Kanak-kanak yang hiperaktif
Daripada pengalaman saya selama 25 tahun berhubung masalah kanak-kanak,masalah hiperaktif tidak selalu ditemui di klinik kanak-kanak walaupun di negara maju seperti Eropah dan Amerika Syarikat.Keadaan ini dianggap sebagai masalah kesihatan mental yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak.
Kebanyakan kanak-kanak yang dikatakan terlalu lasak oleh ibubapa boleh dikawal dan didisiplinkan.Mereka semakin kurang lasak apabila usia mereka meningkat 8 tahun.Tetapi yang menyulitkan para ibubapa ialah apabila keadaan lasak ini menjadi tidak terkawal. Anak tak mendengar kata, asyik dengan aktivitinya,terlalu resah,tidak boleh duduk diam hampir dalam semua situasi (di tadika,di klinik,di kedai,di taman permainan)dan tidak boleh menumpukan perhatian kepada sesuatu aktiviti. Keadaan ini dikenali sebagai ‘Sindrom Hiperaktif’ atau ‘Attention Deficit’ atau ‘Hyperactive Disorder’.
Semakin negara kita menunjukkan kemajuan sosio ekonomi,serta proses ke arah urbanisasi yang pesat,masalah kanak-kanak yang tidak terkawal menjadi lebih ketara.Ini membayangkan bagaimana perkembangan jiwa kanak-kanak telah berjaya dicemari oleh pengaruh-pengaruh negatif daripada pemakanan,persekitaran, suasana keluarga dan masyarakat.Proses modenisasi telah mengubah gaya hidup masyarakat dan keluarga menyebabkan kendurnya kawalan terhadap bayi dan kanak-kanak.Ini telah menyebabkan mereka lebih terdedah kepada pencemaran yang boleh menjejaskan kesihatan kerohanian,mental dan juga fizikal mereka.
Kebanyakan kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri sindrom hiperaktif lazimnya dibawa berjumpa para profesionalmenjelang usia 5 tahun.Mereka sudah terlalu kuat sehingga ibubapa mula cemas memikirkan bagaimana anak ini hendakmenyesuaikan diri di sekolah sedangkan tadika pun tidak mampumengawal dan melatihnya.Bagaimana pula masa depan mereka?

Lebih lanjut? Sila lawat web asal : http://www.hamidarshat.com/content/view/184/166/
KECERDASAN OTAK KANAK-KANAK
Soalan.
Tuan Doktor,
Saya telah mendengar tentang mengajar kanak- kanak berenang diperingkat awal yang mana ini akan meningkatkan tahap kecerdasan dan sikap berdikari kanak- kanak. Apa pendapat doktor?
Jawapan.
Puan,
Kecerdasan pemikiran dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Faktor baka penting. Jika seseorang itu berketurunan dari orang- orang yang berilmu dan berakhlak murni, insyaallah mudahlah ciri- ciri ini membenih dalam jiwanya. Tetapi setiap individu boleh mengubah dirinya jika dia mempunyai azam yang kuat untuk mencapai matlamat yang diingininya. Dia mampu mengatasi faktor- faktor yang menyekat kemajuannya. Umpamanya walaupun keluarga, atau saudaramara yang terdekat tidak ada yang menunjukkan pencapaian yang diidamkannya kerana faktor kemiskinan, tidak mustahil baginya untuk berjaya menjadi seorang cendekiawan atau hartawan yang disegani.
Selain baka, faktor asuhan juga adalah pendorong kepada kecerdasan mental kanak- kanak. Ibu- bapa yang berakhlak mulia, mengasuh anak- anak mereka dengan baik serta memastikan yang segala keperluan anak- anak mereka dipenuhi, anak dididik,ditegur jika berkelakuan sumbang, diawasi supaya tidak terpengaruh dengan anasir anasir negatif
Semuanya ini memberi positif kepada perkembangan anak.
Makanan mempegaruhi pertumbuhan dan perkembangan fisikal, mental dan kerohaniah anak anak. Justeru itu makanan mestilah dari unsur yang bersih dan halal. Pemakinan mestilah seimbang untuk memenuhi keperluan fisikal, mental anak yang kian membesar. Tertib makan dan minum hendaklah dipupuk agar anak anak tidak menjiwai sikap rakus yang boleh menjejas pula kesihatan zahir dan batinnya. Didiklah mereka supaya kenal makanan yang baik dan mengamalkan kesederhanaan apabila makan dan minum ....

Sila rujuk : http://www.hamidarshat.com/content/view/185/166/
No comments:
Post a Comment