Sunday, March 15, 2009


7 Mac 2009 (Sabtu) yang lalu, seramai 15 orang murid beragama Islam pendidikan khas sekitar Kota Kinabalu yang memenangi pertandingan mewarna poster Kami Cinta Rasulullah telah hadir ke Majlis Program "Kami Cinta Rasulullah s.a.w" sempena Sambutan Maulidur rasul s.a.w peringkat Negeri Tahun 1430H/2009M di Dewan Hadhari, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Majlis ini dirasmikan oleh Y.B Datuk Hj. Nasir Tun Hj. Sakaran, Menteri di Jabatan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk, Sambutan Maulidur Rasul s.a.w Tahun 1430H/2009M Peringkat Negeri Sabah.

Dengan kesempatan yang diberi ini (menggantikan Ustazah A), saya berpeluang berkenalan dengan ibubapa murid dari sekolah lain selain bertemu semula dengan ibubapa bekas murid SKBP.
Saya amat terharu dan bersyukur dengan sokongan ibubapa murid pendidikan khas ini yang begitu supportive terhadap apa - apa program yang dianjurkan oleh anak mereka. Aktiviti sebegini sebenarnya baik untuk mempertingkatkan kemahiran interaksi dan sosial murid - murid pendidikan khas. Ini kerana mereka berpeluang terlibat sama dalam progam - program yang dianjurkan oleh masyarakat luar dan masyarakat juga mengenali mereka dan bisa menerima mereka.
Semoga sambutan dan sokongan ibubapa ini tidak berhenti pada hari tersebut. InsyaAllah banyak lagi program seumpama ini akan dianjurkan yang memberlukan keterlibatan kanak - kanak istimewa ini.
******* Ya Allah semoga anak - anak ini sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera. Semoga kasih - sayang aku terhadap mereka tidak akan luntur hanya kerana tekanan orang dewasa disekililing ku.. Bantulah aku membina kasih ini..Bantulah aku menyemarak sayang ini..Bantulah aku memperkasahkan cinta ini...

0 comments

Iklan......

Amazing Autistic

 


Blogger Template By LawnyDesigns