BATU PAHAT 18 Sept. - Seramai 40 murid pendidikan khas dan tahun enam Sekolah Kebangsaan Lubok (SKL), Semerah bergotong-royong bersama 20 guru menjayakan program Gema Syawal dengan memasak 200 batang lemang semalam.
Guru Besar SKL, Abdul Halim Samad berkata, program berkenaan diharap dapat mengeratkan hubungan serta rasa tanggungjawab antara guru dan murid pendidikan khas sekolah berkenaan.
Program yang dibimbing oleh seorang mentor, Mohd. Anuar Ismail itu nyata memberi peluang kepada murid-murid istimewa itu bersama-sama memasak dengan guru mereka di samping merasai kemeriahan sambutan menjelang 1 Syawal.
Menurutnya, program itu juga untuk mendedahkan murid-murid berkenaan mengenai makanan tradisi hari raya yang terdapat di dalam negara walaupun ia bukan makanan tradisi negeri Johor.
Melalui aktiviti itu, ia dapat melatih murid-murid tersebut bersifat sabar dan dedikasi serta fokus dalam melakukan sesuatu kerja serta melatih mereka melakukan sesuatu secara berpasukan.
Selain didedahkan dengan cara penyediaan lemang, peserta turut memasak serunding daging, memarut kelapa, memerah santan, menyabit kelapa dan membakar lemang.

SUMBER: Utusan Online
7 comments:
semuga : anak2 istemewa terus dilihat keistemewaaan mereka......
Yah...
DiLIHAT keistimewaannya...
salam aidilfitri.. mesti dorang sronok, sy dpt rasakan apa yg mereka rasa.. makasih pd yg telah memeriahkan utk mrk :D
Salam Aidilfitri Kak Maiyah..
Saya dapat bayangkan keseronokkan mereka... Anak2 istimewa ni..kalau diberi kesempatan...Mereka sangat gembira..
Yah..Makasih kepada warga, guru2, ibubapa SK Lubok kerana memberi kesempatan itu..
Saya nak amik sebagai idea...
Thanks..
Salam...
Seronoknya tgk diorang bakar lemang..mesti happening kan..
1 pengalaman manis buat mereka semua kan...
assalammualaikom
wah-wah kita baru buat biskut raya dia dah bakar lemang....
terima kasih atas komen di http://bloganakkhas.blogspot.com
assalammualaikom...
hebatnya cikgu2 sana aktiviti terangkat habis....
kami baru nak buat biskut dia siap bakar lemang tabik spring..
terima kasih atas komen di himpunan blog ppki....
Post a Comment