Bagaimana cikgu-cikgu "normal" ni nak tahu yg murid dia tu kategori khas...?
kalau dah buat diagnosis daripada doktor tak payalah tanya lagi kan... Soalan2 ni sebelum kita hantar anak tu g jumpa doktor....
Bukan apa...kesian dgn anak2 tu kalau kita lambat kesan "khasnya dia"..
Kesian jg klu cikgu2 ni suka - suka dia jak hantar murid yg 'lewat' atau 'nakal' lain drp yg lain ke kelas pendidikan khas. nak buat ujian konon.... ujian dah berkali2 dibuat..hasil mengatakan NORMAL..tapi nak hantar juga... ermmm.....
Lebih awal kita mengesan anak kita adalah lebih baik....... jom kita senarai semak ciri-ciri anak2 berkeperluan khas ini..senari semak ni berdasarkan pembacaan, rujukan dan pengalaman saya... melalui ciri-ciri/petanda awal ini kita melihat kepada perkembangan sepatutnya dan perkembangan tidak sepatutnya anak kita itu sesuai dgn umurnya atau tidak....
CIRI - CIRI ANAK BEKEPERLUAN KHAS.
1. Tidak dapat mengenalpasti, memahami atau membezakan perkara asas berdasarkan kategorinya. contohnya anjing, kucing, ayam adalah haiwan, seluar, baju, stokin adalah pakaian, merah, biru adalah warna dll.
2. Tidak dapat berkomunikasi dgn baik. Penyebutan patah perkataan tidak jelas, sukar utk mencari perkataan yg mengekspresikan perasaanya/kemahuannya.
3. Sukar memahami / memberi respon kepada dua atau lebih arahan dalam satu masa. Cth, Ikmar ambil pemadam itu dan berikan kepada cikgu... Ambil pemadam 1 arahan, berikan kpd cikgu arahan ke 2.
4. Tiada perasaan. Tidak menunjukkan keterujaan, ingin tahu, keseronokan dalam kebanyakan perkara atau situasi.
5. Sukar untuk memegang benda-benda kecil, membutang baju.
6. Sukar mengawal diri apabila marah atau kecewa.
7. Sukar memegang pensel dan gunting dengan betul.
8. Sukar melakukan aktiviti memanjat, membaling-menyambut bola, menendang-menahan bola, berbasikal, melompat, berjalan lurus atau berlari.
9. Sukar memberi fokus pd satu-satu perkara.
10. Mengelak untuk berinteraksi dgn org lain. tidak mahu berkawan.
11. Bermasalah dalam pengurusan diri seperti mencuci tangan, memakai baju dan membersihkan diri selepas membuang air besar/kecil.
*****Ciri-ciri ini adalah secara general saja. Biasanya berlaku pada usia yang tidak sepatutnya. Contohnya anak sudah berumur 6 tahun namun kemahirannya masih pada tahap umur 3 tahun.
DAN APA YG PERLU DILAKUKAN???
1. Berjumpalah dengan doktor pakar untuk pastikan samada anak itu betul2 bermasalah atau sebaliknya. Ini perlu bagi menentukan anak itu ada masalah pembelajaran atau pendengaran atau kedua-duanya.
9 comments:
salam...
saya berminat dengan isi blog ni..
jemput la melawat blog hariz..
Alhamdulillah semoga para ibubapa dan guru peka...
Salam ummu masyitah...
Sama-sama peka dan faham...jadi komunikasi pun berkesan..
assalammualaikom
anakkhas lagi3lah suka blog nie semua yang di post kan sangat100x berguna tahniah cikgu ari teruskan usaha murni anda... boleh anakkhas copy info di sini dan poskan di himpunan blog pendidikan khas? sebagai promosi dan infomasi semua guru dan ibu bapa...
Anak Khas..
Silakan...Kita kongsikan ilmu yg kita ada....
Thanks..
semoga orang tua lebih peka :D
Assalamualakum..salam perkenalan.
Tips yang sgt berguna. Do check out our blog at http://skskppki.blogspot.com. We can share some ideas and informations about the special need students. Thank you...=)
Info ni sangat bagus...
salam ari, tahniah. blog yg penuh dgn info. saya pun nak mintak izin boleh tak saya nak ambil info2 dlm blog nii?
Post a Comment