Hari ini saya datangngi oleh seorang ibu. Si Ibu yang bertanyakan berkaitan dengan kelas ku, murid ku dan pembelajaran di kelas ku. Pertayaannya berkaitan dengan anaknya yang baru berumur lima tahun (lahir tahun 2005) dan seorang Sindrom Down.
Awal pertemuan kami saya melihat Ibu ini merupakan ibubaa yang mudah dibawa berbincang dan memahami tugas guru dan juga bagaimana anaknya itu harus didik sesuai dengan tugas dan keadaan anaknya. Saya menyarankan beliau untuk terus ke sektor pendidikan khas sekiranya mahu urusan kemasukan anaknya ke prasekolah......
Secara ringkas proses kemasukan ke prasekolah pendidikan khas ialah :
1. Setelah mengetahui anak mengalami masalah pembelajaran...(setelah buat ujian/dianogstik doktor) usahakan dapatkan Kad OKU drpd Jabatan Kebajikan.....
2. Buat permohonan ke Sektor Pendidikan Khas (Sabah, kalau negeri lain saya kurang pasti) untuk kemasukan ke sekolah rendah atau prasekolah pendidikan khas.
3. Unit Pendidikan Khas akan mengeluarkan surat ke alamat anda untuk membawa anak anda untuk ujian kemasukan di sekolah yang berdekatan (yg berdekatan dgn rumah anda / alamat anda/ sekolah yg anda pohon).
4. Setelah ujian penilaian dibuat, sekolah akan menghantar laporan ujian ke Unit Pendidikan Khas.
5. Anda akan menerima satu surat dari unit PK untuk mendaftarkan anak anda ke sekolah tersebut untuk tempoh percubaan.
6. Jika tempoh percubaan melayakkan....layaklah anak anda utk bersekolah di sekolah tersebut.......
Berikut adalah syarat kemasukan ke Program Prasekolah Pendidikan Khas;
1. Berumur 5 tahun dan keatas
2. Disahkan oleh Pengamal Perubatan dan
3. Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
Dan saya juga didatangi oleh seorang Ibu..................dalam blog ini dan pertanyaannnya....
Puan Khalida.
Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian puan berkunjung ke blog saya ini. Dan kunjungan ini saya pasti ekoran daripada keperihatinan Puan terhadap apa yang berlaku terhadap anak Puan dan perasaan Puan kini. Dan seperti yang saya nyatakan dlm jawapan saya kpd yg bertanya sebelum ini, saya seorang guru pendidikan khas yang sedang dan masih mempertingkatkan ilmu serta kemahiran dan bukan pengamal perubatan utk anak2 istimewa ini.
Berdasarkan bacaan saya dan pemahaman saya, anak Puan ada simptom ADHD dan sekarang belajar di kelas aliran perdana yakni bukan di kelas khas.
Soalan 1. Salam, saya seorang ibu yang mempunyai anak lelaki berumur 11 tahun yang mempunyai simtom ADHD. Saya mengalami masaalah dengan guru-guru disekolahnya kerana keadaannya yang adakalanya berada di luar kawalan. Walaubagaimanapun dia antara pelajar cemerlang dari segi pelajaran kerana dia mendapat penekanan dari saya di rumah. ini kerana adakalanya dia tidak memahami apa yang dipelajarinya kerana kurang tumpuan.
Jawapan 1. Salam juga, Seperti yang Puan telah nyatakan, anak Puan mempunyai simptom ADHD. Antara simptom ADHD ialah kurang fokus / fokusnya singkat dalam satu-satu perkara atau dalam menyiapkan tugasan. Puan ada menyatakan anak Puan adakalanya dalam "keadaan yang luar kawalan " namun cemerlang dalam mata pelajaran. Satu yg positif sekiranya anak Puan seorang yg cemerlang dalam mata pelajaran walaupun kurang tumpuan dan mengalami masalah memahami pembelajarannya. Apapun saya syorkan kepada Puan untuk membawa anak Puan untk menjalani Diagnostik Pakar Psikatri Kanak-kanak untuk memastikan samada anak anda betul-betul ADHD atau ADD atau hanya Hyperaktif atau sebaliknya.
Soalan 2. Adakalanya saya memang ada rasa kecewa kerana saya tak tau ke mana atau bagaimana untuk mengatasi masalah ini.
Jawapan 2. Seperti yang saya syorkan diatas. Segeralah berjumpa dengan pakar kanak-kanak yang berdekatan.Biasanya hospital kerajaan ada satu unit khas untuk masalah kanak-kanak. InsyaAllah ada jawapannya.
Atau sebagai langkah permulaan, Puan juga boleh bertanya kepada guru - guru pendidikan khas di sekolah berdekatan berkaitan prosedur yang biasa dilakukan oleh ibubapa. Biasanya setiap negeri ada sekolah integrasi pendidikan khas dan saban tahun semakin banyak di bina.
Puan juga boleh ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan maklumat apa yang perlu untuk anak Puan.
Apapun, yang penting Puan berjumpa pakar untuk mengesahkan yang anak Puan adalah benar-benar ADHD...
Sekiranya anak Puan benar-benar ADHD, sebetulnya anak Puan berada di kelas Pendidikan khas. InsyaAllah guru2 pendidikan khas lebih memahami anak Puan. "tindakan luar kawal" anak Puan mungkin tidak seberapa mengejutkan guru pendidikan khas berbanding guru kelas perdana. Puan juga perlu faham bahawa "tindakan luar kawal" anak Puan mungkin menganggu pembelajaran rakan2 sekelasnya sekarang dan juga pengajaran guru.
Kalau di Sabah. Puan boleh rujuk di Entry lalu saya.... Klik di sini
Soalan 3. membaca blog cikgu memberi pengharapan yang lebih baik kerana adanya orang yang memahami masalah yang saya hadapi. Namun begitu saya agak risau kerana tahun depan dia akan mengambil UPSR.
Jawapan 3. Tahniah. Pintu hati Puan telah terbuka untuk memahami anak Puan dan juga Puan sendiri. Dan kami guru-guru Pendidikan Khas ditakdirkan untuk turut sama dalam membantu memberi panduan dalam konteks situasi Puan kini. Sekiranya anak Puan sudah disahkan oleh pakar yang anak Puan adalah ADHD dan ditempatkan di sekolah integrasi pendiidkan khas, sy fikir Puan boleh meminta penangguhan menduduki UPSR utk setahun lagi. Itupun kalau penangguhan itu adalah satu jalan yang terbaik. Apapun perbincangan ibubapa dan guru (guru pend. khas) adalah penting.
soalan 4. Memikirkan masalahnya disekolah saya berharap mendapat nasihat dan saranan tentang apa yang patut saya lakukan untuk mengatasi masaalah ini. Saya tinggal di kelantan dan mungkin cikgu boleh membantu saya. Membaca blog cikgu membuat saya lebih sedar dia perlukan sesuatu yang khusus cuma saya tak tau dimana atau bagaimana saya patut menyelesaikan masalah ini.
Jawapan 4. InsyaAllah Puan. Saya membantu semampu saya.
Apapun terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih atas nasihat yang akan saya perolehi daripada cikgu.
wassalam.
khalida
January 28, 2010 10:15 AM
Sekian Terima Kasih. Saya hanya berkongsi daripada pengalaman dan ilmu yang saya ada.
1 comment:
Salam,
Terima kasih atas penjelasan yang telah cikgu berikan. Saya amat menghargai segala pandangan dan saranan yang telah cikgu berikan. Mungkin bagi orang lain nasihat itu adalah sesuatu yang biasa tapi bagi saya ia amt berharga dan mungkin dapat membantu saya untuk memberi lebih kebaikan kepada anak saya. Apapun sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan semoga usaha murni cikgu ini akan terus diberkati Tuhan. Semoga cikgu akan meneruskan usaha murni cikgu dalam memberi penjelasan buat mereka yang memerlukan panduan dan dorongan. sekali lagi ribuan terima kasih...
Wassalam,
Khalida.
Post a Comment