Tingkahlaku Kanak-Kanak SD
• Mempunyai kesukaran berkomunikasi
• Mempunyai kesukaran mengurus diri – umur biologikal & umur akal juga latihan di rumah mempengaruhi
• Sistematik yang biasa disalah fahami sebagai degil
• Lambat di dalam proses melakukan sesuatu aktiviti
• Kerapkali bercakap bersendirian seolah-olah berkomunikasi dengan seseorang
• Dari segi emosi, mempunyai perasaan serta memahami setiap perbualan
• Mempunyai pemikiran yang mudah & sukar memikir secara abstrak atau berbeli-belit
• Menuntut apa yang dijanjikan kepadanya
•
• Perlu dikawalselia dan kawasan mesti selamat. Mesti memastikan pintu pagar rumah sentiasa dikunci. Contoh kes-kes yang hilang
• Mesti dilatih menjaga maruah diri & memberitahu apa yang tidak boleh dilakukan. Umpamanya memakai tuala semasa mandi
Tingkahlaku Murid SD…
• Dapat menguruskan diri serta melakukan apa sahaja sekiranya dilatih dan dididik dengan nilai-nilai murni umpamanya mencium tangan, bersalam, makan sendiri, ucapkan terima kasih, minta maaf
• Belajar melalui pemerhatian - contoh
Cara Penambahbaikan Pengajaran & Pembelajaran Untuk Kanak-Kanak
• Umur biologikal tidak sama dgn umur akal
• Otak manusia berkembang pesat dalam masa 0-2 tahun. Oleh itu kanak-kanak dgn SD perlu menjalani ISP pada tahap umur 0-3 tahun dan EIP dari 3 – 6 tahun sebelum menjalani pendidikan khas di sekolah
• Setiap orang dari mereka mempunyai kelebihan dan kelemahan berlainan. Oleh itu memerlukan RPI yang bersesuaian
• Memerlukan bahan pengajaran yang berpandukan deria penglihatan dan bukan deria pendengaran
• Mempunyai kesukaran mengeluarkan kata-kata (tidak dapat bertutur sebagaimana beliau memahami pertuturan)
• Program Pemulihan perlu berjalan seiring disekolah – Pemulihan Pertuturan, Pemulihan Cara-Kerja dan Fisioterapi (Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas- 3PK);
• Kelambatan penguasaan bahasa menyebabkan mereka mempunyai pengetahuan am yang kurang jika dibanding dgn murid biasa;
• Mereka mempunyai daya ingatan yang singkat dan pengajaran perlu diulangi;
• Perlu diberi peluang untuk menggunakan respon motor umpamanya menggunakan isyarat tangan;
• Pengajaran & pembelajaran perlu menyeronokan untuk mereka mengikuti secara aktif.
Keperluan Khas Murid dengan SD
• Kasih Sayang dan Penerimaan Keluarga dan Masyarakat
• Sokongan Padu dari setiap Ahli Keluarga
• Menjalani Program ISP, EIP dari lahir
• Menjalani Program Pemulihan – Terapi Pertuturan, Terapi Pekerjaan (OT)
• Menjalani Ujian Saringan Penglihatan & Pendengaran sebelum Mendaftar ke Sekolah
• Mendapat Pendidikan Pra-Sekolah, Rendah, Menengah, Vokasional
• Peluang Pekerjaan & Penjanaan Pendapatan
• Hidup Berumah-Tangga – Surjit & Carrie
• Kesejahteraan Hidup di Usia Emas
Keperluan Khas Keluarga
• Menerima Hakikat & Reda dengan Kurniaan Tuhan
• Sabar
• Sokongan Padu sesama Ahli Keluarga, Keluarga Terdekat & Masyarakat
• Mendapat Maklumat Bagi Membesarkan Anak dengan SD
• Menjadi Ahli Persatuan
Keperluan Khas Prasarana Sekolah
• Suasana Selamat – Pintu masuk di kunci pada waktu persekolahan
• Masyarakat Sekolah – Pengetua, Guru, Murid & Staf Pentadbiran & Keselamatan yang prihatin & memahami tingkahlaku murid SD
• Asesibiliti kelas yang sesuai – Tiada longkang besar, penempatan yang sentral, tingkat bawah
Keperluan Khas Guru
• Sabar, Penyayang & Passionate
• Memahami Tingkahlaku murid SD dan bagaimana untuk menangani sekiranya timbul masalah
• Mendapat latihan secukupnya mengenai RPI(Student-Based) dan Teknik Mengajar yang bersesuaian
• Garispanduan untuk perlaksanaan kurikulum dibekalkan kepada Guru
• Bantuan & Khidmat Bantu dari JPN & JPK
• Kreatif di dalam Pengajaran & Pembelajaran
• Bekerjasama dengan Ibu-Bapa
Keperluan Khas Kurikulum/Bahan Pengajaran/Teknik Pengajaran
• Kurikulum Alternatif
• Bahan Pengajaran – Buku Teks & Buku Latihan perlu dicetak dalam huruf besar
• Teknik Membaca & Menulis menggunakan kaedah phonetik /e-Extra
• Bahan Pengajaran yang sesuai untuk visual learners umpama Alat Bantu Mengajar, Softwares, Picture Enhance Communication System.
• Teknik Pengajaran yang kreatif & Cross-Curricular
• Menggalakkan penampilan idea-idea kreatif & inovatif dalam perlaksanaan pembelajaran dari kalangan guru-guru melalui forum atau simposium berkala
Keperluan Khas Pentaksiran
• Pentaksiran serta pensijilan alternatif yang berasaskan pencapaian kemahiran dan diiktirafkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia & Kementerian Sumber Manusia
• Pentaksiran berbentuk formatif dan bukan summatif
Sumber:
Hand out Keperluan Khas dan Pendidikan Anak-Anak dengan Sindrom Down ;
Profesor Madya Dr. Sharifah Zainiyah Bt. Syed Yahya;
2 comments:
terima kasih berkongsi ilmu ini. anak saya SD...saya perlukan maklumat seperti ini. harap terus beri maklumat.
saya amat memerlukan pengetahuan secara detail mengenai fisioterapi bg bayi yg baru lahir hngga 3 thn. memandangkn saya bekerja dan kdg2 tdk dpt mghagiri sesi fisio yg d adakan d klinik kerajaan. terima kasih..
Post a Comment