke skim pencen khususnya mereka yang ingin meneruskan khidmat dengan kerajaan.
Pilihan tepat
Sehubungan itu, Chin Kiong meminta anggota sektor awam terbabit agar membuat pilihan yang tepat dalam masa sebulan ini.
"Dalam masa sebulan ini, pilihlah betul-betul sama ada untuk tukar kepada skim pencen atau kekal dalam skim KWSP. Ini adalah dasar baru yang dimaktubkan dalam undang-undang.
"Jangan tanyalah selepas ini sama ada opsyen lagi atau tidak," katanya.
Chin Kiong berkata, dasar-dasar baru lain yang diberi penambahbaikan setelah 28 tahun dilaksanakan dapat dilakukan setelah kerajaan mampu melakukan penjimatan sehingga RM1.9 bilion melalui dasar meningkatkan umur persaraan kepada 58 tahun.
"Ini berikutan sebanyak 15,000 kakitangan dijangka tidak akan bersara tahun depan melalui dasar persaraan baru itu, selain penjimatan melibatkan pembayaran gratuiti yang perlu dianjakkan sehingga pekerja tersebut bersara," katanya.
Katanya, kerajaan akan membelanjakan RM9 bilion termasuk peruntukan tambahan RM1.3 bilion pada tahun depan bagi melaksanakan dasar baru pencen dan persaraan tahun depan.
Menurutnya, walaupun negara dijangka mengalami kesan kelembapan ekonomi dunia tetapi pembayaran pencen kepada mereka yang layak tidak akan terjejas seperti pemansuhan penyusutan pencen terbitan kepada 70 peratus selepas tempoh 12 setengah tahun yang dilaksanakan sejak 1980.
Beliau berkata, mulai 1 Januari lalu, kerajaan akan membayar sehingga 100 peratus pencen yang memberi manfaat kepada kira-kira 141,000 pesara dan penerima pencen. - Bernama


Sumber :

Wednesday, December 31, 2008

Amazing Autisme & Amazing Down Syndrom

Gambar Hiasan

Kau dilindungiNya

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1231&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

Kanak - kanak SD yang tergelincir ke dalam sungai ditemui semula selepas 18 jam. Kanak - kanak ditemui duduk sambil menangis di tebing sungai di sebarang dari tempat dia terjatuh..

Kejayaan Anak Autisma
5 January 2009 sesi persekolahan akan bermula...Satu epsisod cerita rasa hati yang baru akan bermula. Aku antara manusia yang sangat - sangat menantikan satu takdir yang baru akan berlaku kepada diri ku dan orang sekeliling ku bersama mereka - meraka yang aku sayangi..Agar takdir ini akan menjadi satu pengalaman yang akan membawa aku ke alam yang lebih mendewasakan.. bersama harapan akan ku jadikan sebuah kisah klasik yang akan ku ceritakan kepada masa depan ku..
Kejayaan anak ini menimbulkan satu rasa bangga dalam diri ini...
Meski kau tidak kenal aku..
Meski kau tidak hirau kan aku..sayang..
Meski kau tidak pernah melihat aku...
Kau memberi aku satu motivasi..
Kau membantu aku membina satu keyakinan...
Kau mencelikkan mata hati mereka..
Kau memaksa mereka berfikir...
Kau membikin mereka percaya....
Kau menjadikan mereka mulai hormat kau, aku dan yang lain..



Pelajar Autisma ini seperti yang telah dilaporkan dalam Akhbar Kosmo!, telah memperolehi 8A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang dikeluarkan hari ini. Ini mungkin bukan kejayaan pertama kanak - kanak Autisme di negara kita. Namun tidak ramai yang kita ketahui atau ditonjolkan. Kejayaan mereka bukan hanya dalam bidang akademik sebaliknya dalam bidang - bidang yang lain... Apapun kejayaan adik Khairul Iman ini sedikit sebanyak membuka hati kita untuk membantu pengidap autisma yang lain.

Wednesday, December 24, 2008

Cenderahati daripada Ceritarasahati

Senyuman daripada si kecil....
Daripada hati yang suci......
.
.
.
Doakan ibubapa mereka mendidik mereka menjadi insan yang berguna...
Doakan mereka agar menjadi anak yang berguna...
Doakan mereka...
kerana hari ini yang membentuk mereka...

<<<<<<<<<<<<< Ini Aku buat untuk apa ya? Cenderahati untuk mereka yang sempat dan mampu Ku beri... Tak banyak lah...Limited ....Sori yang tak dapat...susah nak p jauh2...hehehhehehehe

SElaMat Datang 2009....


Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.