Tuesday, January 17, 2012

Diari 2011


 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pada malam ini Teacha amat terharu bila mengenangkan warna warni 2011 bersama kalian. Kita telah melepasi 2011 bersama sungguhpun ada beberapa perkara yang membuatkan Teacha rasa terkilan namun itu tidak mengapa…
2011… memperlihatkan peningkatan dalam kematangan Teacha setelah 2010 yang penuh dengan pembelajaran. 2011 banyak mengajar Teacha untuk lebih bersedia dan redha sahaja apa yang berlaku… redha menjadi  guru dan pembantu pengurusan kalian serta pentadbiran teratak kita…  Teacha tegal biasa bila kita ditinggal kerap kerana 2010 lebih kerap kita ditinggalkan…

Kenangan 2011…. Tengoklah gambar di atas…. yang mana satu kalian?  Dapat cam ?
Murid Teacha terdiri daripada yang agak sukar dikawal… jai bolehlah dikenalpasti melalui postur badan mereka semasa dipentas itu.

D >> menangis tidak mahu memakai topi dan mahu berjalan-jalan dipentas….tengok topinya di mana???

HY >>  nampak gembira. itu perkara biasa, sebab dia sangat gembira bila ‘terlepas’ daripada kebiasaanya… jadi harus juga dipegang bagi mengelak dia berlari2 di atas pentas atau membuntuti Teacha….

RY >> Tengoklah, meltdown dan tantrum diatas pentas….. kasihan penolong kanan nak kontrol dia…hehehe…..  dia suka lompat2….dan lompat2 untuk melepaskan diri daripada di pegang….

Nas >> Anak yang ikut cakap…. sememangnya pandai mendengar cakap atau ‘mata besar’ Teacha….. itu yang Teacha suka bawa dia ikut apa2 program sekolah / perkhemahan walau kadang2 terkencing……

Mk >> Juga meltdown ….. korang ni memang low profile tidak mahu bergambar…..

Kenapa lima orang sahaja yang graduasi hari itu ? Sebabnya hanya 5 orang sahaja yang bersetuju untuk ikut… 1 orang tidak bersetuju, H2 >> kalau datang pun terpaksalah Teacha mendukung..hohohohoh…., 1 orang belum cukup umur >>> my sweet girl V…

TeaCha di mana? >>> Teacha dah daripada pentas sebab perlu bersedia untuk slideseterusnya……. Teacha AJK multimedia dan persembahan slide… nasib baik PA sistem hotel sediakan org bertugas….
So, Teacha sangat berterima kasih kepada rakan-rakan dengan rela hati mengambil tempat  Teacha  ‘mengawal’ kalian…. Bukan sesuatu  sukar bagi bagi kawan2 Teacha yang lain sebab TeaCha telah ‘memperkenalkan’ fiil kalian pada mereka.
” Cikgu, mama dia ada cakap… susahnya saya tengok cikgu dia kawal budak2 ni…”  Bicara seorang bapa beberapa hari sesudah majlis itu….  TeaCha hanya mampu senyum….  Ada sesuatu yang tidak terluah dalam diri…. untuk diluah kepada ibubapa nanti membuka pekung bukan kerana ego…. ;-) .


Kenangan 2011…
Mk : Autisma >>> Memaksa Teacha menunggu hampir dua tahun baru dapat mendengar suara mu mengajuk kata Teacha….. perkakataan pertama “aiskrim”… dan perkataan itulah yang diulang2 sambil senyum2….. bahagia benar dia….apatah lagi TeaCha yg hampir 2 thn hanya mendengar tangisan dan teriakkan mu…. kadang menangis bak terrrrlalu sedih terlalu kecewa…tapi tidak pun berairmata….

Mula mendaftar pada tahun 2010 semasa umur 5 tahun. Bulan pertama bulan penyesuaian….hampir setiap hari meraung2…. entah kenapa… mungkin sukar menerima tempat baru…sebelumnya di PASTI. Teacha bak pengasuh berpengalaman…. untuk menenangkan Mk TeaCha ‘merangkul’ Mk di paha sehinggah diam….Alhamdulillah diam…perkara sama dilakukan untuk beberapa hari seterusnya…. Alhamdulillah menjadi berbanding hari sebelumnya saban pagi meraung….

Perkembangan Mk diakhir 2011 – sudah boleh menulis mengikut titik…. sudah boleh menyebut ‘aiskrim’ dan sudah boleh duduk dalam tempoh +- 5 minit tanpa 100% pengawasan individual.Untuk ke sekolah rendah….. terpulanglah pada pihak sekolah barunya…. Teacha rasa tahap kebersediaan Mk untuk duduk di SK masih jauh jika didasari oleh sasaran p&p KSSR….

Ry : Autisma >>> Memasuki prasPPkI dengan pengetahuan sedia ada yang amat tinggi tahapnya jika dibandingkan yang lain. Ry sudah boleh membaca perkataan mudah dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sudah boleh menambah dan juga menulis dengan baik. Diawal persekolahannya sangat obses dengan logo – logo channel Astro. Pernah suatu hari datang seseorang bertanyakan tentang pra PPKI dan kebetulan mengeluarkan sampul bil Astro untuk menulis nombor telefon Teacha di atas sampul itu, Ry ingin merampas sampul itu dan meraung2 mahukan sampul surat itu… setelah diterangkan, diberilah sampul surat itu kepdanya Ry… Ry mengosakkan sampul itu dan hanya mengambil serpihan yang ada logo saluran2 di Astro…..
Lantai……….

***akan bersambung..

Saturday, December 11, 2010

RUMAH BARU KU...

Salam hormat.
Ini alamat blog baru saya... Semoga memberi manfaat kepada kita semua...

Wednesday, November 10, 2010

Contoh Fail Meja Guru Pendidikan Khas - Integrasi

ISI KANDUNGAN
Fail Meja

Bil.                                                      Perkara                                                   Muka Surat

1.               Maklumat Pegawai                                                                                      
2.               Senarai Tugas Pegawai                                                                             
3.               Visi Sekolah                                                                          
4.               Misi Sekolah                                                                                                 
5.               Visi Unit                                                                                                                     
6.               Misi Unit         
7.               Objektif Sekolah                                                                                                       
8.               Objektif Unit                                                                                       
9.               Carta Organisasi Sekolah                                                                                      
10.          Carta Organisasi Unit                                                                                              
11.          Senarai Tugas, Kuasa dan Hubungan dengan Pegawai Lain.                      
12.          Proses Kerja                                                                                                  
13.          Carta Aliran Kerja                                                                                         
14.          Senarai Semak                                             
15.          Peraturan – Peraturan Pentadbiran                                                         
16.          Senarai Undang-Undang Pekeliling                                                        
17.          Senarai Borang-Borang Yang Digunakan                                              
18.          Norma  Kerja                                                                                                 
19.          Senarai Jawatankuasa Yang Dianggotai                                                
20.          Senarai Tugas Harian                     

                                                             
NAMA AGENSI         :          (nama sekolah)
ALAMAT                    :           Poskod 88300, Kota Kinabalu, Sabah
NO. TELEFON             :           
N0. FAKS                    :          


E-MAIL                        :         
LAMAN WEB             :          

Tuesday, November 2, 2010

Di hujung tahun

Alhamdulillah genab juga aku menghabiskan tahun ini sebagai guru prasekolah. Dalam tahun ini aku telah menggunakan dua istilah yang berbeza yang punya sama maksud. 1. Prasekolah Pendidikan Khas  dan 2. Prasekolah Integrasi.. huhuhu tiada siapa yang memberitahu ada sebarang pertukaran istilah sehinggahlah pengalaman dan "update" diri yang memberitahu..sebelum ni aku ikut jak apa yang tela ditinggalkan kepada ku...

Betullah pengalaman mengajar. Mengajar mengurus murid yang usia cukup utk bersekolah namun tahap perkembangan fizikal dan mentalnya seperti bayi. pengalaman mengajar bekerja dengan orang2 dewasa yg org lain memikirkan kita adalah ketua dan harusnya punya tanggungjawab dia melaksanakan tugasnya. pengalaman mengajar penerimaan dan harapan ibubapa adalah berbeza dan juga perspektifnya terhadap yang aku bimbing dan urus.

Apa tugas2 dalam bulan November? Jom rujuk takwim......

·         Jamuan akhir tahun
·         Perbincangan dengan pentadbir
·         Perjumpaan ibubapa dengan pentadbir
·         Majlis Anugerah Cemerlang 2010
·         Hari Graduasi Prasekolah Peringkat Kota
      Kinabalu
·         Membuat Perancangan Program Tahun
     2011


Selain itu aku perlu manyiapkan beberapa perkara :-
1. Laporan perkembangan setiap murid
2.Submit senarai nama murid yang akan ke sekolah rendah 2011
3.Submit senarai murid yang akan memasuki prasekolah 2011
4. aduh lupa..nanti cek senarai semak semula..hehehe....


Thursday, October 28, 2010

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN
TUNJANG FIZIKAL DAN ESTETIKA –
PERKEMBANGAN FIZIKAL & KREATIVITI



SEMESTER 1

TUNJANG FIZIKAL DAN ESTETIKA – PERKEMBANGAN FIZIKAL & KREATIVITI

Selepas mengikuti aktiviti-aktiviti yang berteraskan Tunjang Fizikal dan Estetika, secara khasnya komponen
  • Perkembangan Fizikal, murid boleh melakukan kemahiran motor halus dan kemahiran motor kasar denga cara yang betul.
  • Perkembangan Kreativiti, murid boleh memperkembangkan bakat dalam bidang muzik dan seni.




SEMESTER 2

TUNJANG FIZIKAL DAN ESTETIKA – PERKEMBANGAN FIZIKAL & KREATIVITI

Selepas mengikuti aktiviti-aktiviti yang berteraskan Tunjang Fizikal dan Estetika, secara khasnya komponen
  • Perkembangan Fizikal, murid boleh melakukan kemahiran motor halus dan kemahiran motor kasar denga cara yang betul.
  • Perkembangan Kreativiti, murid boleh memperkembangkan bakat dalam bidang muzik dan seni.
  • Perkembangan Kreativiti, murid boleh menghasilkan karya seni mengikut kebolehan


***** Sila klik di sini... Contoh RPT - Fizikal

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.