Aku sedang belajar. Belajar melihat, memerhati, menilai, menrefleksi dan melaksana semuanya tentang Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
Tuesday, June 22, 2010
Sunday, June 20, 2010
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
Laporan Penilaian Murid Bermasalah Pembelajaran
Mata Pelajaran: Pendidikan Seni
Dahlia
Nama Murid: Tarikh : ......................
Nama Guru :
1. Pencapaian ( Peningkatan dalam perkembangan, kemajuan dan pemerhatian)
...........................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
2. Pendekatan yang berkesan.
...........................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
3. Aspek yang perlu dipertingkatkan.
...........................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
4. Rumusan / Cadangan.
...........................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
5. Tandatangan Guru : .......................................................
***Sumber: Bahan Hand Out
*** SILA RUJUK KEPADA PENOLONG KANAN / PENYELARAS MASING - MASING UNTUK MENDAPATKA FORMAT RPI YANG TERBARU.
**** Semoga N3 ini dapat membantu kalian...
Tentang Cinta yang kau tidak lihat
Merempat di bangsal demi anak OKU
Oleh SHAH NIZAM OMAR
shahnizam.omar@kosmo.com.my
shahnizam.omar@kosmo.com.my
ALOR SETAR – Tidak semua insan bergelar bapa mampu menjalani kehidupan yang sempurna dan menggembirakan meskipun usia sudah mencecah separuh abad.
Itulah nasib Jamil Jaafar, 50, apabila terpaksa berpindah-randah bersama anak tunggalnya, Rohani, 5, yang mengalami penyakit Sindrom Down sejak dilahirkan.
Kehidupan getir itu bermula sebaik sahaja isterinya, Rokiah Ahmad, meninggal dunia akibat penyakit jantung berlubang, kira-kira lima tahun lalu.
Lebih memilukan, Rokiah yang ketika itu berusia 33 tahun, meninggal dunia kira-kira seminggu selepas melahirkan anak istimewa itu.
INILAH bangsal usang tempat berteduh Jamil dan anaknya yang terletak dekat Masjid Al-Guffran, Alor Setar, Kedah. Gambar kecil Masjid Al-Guffran. |
Menurutnya, sejak itu dia tidak dapat bekerja kerana terpaksa menjaga anaknya.
Katanya, kesempitan wang menyebabkannya terpaksa keluar dari rumah sewanya di Tandop dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Hari ini dia menjadikan sebuah bangsal usang berdekatan Masjid Al-Guffran, Akar Peluru di sini sebagai tempat berteduh.
“Sebelum ini saya kerja di kilang baja di Tandop dan isteri kerja kilang di Sungai Petani. Saya tak boleh kerja pasal nak jaga anak.
“Sekarang ini saya duduk di masjid di Akar Peluru kerana tak mampu bayar sewa rumah di Tandop,” ceritanya ketika ditemui Kosmo Ahad! semalam.
Friday, June 18, 2010
.a. a y.a.m yam ayam! kokokokok....
Good Morning! Selamat Pagi! Apa khabar kamu semua? Teacher miss u all bah... Hari ni hari Jumaat. Teacher nak lawat mahligai kita tu.. Tapi Teacher tak berapa senang plak. Teacher yakin Kakak cantik boleh uruskan.. teaca dah urus juga tapi taklah seindah mana. 3 minggu korang cuti.. teaca cuti satu minggu jak... itupun tak ble dapat indahkan semula... ada kerja yg telah dirancang awal.
Kamu tau tak. Mahligai kita kena banjir. Banjir kilat. Jadi habislah kena lumpur komputer, printer, radio, buku-buku baru sampai semua rosak. Buku yg pandai bercakap tu pun dah rosak.
Teaca sedih tau. Semua kita orang pun sedih. Kamu lagi sedihkan... Mahligai kita jadi serba kurang-kurang. Takblelah korang main komputer... Tak blelah kita nyanyi-nyayi lagi. Eh!!! siapa kata tak ble nyanyi-nyanyi dan nari-nari... boleh ba kan... Tak pa.. teaca bawa laptop tua teaca dan speaker.... kita nyanyi dan nari sampai hujan pun takut mau turun...tapi dengan syarat korang jgn kencing dalam seluar... penat lah teaca...
Apa korang buat d rumah sekarang erk? H2 mesti cuti2 Malaysia sebab mak dia pun cikgu.. Yang lain cuti2 gak kan...bestnya... Cikgu harap korang datang mahligai kita nanti dengan rasa gembira sekali.. iyalah mau jumpa teaca dan kakak yg cantik...
Teaca pun tidak sabar mau jumpa kamu lagi... Yalah tahun pertama teaca pegang kelas pra utk tempoh satu 1 tahun..InsyaAllah. teaca mau juga tgk perkembangan kamu. Masih ingat apa yg kita belajar sebelum cuti tiga minggu atau kita terpakasa belajar semula. Ulang lagi dari awal.
Teaca tak kisah. Kalau pun nak ajar dari "a" lagi. Namun Teaca mengharapkan kalian tak le lupa.. Nanti letih bha minda dan emosi cikgu ni....huhuhu... Taklah... sebenarnya tidak semua orang luar tu tau... tau kisah kita dalam mahligai ni. Iyah kisah kita2 jak... Cikgu tak salahkan kamu, itu sudah tahap keupayaan kamu dan Teaca redha dan juga kawan2 serumpun pun faham. Teaca tak juga salahkan orang luar yg tak tahu-sebab , mereka tak tahu... abaikanlah mereka kan...
Tahap keupayaan / kemahiran korang pun berbeza walau umur semua hampir sama 5 dan 6 thn. Tapi yang pasti tahap kamu tidak seiring dengan usia kamu. Itu kita semua sudah tahu kan...kalau tidak kita taklah mendiami mahligai kita tu kan.
Y2. Y2lah anak murid sulung Teaca daftar 4 Jan 2010. Teaca ingat lagi... Ur father yg hantar untuk register for first day kan.. Really loving daddy wee!... Dan Teaca ingat juga masa Y2 dan adik YH datang buat ujian Sept. 2009 klu tak silaplah,
Your father ask me..." Teacher, he will learn like others kid ka?"
I understand what he want to told me... Daddy harap Y2 boleh seperti org biasa suatu hari nanti..... nak tau apa Teaca jawab?
Teaca jawab " He will learn but not same others kids at all... For Y2, we need more time more effort more patient and more cooperation between Teaca, parent."
Teaca add... "I cannot promise you Mr. C, I will help you but you must help too. And I hope we'll choose 1 language we using when we communicate with Y2"
Teaca boleh speak in English dengan budak-budak jer lah... dengan orang besar Teaca kalah juga...huhuhuhu..
Teaca told your father.. " I can speak in Chinese but just ni haou ma? and Wo ai ni..."
Your father is laughing ceh!
So we choose MalayLish... heehehehe... palan-palan ba kan...
Teringat juga Teaca. Bila Teaca tunjuk gambar jam... suruh Y2 sebut jam... Y2 terus jump ! adeh... Ambil masa sebulan juga tu... akhirnya Y2 dah tahu "jam" itu apa.. bukan jumping . Mungkin lucu tapi itulah kalau ada silang bahasa...Itu silang bahasa... Dorang tak tahu lagi hal-hal lain.
Berbalik kepada bulan-bulan awal Y2 d mahligai kita. Y2 datang dengan memakai pampers . Teaca benarkan untuk 2 minggu pertama sahaja... selepas itu Teaca tak benarkan...dan bermulah misi Teaca bergelumang dengan kencing Y2. Nasib baik tak hancing. Kerana tak hancing ni mngkin disesabkan Y2 tak banyak makan lagi..(Y2 badan kecik dan kurus mcm anak umur 3 thn). Y2 hanya dibenarkan memakai pampers jika ada majlis2 atau aktiviti di sekolah atau yang memerlukan Y2 keluar dan menghadapi orang lain selain Teaca.
Y2 ingat kah? Masa mula2 tu.... Y2 selalu sangat terkencing bila ada kawan2 Teaca yang Y2 tidak kenal masuk mahligai kita atau menyapa Y2? Y2 suka sangat melekat di belakang baju Teaca. Sampai Teaca mau ke tandas Y2 pun nangis mau ikut. Mengamuk, menarik tudung kawan Teaca. Adeh... Y2 sukar untuk mendekati dan mahu mendekati orang lain selain Teaca dan Kakak. Y2 untung masa bulan pertama sekolah Y2 seorang sahaja. Dan peluang ini Teaca bawa Y2 berjalan-jalan. Kita banyak berjalan-jalan masa tu kan.. Teaca tak kisah kalau ada yang kata Teaca tak mengajar... Dorang tak tahu Teaca sedang mengajar Y2 berinteraksi dan bersosial dengan orang lain. Mula - mula tu pampers yang Y2 pakai pun boleh banjir. Bukan Y2 pakai pampers murah... mahal tu...tapi itulah Y2 akan terkencing dan terkencing dan terkencing bila rasa "kurang selamat"... sebab Teaca lepaskan orang lain bersama Y2.
Sekarang (sebelum tempoh cuti sem 1 ni ), Y2 sudah banyak berubah. Menjadi sangat peramah. Dan sudah mula mahu menyapa dan menarik perhatian orang untuk Y2 disapa. Y2 sudah tidak melekat dengan Teaca. Habit terkencing Y2 pun dah berkurang..... Perbendaharaan kata Y2 dalam BM sudah makin baik. Sudah memahami dan memberi respon kata-kata Teaca. Harap harap kita boleh selesaikan atau kurangkan masalah kecelaruan penangkapan kata pula...(Teaca tak tahu nak sebut apa tu istilahnya dlm psycholinguistic.. adakah erk?). Contohnya Teaca sebut HIdup Y2 masih tunjuk HIdung Y2..huhuhuhuhu.... bukan sekali bukan tak jelas Teaca sebut HIDUP, Y2 masih juga tunjuk HIDUNG. (Perkataan HIDUP ada dalam lirik lagu Negara Ku. Setiap kali sampai senikata HIDUP, setiap kali itu juga Y2 tunjuk hidungnya.)
Kenapa Teaca cerita Y2 jak! Adeh.... ko kan paling senior ko leh yg banyak crita.... ini pun tak habis lagi... Teaca nak cerita lagi tapi Teaca dah lapar... Mahu masak---- goreng telur mata kerbau.. Bukan Teaca ambil kerbau punya mata telur eerk.... Tak faham? Memang ko tak faham....
Teaca rasa tak sabar nak gaji! Nak beli siri non-fiction novel by TOREY HAYDEN
Sunday, June 13, 2010
Terapi Air / Terapi Renang
Berenang... apakah kelebihan aktiviti renang kepada kanak - kanak khas terutamanya kanak - kanak autisma? Dan saya pernah ditanyakan dengan soalan "Apa kelebihan / guna aktiviti renang tu untuk murid pendidikan khas?" dan saya hanya mampu menjawab " penting untuk self confident murid".
Namun keperluan / kepentingan aktivti renang ini bukan setakat itu sahaja. Banyak yang perlu kita tahu terutamanya guru-guru untuk kita lebih aktif mengadakan rekreasi sambil belajar ini dan juga perlu ibubapa tahu untuk mereka faham kenapa dan mengapa mereka perlu memberi sokongan terhadap aktiviti yg dianjurkan sekolah.
Berenang?
Kenapa aktiviti / terapi / rekreasi renang ini perlu juga kepada kanak - kanak khas amnya dan kanak-kanak Autisma khasnya? Aktiviti berenang melibatkan pergerakkan otot atas dan bawah anggota badan. Aktiviti air boleh membantu memberi input terhadap proprioceptive (kecepatan mahupun kemampuan menerima ransangan) dan tactile (berkaitan dengan deria sentuhan) kanak-kanak autisma.
Aktiviti berenang boleh membantu dalam perkembangan koordinasai otot tangan dan kaki serta sistem pernafasan kanak-kanak. Ini kerana melalui aktiviti berenang, kanak-kanak Autisma perlu menggerakkan anggota badan mereka untuk membolehkan bergerakkan dalam air.
Melalui aktiviti ini juga ia boleh membantu dalam meningkatkan sistem kognitif. Di mana dengan berenang, kanak-kanak perlu menggerakkan beberapa anggota badan atau sistem pernafasan dalam satu masa. Contohnya, kita perlu menggerakkan tangan dan kaki kita untuk membolehkan kita bergerak atau berjalan di atas air. Dengan latihan renang yang berterusan, kanak-kanak berupaya meselarikan keseimbangan gerakkan anggota badan dan sistem pernafasan untuk berada dalam keadan "stabil".
Aktiviti renang juga membantu dalam relaksasi diri. Air dikatakan merupakan salah satu bahan terapi yang baik untuk relaksasi atau ketenangan emosi/diri seseorang. Kaedah ini mungkin dapat membantu dalam mempertingkatkan kemahiran pengawalan emosi kanak-kanak. Untuk kanak-kanak yang tidak suka air, aktiviti renang boleh dilakukan secara perlahan-lahan. Aktiviti/latihan boleh dilakukan di atas "daratan" sebelum secara perlahan-lahan kanak-kanak itu dibawa ke dalam air.
Melalui aktiviti berenang juga dikatakan mampu membina yakin diri kanak-kanak. Memberi peluang kanak-kanak khas ini melakukan seperti mana rakan mereka yang lain sebenarnya mampu meningkatkan keyakinan diri mereka. Selain itu, inilah peluang mereka untuk mengenal dunia luar dan mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka samada sesama rakan, guru mahupun dengan orang sekitar kolam renang. Kalaupun kanak-kanak ini belum mampu berinteraksi dengan orang lain, sekurang-kurangnya mereka memahami arahan/instruksi visual yang disampaikan oleh instruktor.
Pada keseluruhannya, berenang bukanlah rekreasi semata-mata. berenang juga merupakan satu aktiviti luar bilik darjah yang boleh membantu dalam perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus, kemahiran sosialisasi dan juga membantu dalam pembinaan yakin diri kanak-kanak amnya dan kanak-kanak khas khususnya. Bagaimanapun ia harus dilakukan dengan kaedah yang betul dan berterusan dan yang penting KERJASAMA diantara pihak PENTADBIRAN SEKOLAH, IBUBAPA, GURU DAN JUGA PIHAK TERTENTU seperti pusat akuatik, resort dan seumpamanya.
*****Apa itu Autisma?
Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (bahasa Inggeris: pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatanneurologi dan bukan kecacatan psikiatris (bahasa Inggeris: psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkan masalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari "Autism Society of America":http://www.autism-society.org/site/PageServer ). *** wikipedia
SILA RUJUK DI DISINI
Friday, June 11, 2010
Thursday, May 6, 2010
Pendidikan Jasmani dan Suaian
PENDIDIKAN JASMANI DAN SUAIAN...
Apa yang kita faham tentang Pendidikan Jasmani dan Suaian?
Sumber:
http://en.wikipedia.org/wiki/Adapted_Physical_Education
http://www.pecentral.org/adapted/adaptedmenu.html
Adapted Physical Education
Apa yang kita faham tentang Pendidikan Jasmani dan Suaian?
Sumber:
http://en.wikipedia.org/wiki/Adapted_Physical_Education
http://www.pecentral.org/adapted/adaptedmenu.html
-
Pengurusan Kelas Akademik Pendidikan Khas 1. Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas 2. Pengurusan Bilik Darjah/Bangunan Pendidikan K...
-
Bismillahirahmanirahim.... Sedar tidak sedar sudah tahun 2012. Wow sudah tahun ke dua belas untuk tahun 20 an... eh adakah 20 an... ;-)...
-
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Pada malam ini Teacha amat terha...



