Maksud & Definisi T/laku :
· Semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur & dinilai
· Sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
· Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.
Definisi Menurut Lewis M.Beaker(2001)
· Sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
· Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.
Definisi Menurut Garry Martin & Joseph Pear(2003)
· tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi.
· dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ.
· pada dasarnya t/laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu.
Definisi oleh Carl Rogers (1999)
· Rogers menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan.
· Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.
Definisi Menurut Al-Ghazali dari perspektif Islam
· Tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.
· Tingkah laku manusia mempunyai ciri-ciri:
· Setiap tingkah laku manusia adalah berasaskan dorongan serta tujuan.
· Dorongan atau motivasi itu berasal dari dalam diri manusia itu sendiri.
· Motivasi ini boleh di rangsang oleh rangsangan-ransangan luar atau dalaman yang berkaitan dengan keperluan-keperluan fisiologi atau emosi seperti perasaan lapar atau cinta dan takut kepada Allah.
· Motivasi akan mendorong seseorang individu melakukan sesuatu.
· Tingkah laku yang timbul adalah berkaitan dengan perasaan dan kesedaran terhadap satu-satu situasi itu.
· Interaksi sentiasa berlaku secara terus menerus antara satu motivasi dn tingkah laku.
Tingkah laku manusia terbahagi kepada dua peringkat
· Manusia dipengaruhi oleh motivasi dan kegopohan serta kelakuannya.
· Manusia lebih dipengaruhi oleh pemikiran yang rasional.
DEFINISI SALAH LAKU
· Sebarang tingkahlaku yang dianggap tidak sesuai kepada satu tempat atau keadaan di mana ia berlaku.
· Tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat termasuk sekolah (Mok Soon Sang, 2004)
· Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat.
· Tingkah laku bermasalah yang timbul adalah kerana kekurangan keupayaan individu dalam proses adaptasi/akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran.
Definisi Tingkah laku bermasalah
· Mohd.Nazar Mohamad (1990), mentakrifkan tingkah laku bermasalah sebagai tingkah laku yang menganggu perjalanan kehidupannya.
· Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutama dalam bilik darjah.
Jenis-jenis Masalah Tingkah laku
1. Minor-tidak perlu tindakan disiplin serius, pemulihan.
2. Kronik-perlu kaunseling/teknik modifikasi
Masalah Minor
1.Tidak ikut peraturan, prosedur.
2.Ganggu aktiviti bilik darjah, pembelajaran Contoh, Lupa siapkan kerja rumah,Ganggu guru
3. Buat aktiviti yang tiada kaitan dengan pelajaran semasa p&p
4. Enggan patuhi arahan guru
Masalah Major
1. Masalah minor yang kerap
2. Contoh, ganggu kelas, tidak patuhi arahan, ganggu murid lain, cabar guru
Masalah Kronik
· Masalah serius berterusan, konsisten dan sukar diubah
· Perlu intervensi jangka panjang
· Perlu kaunseling atau modifikasi tingkah laku
· Jika tidak dibetulkan menjadi masalah emosi dan sosial yang serius
· Contoh- anti sosial, cabar autoriti,tidak hormat guru, murid lain, bergaduh, vandalisme dll.
Sejarah kpd teori Pengurusan T/laku:
· Kajian ahli psikologi :
1. Operant Conditioning (Pertalian antara t/laku & akibat) Thorndike & Skinner
2. Classical Conditioning (Pertalian antara rangsangan & tindakbalas) Watson & Pavlov
3. Teori Psychoanalytic – Sigmund Freud
4. Teori Pembelajaran Sosial – Bandura
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN T/LAKU
- Ilmu psikologi telah memberi pelbagai maklumat berkaitan perkara-perkara yg menentukan t/laku
- Pd. peringkat awal, para pengkajiberpendapat t/l disebabkan oleh kuasa dalaman spt. keturunan, kandungan kimia dlm. badan & pengalaman
- Mulai tahun 1920 an – perubahan terdapat perubahan pendapat dpd. Faktor dalaman kpd. peristiwa luaran / persekitaran
- Rumusan – ‘kebanyakan t/laku adalah dipelajari sepanjang masa’
- ‘t/laku yg tidak sesuai boleh diubah kpd. t/laku baru’
- Semua t/laku dipelajari
- Semua t/laku adalah ‘stimulus spesific’
- T/laku boleh diajar & diubah
- Matlamat perlu jelas & spesifik
- Program perlu secara individu
- Program perlu fokus masa kini
- Program perlu fokus pada persekitaran kanak-kanak
MODEL TINGKAH LAKU MANUSIA
Psychodynamic
Environmental
Biophysical
Behavioral (Model ABC)
3 comments:
salam , sy sgt berminat dgn entry ini .. sy nk jadikan rujukan sy , boleh saya dapatkan nama buku ? atau citation ?
terima kasih , semoga dimurahkan rezeki oleh Allah :)
Salam.
Saya mohon maaf. saya kurang pasti bahan rujukan yang saya gunakan dlm entry ini. Entry ini adalah hasil sebahagian daripada pembacaan saya dan tugasan saya semasa belajar.
Sekali lagi saya mohon maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan saudara.
Semoga sentiasa dalam Rahmat Allah.
Post a Comment