ISU #1
Hari
OKU Sedunia pada tahun 2018 membawa tema “Memperkasakan golongan OKU dan
menjamin inklusitif dan kesamaan- rataan.” Menurut United Nation (UN), tema pada tahun
2018 ini memberi fokus kepada memperkasakan golongan OKU dalam perkembangan
program inklusif, kesama- rataan dan kemampanan dalam mencapai Agenda 2030
untuk Perkembangan Kemapanan. Malaysia dalam usaha merialisasikan Agenda 2030
telah merangka dan melaksanakan program kelestarian perkhidmatan untuk golongan
kurang upaya (OKU) ini. Malaysia melalui
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah membuat
laporan kepada United Nation progress pelaksanaan Agenda 2030,(SINGH n.d.). Majlis OKU
Kebangsaan yang ditubuhkan pada 2008 dan dipengerusikan oleh Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti akan menyelia pelaksanaan polisi
nasional dan merancang aktiviti berkaitan OKU. Majlis ini juga bertanggunjawab
mencadangkan perkara berkaitan OKU seperti kesihatan OKU, kebajikan OKU,
pemulihan OKU daan seumpamanya.
Majlis OKU Kebangsaan terdiri
daripada enam jawatan kuasa yang memainkan peranaan penting dalam memastika
kelestarian kebajikan OKU dan juga pelaksanaan kebajikan OKU sebagaimana
persetujuan diklerasi yang pernah ditandatangani Malaysia. Enam jawatan kuasa yang
dipengerusikan oleh kementerian, JK Pengangkutan (Kementerian Pengangkutan),
Kualiti Hidup ( Kementerian Kesihatan ),
Pendaftaran OKU ( Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Komuniti
), Rekabentuk Universal dan Pembinaan
Persekitaran ( Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti ),
Pekerjaan ( Kementerian Sumber Manusia ), Pendidikan ( Kementerian Pendidikan
). Bagi memastikan inisiatif kerajaan ini berjaya, jawatan kuasa tersebut perlu
memainkan peranan masing- masing dan perlu menghadiri mesyuarat bersama minima
tiga kali setahun.
‘Zero Reject Policy’ yang menjadi
trending dalam media sosial akhir- akhir tahun ini membuka mata pihak pentadbir
sekolah, guru perdana, guru pendidikan khas itu sendiri dan ibu bapa serta
masyarakat tentang penempatan anak di sekolah. Walaupun polisi ini dikatakan
mula diperkenalkan dan dilaksanakan pada tahun 2019, jika diteliti dokumen
lama, perkara ini sudah ada dalam sistem pendidikan khas namun pelaksanaannya
kurang dikuatkuasakan disesetengah tempat (KPM 2015). Bagaimanapun
untuk tahun 2019 polisi dengan penjenamaan semula ini memurnikan lagi
penguatkuasaan pelaksanaan. Setiap individu dan organisasi dinyatakan
peranannya
secara jelas dan mudah difahami. Kolaborasi pihak sekolah termasuk pentabir,
guru pendidikan khas dan guru perdana, ibu bapa dan keluarga serta masyarakat
membantu dalam kemenjadian murid pendidikan berkeperluan khas ini.
Banyak kajian menunjukkan hubungan yang kuat antara
tingkat penglibatan ibu bapa dengan sikap yang positif dalam diri anak-anak
dari segi sosial, emosi, dan perkembangan akademik (Collier, Keefe dan Hirrel
2015). Hubungan penglibatan ibu bapa terhadap perkembangan
pembelajaran anak dalam program inklusif juga disokong oleh kajian Hussin dan
Hamdan, 2016. Menurut beliau, penglibatan pentadbir, guru dan ibubapa
memberikan impak positif dalam pelaksanaan inklusif di sekolah di nama dengan
pendekatan pengajaran bersama, peranan ibu bapa dilihat sebagai satu pusat
kejayaan murid (Hussin dan Hamdan 2016). Selain
daripada komitmen peranan ibu bapa dan sekolah, kolaborasi juga menuntut
peranan pihak lain seperti pihak pengamal perubatan, pihak terapis, pihak
kaunselor sekolah mahupun pihak komuniti serta agensi koporat. Pihak yang terlibat dalam dalam kolabrasi ini
akan terlibat secara lansung mengikut peranan masing- masing. Banyak kajian
lalu telah membuktikan bahawa kemahiran kolaboratif dalam diri seorang guru
Pendidikan Khas berkolarasi dengan tahap kecekapan guru dalam pengajaran
termasuklah dalam mengajar murid berkeperluan khas (Khairuddin,
Dally & Foggett 2016).
Dalam kenyataan Pemangku Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada
siaran akhbar 20 Disember 2018, pelaksanaan Zero
Reject Policy adalah tanggungjawab semua lapisan masyarakat. Ibu bapa
berperanan aktif dalam intervensi awal anak sebagai persediaan anak beradaptasi
di alam persekolahan. Ibu bapa memberi pengaruh besar dalam perkembangan
pendidikan anak pada masa hadapan (Amin, Jamiah & Md Akhir 2016). Penglibatan
ibu bapa juga masih perlu sehingga anak ke sekolah menengah (Lindstrom & Garbacz 2016). Guru antara
pihak yang memainkan peranan penting dalam keberjayaan program inklusif di
sekolah. Kolaborasi yang baik antara guru pendidikan khas dan guru perdana melancarkan
pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) murid berkeperluan khas yang
diinklusifkan (Simmons, Wk & Liston 2006). Pihak Jabatan
Pendidikan Negeri, JPN dan juga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) antara
organisasi yang memainkan peranan dalam kolaborasi dan memantau pelaksanaan RPI
dan Kurikulum di sekolah. Semua perlu bekerjasama dalam penyediaan perkhidmatan
yang terbaik buat murid berkeperluan khas ini. Selain memastikan RPI
dilaksanakan ianya juga melahirkan pasukan RPI MBK yang bersikap terbuka dan
saling
memahami
keperluan masing- masing. Kesefahaman yang wujud antara semua pihak memudahkan
koordinasi perkhidmatan yang sesuai untuk murid berkeperluan khas (Lohmann, Hathcote & Hogan 2018). Sehubungan
dengan itu, kemahiran kolaborasi dalam sistem pendidikan adalah penting. Pihak
institusi yang melahirkan bakal guru dicadangkan memasukkan kemahiran
kolaboratif dalam kursus dan dilaksanakan diawal pengajian (Coughlin 2017).
RUJUKAN
Amin,
S.A., Jamiah, M. & Md Akhir, N. 2016. Peranan Keluarga dalam Kehidupan
Kanak-Kanak Kurang Upaya Malaysia The Role of Family in the Lives of Disabled Malaysian
Children 86(1): 21–30.
Besio,
S. & Carnesecchi, M. 2014. The Challenge of a Research Network on Play for
Children with Disabilities. Procedia - Social and Behavioral Sciences
146: 9–14.
Collier,
M., Keefe, E.B. & Hirrel, L.A. 2015. Preparing special education teachers
to collaborate with families. The School Community Journal 25(1):
117–135.
Coughlin,
S.L. 2017. Collaborative Practices Among Professionals in Special Education
Workplaces Collaborative Practices Among Professionals in Special Education.
Hussin,
M.K.A. Bin & Hamdan, A.R. Bin. 2016. Challenges of Co-teaching in Malaysian
Inclusive Classroom: Administrators’, Teachers’ and Parents’ Overview. Procedia
- Social and Behavioral Sciences 217(2006): 477–486.
Khairuddin,
K.F., Dally, K. & Foggett, J. 2016. Collaboration between General and
Special Education Teachers in Malaysia. Journal of Research in Special
Educational Needs 16: 1.
KPM.
2015. Panduan Pengoperasian Pendidikan Khas 2015.
Lindstrom,
L. & Garbacz, S.A. 2016. Parent Involvement in Special Education. Remedial
and Special Education, hlm.
Lohmann,
M.J., Hathcote, A.R. & Hogan, K.A. 2018. Adressing the Barriers to
Family-School Collaboration: A Brief Review of the Literature and
Recommendations. International Journal of Early Childhood Special Education
10(1): 26–32.
Rakap,
S., Balikci, S., Kalkan, S. & Aydin, B. 2018. Preschool Teachers’ Use of
Strategies to Support Social-Emotional Competence in Young Children. International
Journal of Early Childhood Special Education 10(1): 11–25.
Razali,
N.M., Kamaralzaman, S., Salleh, N.M., Hanafi, M. & Yasin, M. 2013. Teachers
’ Perceptions of Including Children with Autism in a Preschool Teachers ’
Perceptions of Including Children with Autism in a Preschool(April 2015).
Ruhaena,
L. 2015. Model multisensori: Solusi stimulasi literasi anak prasekolah. Jurnal
Psikologi 42(1): 47–60.
Russ,
S.W. 2014. Pretend play in childhood: Foundation of adult creativity.: 410–411.
Simmons,
B., Wk, I. & Liston, A. 2006. Collaboration and Support Needed From Special
Education Teachers to General Education Teachers Brenda Simmons.
SINGH,
Y.D.H. (n.d.). Reporting To Un on Current Status of Pwd Towards an Inclusive
Malaysian.
Tariq,
R. & Latif, S. 2016. A mobile application to improve learning performance
of dyslexic children with writing difficulties. Educational Technology and
Society 19(4): 151–166.