Friday, August 28, 2009

Tukar Streotaip Anda !

Tukar Streotaip Anda !

KEKUATAN ORANG ADHD:
Ø Kecerdasan lebih tinggi (higher intelligence)
Ø Kreativiti (creativity)
Ø Belas kasihan (compassion)
Ø Sangat berfokus (hyper-focus)
Ø Daya bergerak tak terhingga (unstoppable drive)
Ø Keupayaan menyelesai masalah yang tinggi (increased problem solving ability)
Ø Ketahanan diri (resilience)
Ø Sifat gerak hati (intuitiveness)
Ø Keupayaan melihat isu dan masalah dari perspektif lain
(ability to look at problems and issues from a different perspective)

MIRIP CIRI-CIRI PENGURUS TINGGI (CEO)


KEKUATAN ORANG DISLEKSIA:
Ø Cerdik berbakat dan kreatif (bright, talented & creative)
Ø Aptitud mekanikal (mechanical aptitude)
Ø Keupayaan dalam arkitek, seni kreatif & kejuruteraan
(ability in architecture, creative arts and engineering)
Ø Berbakat dalam muzik (musical gifts)
Ø Kehandalan dalam olahraga (athletic prowess)
Ø Kemahiran sosial yang tinggi (advanced social skill)
Ø Berbakat bidang jualan, komputer, teknologi, sains & matematik
(talents in sales, computer, technology, science & mathematics)


MIRIP CIRI-CIRI PERSONALITI BIDANG KHUSUS

Sumber: Bahan Seminar

Al Fatihah....



PEMERGIAN tokoh akademik dan ekonomi negara, Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh, 62, adalah satu kehilangan besar dan tiada gantinya kerana pengorbanan Allahyarham yang tidak terhitung dalam mengangkat martabat dunia pendidikan, membantu memacu ekonomi negara dan membela nasib golongan orang kurang upaya (OKU). Bagi anak ketiga Allahyarham, Aqilah Zafirah Hanis, 17, berita pemergian bapa yang diterimanya pada jam 4 pagi semalam, memang mengejutkan keluarganya kerana mereka sepatutnya menyambut kepulangan Ismail, pagi semalam dan bakal meraikan hari jadinya ke-62 pada 2 September depan. “Ayah mengalami penyakit buah pinggang tetapi ketika bertolak ke Beijing, Selasa lalu, kesihatan ayah baik,” katanya.
Teman rapat Ismail - bekas menteri Kabinet, Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman, berkata berita sedih pemergian pakar ekonomi itu yang diterimanya menerusi SMS awal pagi semalam, sungguh memeranjatkan kerana dia tidak mengetahui sebarang masalah kesihatan yang dialami Allahyarham. “Saya mengenali Ismail sejak 1970 ketika dalam penerbangan ke New York dan ketika di universiti, saya banyak membantunya dengan membacakan buku kepadanya dan hubungan baik kami bertahan hingga sekarang. “Bagi saya, dia seorang rakan yang baik, memiliki kecerdasan otak yang luar biasa, rajin belajar walaupun ada kekurangan diri dan berjaya membuktikan kemampuannya sehingga memiliki PhD.
“Dia juga seorang yang dedikasi dan memberi seluruh tumpuan terhadap sesuatu perkara yang dilakukannya. Semangatnya untuk membantu OKU dan mengangkat martabat masyarakat Melayu khasnya bagi kelas pertengahan sungguh mengagumkan, malah Allahyarham juga sentiasa fokus terhadap arah ekonomi yang mahu kita tuju,” katanya. Siti Zaharah berkata, sikap Allahyarham yang tidak pernah melupakan rakan walaupun sudah memiliki kedudukan tinggi dalam kerjaya sangat menyenangkan mereka, malah beliau sangat kreatif dan sering menjadikan pepatah ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’ sebagai panduan hidupnya. “Kita kehilangan seorang permata kerana Allahyarham adalah seorang yang sangat dihormati di negara ini dan sangat konsisten dalam penguasaan ilmu,” katanya.
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin pula menyifatkan Allahyarham banyak memberikan sumbangan, idea bernas dan input untuk kerajaan ketika menyertai Kumpulan G15, serta menyediakan memorandum kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Ekonomi dan Pembentukan Bangsa.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi, berkata Allahyarham adalah seorang ikon yang berjaya walaupun kurang upaya, malah kekuatan semangat yang dimilikinya melebihi orang normal. Allahyarham disahkan meninggal dunia ketika dalam penerbangan dari Beijing ke Kuala Lumpur melalui Singapura pada jam 3.50 pagi semalam. Allahyarham yang berada di Beijing dengan ditemani isterinya, Datin Hasnah Wahab, 51, sejak Selasa lalu atas urusan rasmi, sepatutnya pulang ke tanah air kelmarin, tetapi perjalanan itu ditangguhkan hingga semalam, atas sebab tertentu. Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, Ismail yang juga satu-satunya cendekiawan yang cacat penglihatan di negara ini, tidak pernah meninggalkan isterinya jika beliau keluar rumah. Malah Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di depan isteri tercinta.
Anak kedua daripada sembilan beradik, Ismail yang tamat belajar hingga Tingkatan Enam Atas dan kemudian mendapat biasiswa Mara untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat, mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pertama daripada komuniti OKU pada 18 Disember 2007. Melalui kehidupan yang penuh ranjau dan duri untuk mengejar kejayaan di sebalik kecacatan penglihatan yang dialami sejak berusia 13 tahun, tidak pernah menjadi penghalang untuk Ismail mencapai apa yang diingininya, sehingga mampu memperoleh kelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang ekonomi dan politik dari University of New York. Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Universiti Antarabangsa Twintech (IUCTT) dan Presiden Persatuan Kebangsaan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Bumiputera Malaysia, mengakui terpaksa melalui banyak diskriminasi akibat kecacatan yang dialaminya itu.
Susulan itu, sebaik dilantik sebagai Senator yang dianggap sebagai detik paling manis dan bersejarah dalam hidupnya, beliau berazam untuk mengangkat martabat OKU bagi membantu golongan berkenaan menerusi pandangan, pendapat dan cadangan pelbagai isu yang dibangkitkannya pada forum tertinggi negara.
Bapa kepada enam anak, Ismail yang juga Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech dan bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (Isis) turut menjadi antara lima tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun lalu. Pemilihannya itu adalah pengiktirafan yang diterima Ismail terhadap sumbangannya dalam beberapa bidang seperti pendidikan dan ekonomi, selain kerja amal yang dilakukannya bagi membantu OKU. Tidak hanya memperjuangkan nasib OKU, Ismail turut prihatin terhadap nasib pekerja di negara ini apabila mencadangkan kepada kerajaan supaya melaksanakan dasar gaji minimum dalam pelaksanaan model baru ekonomi yang dirancang jika mahu meningkatkan produktiviti dan inovasi di kalangan pekerja.
Lain2 Berita: Bernama

Sunday, August 23, 2009

Saling Memahami

Perbicaraan berkisar tentang aku dan anak2 murid ku...
CERITA 1

Aku cuba untuk berfikiran positif terhadap pandangan mereka2 ini terhadap aku, anak2 murid ku dan juga rakan seperjuangan ku yang lain. Beranggapan mereka2 ini sebenarnya KURANG ARIF atau KURANG TAHU tentang pendidikan Khas dan juga "warga" didalamnya serta "sistem" yang digunakan.
Dengan KEKURANGAN itu, apa saja tanggapan dan dugaan mereka fikirkan, katakan, luahkan dan juga ceritakan. Mereka boleh menganggap apalah saja dengan mengajar hanya 6 orang murid, itu kalau hadir semua..kalau 3/4 org sahaja yang hadir..lagi goyang kaki.. Mereka boleh merasa "tak sepadan" dengan DG41 dengan menjadi guru PK. Mereka boleh merasa pelik apabila ada yg berdegree sains/jurutera mengajar murid2 OKU. Auwwwhhh...apa sajalah yg mereka tanggapkan.
Mungkin juga KEKURANGAN mereka itu ditambah dengan KEKURANGAN kita sendiri. Bertegaslah dengan apa yang kita ada. Kemahiran kita, keperluan anak2 itu, kesesuaian p&P untuk anak itu. Yang penting alternatif kita untuk memperbaiki sistem lapuk, inisiatif kita memperbaiki p&p, kesugguhan kita untuk membantu anak2 ini. Dan juga KEYAKINAN kita untuk menjawab segala persoalan2 mereka2 yang KURANG ARIF ini. KEYAKINAN kita untuk memberi penjelasan tentang apa yg mereka kurang jelas. Kalau kita TIDAK YAKIN, pastinya kita juga dipandang SERBA TAK TAHU walau kita dalam bidang ini.
Untuk mereka2...
Banyakkan baca...layarilah internet...Jawapan segala persoalan anda ada di sana. Peleraian segala dugaan anda juga ada..Cari, ambil peluang ini utk mengenali kami. Kerana mungkin suatu hari nanti kamu mungkin ditakdirkan bersama dengan kami. Masa depan kita tiada siapa yang pasti tahu..
************************************************************************
CERITA 2
Cuti seminggu...Respon ibubapa.
Ada ibu yang mengatakan bahawa anaknya akan mengamuk kalau tak p sekolah. Dia suka sangat p sekolah. Aku bertanya kalau2 dirumah dia tiada kawan. Kata ibunya hanya ada adik beradik yang lain. Mungkin disekolah lebih menyeronokkan baginya. Di sekolah mereka boleh bermain dan belajar bersama rakan "sesama" mereka. Yang lainnya ok2 aja. Duduk di rumah. yang ada terapi, akan pergi pusat terapi.
CERITA 3
Kencing dalam seluar...Bapa berkongsi masalah.
Anaknya 2 minggu kebelakangan ini suka kencing merata semasa di rumah. Pelik. Di sekolah pandai pula dia pergi tandas sendiri. Kalau aku bawa ke kelas PKBP atau Kantin pandai pula dia beritahu nak kencing. Kenapa erk? Berdasarkan pengalaman....selalunya budak TERkencing atau TERberak (selain cirit birit) ni, dia ada perasaan takut (selain daripada budak yg tak tahu memberitahu atau org dewasa yg tidak faham bahasanya). Itu berdasarkan pengalaman menjadi guru PKBP...
Jom kongsikan maklumat ini pulak...Sila klik Di sini untuk maklumat lanjut..
Kurang perhatian pengaruhi personaliti anak-anak-->
Menurut salah seorang pengasuh, Nina seorang kanak-kanak yang ceria dan tidak menghadapi masalah di pusat jagaannya. Namun menurut ibunya, Rozie Haizan, 30, di rumah Nina berubah menjadi seorang kanak-kanak yang pendiam dan seringkali menahan untuk membuang air kecil.Perlakuan pelik Nina yang gemar menahan kencing menyebabkan dia kerap terkencing dalam seluar dan seterusnya membangkitkan kemarahan ibunya. Situasi membingungkan yang dihadapi Rozie, mungkin juga berlaku pada kebanyakan ibu bapa.Ia merupakan konflik personaliti kanak-kanak yang berbeza pada dua keadaan iaitu di pusat jagaan kanak-kanak dan di rumah. Persoalannya, apa yang mendorong atau menjadi punca keadaan tersebut berlaku pada kanak-kanak seperti Nina? Menurut Rozie, ketika berusia setahun, anak tunggalnya itu tinggal bersama ibunya di kampung kerana Rozie tidak yakin untuk melepaskan anak kesayangan yang masih kecil ke pusat jagaan kanak-kanak.Apabila berusia dua tahun, Nina kembali tinggal bersamanya. Bagi memantau anaknya ketika dia dan suami keluar bekerja, Rozie mengambil seorang pembantu rumah. Memasuki usia tiga tahun, Nina dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak dan masalah menahan air kencing mula menjadi tabiat anak kecil itu.

Monday, August 10, 2009

Ciri - ciri Autisma : Kelainan dalam tingkah laku

Pernahkah anda menghadapi situasi di mana anak / murid Autisma anda mengamuk tanpa terkawal yang adakalanya boleh mencederakan dirinya atau orang lain terutama apabila kemahuannya tidak dipenuhi?.
Menghempas badannya/kepalanya ke lantai atau dinding, menggigit dirinya/orang lain, memukul kepalanya, mencederakan tangannya, menarik rambutnya, menghempas bangku kelas, mengoyakkan bajunya dan menggigit butang bajunya merupakan antara tingkah laku yang sering dilakukan oleh kanak2 Autisma apabila kemahuannya tidak dipenuhi atau menunjukkan kemarahannya.
Hari ini saya menghadapi situasi di mana Es mengamuk dan menghempaskan kepalanya ke lantai simen dan juga badannya ke pintu. Es marah ekoran saya tidak membenarkan dia mengurung diri di dalam stor setelah saya membuka stor untuk mengambil kad manila. Dan tingkah laku ini sering dilakukannya samada di sekolah mahupun di rumah. Saya memerhati tingkah laku Es (dengan kawalan) itu memandangkan saya baru sahaja menjadi guru mereka (saya kini guru pra sekolah pend. khas...baru 2 minggu) untuk melihat tindakan ES seterusnya. Es menghempaskan kepalanya di lantai, badannya di pintu dan menterbalikkan 3 buah kerusi dan kemudiannya Es kembali dengan dunianya. Maknanya amukkannya sudah habis dan Es tidak merasakan sebarang kesakitan (antara lain ciri Autisma ialah tidak memperdulikan bahaya/tidak tahu bahaya).







Mendidik anak Autisma menuntut kesabaran ku apatah lagi 99% murid jagaan ku adalah autisma yang juga memiliki ciri2 Autisma yang berbeza.

Thursday, August 6, 2009

Aktiviti PKBP

Sukan Mini Special Olympics Kota Kinabalu ke 11 telah berlansung di Stadium Penampang pada 2 Ogos 2009 bersamaan hari Ahad. Acara bermula sewal 7.30 a.m dan berakhir 3.30 p.m. Seramai 16 kontinjen terlibat dalam sukan tahunan ini. Dan tahun ini kontinjen yang terlibat adalah meningkat berbanding tahun - tahun sebelumnya. Untuk tahun ini, seramai 13 buah sekolah intergrasi, sebuah pusat komuniti (PDK Ranau) dan dua buah NGO yang terlibat.
Manakala Majlis Perasmian berlansung pada jam 9.00 a.m yang telah dirasmikan oleh Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas. Dalam ucapan beliau, beliau ada menyatakan bahawa golongan istimewa ini juga punya keinginan, kemahuan dan impian seperti mana orang biasa seperti berkahwin, bekerja, belajar mahupun bersukan. Sehubungan dengan itu adalah tanggungjawab kita untuk menyediakan peluang itu dan InsyaALLAH Allah mempermudahkan usaha murni kita. Beliau juga mengucapkan tahniah JK Sukan Mini Special Olympics kerana mampu mengumpulkan 16 kontinjen dalam kejohanan seumpama ini.
Sebelum itu, dalam ucapan Pengerusi SO Kota Kinabalu, beliau ada menyatakan bahawa Sukan SO peringkat KK ini merupakan platform untuk pemilihan atlit untuk Sukan Special Olympics peringkat seterusnya.
”let me win, but I cannot win let me brave the attempt”.Align Center

Sambutan Israk Mikraj Peringkat Pendidikan Khas.
Aktiviti ini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada murid - murid PKBP tahu akan sambutan - sambutan penting lain selain Hari Raya bagi umat Islam selain memberi pendedahan kepada murid2 ini ttg apa itu Israk Mikraj dan kisah disebaliknya. Akiviti yang dilaksanakan ialah ceramah Israk Mikraj dan kuiz untuk murid2 Islam. Manakala murid bukan Islam diadakan pertandingan mewarna pada masa yang sama. Selepas itu, aktiviti bacaan Surah Yassin secara beramai2, murid dan guru2 PK.
Dalam ucapan GB, beliau sangat berbangga atas usaha Bidang Kerohanian dan Nilai-nilai Murni melaksanakan program sebegini. Ini bukan sahaja memberi peluang kepada murid PK mengetahui Israk Mikraj malah, aktiviti sebegini juga merupakan aktiviti pembelajaran bukan dalam bilik darjah yang lebih praktikal untuk murid sebegini. Semoga usaha murni ini akan diteruskan untuk masa hadapan.

Perlantikan Pengawas Murid Pendidikan Khas.

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.